Kehebatan Jejaka Wajah 'Lucu' Tawan Hati Wanita Inggeris
KUALA LUMPUR: Perkahwinan seorang pemuda Indonesia, Bayu Kumbara dengan pasangannya, Jennifer Brocklehurst dari Britain ibarat kisah donggeng 'Beauty and The Beast'.
Perkahwinan pasangan ini mula mendapat perhatian warga media sosial khususnya dalam kalangan masyarakat Indonesia bukan kerana majlis persandingan mereka ini dihiasi dengan kemewahan, sebaliknya kerana kehebatan Bayu berjaya mencuri hati gadis Inggeris tersebut.
Apa yang menambah kekaguman dalam kalangan pengguna media sosial apabila Bayu disifatkan mempunyai paras rupa “lucu” bertemu jodoh dengan gadis cantik seperti Jennifer.
Memetik laporan portal Dream.co.id menyatakan pertama kali Jennifer bertemu Bayu yang juga merupakan pelajar lulusan Antropologi dari Universiti Andalas itu ketika melancong ke Sumatera sekitar Januari lalu .
Sejak itu, mereka saling jatuh cinta. Malah, kisah pernikahan mereka terus mendapat perhatian apabila Jennifer dikatakan meminta sumbangan dana secara atas talian menerusi laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinan mereka.
Menurut Jennifer yang meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2,500 pound (RM15,000) antaranya untuk digunakan membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya bagi menghadiri majlis perkahwinannya di Indonesia.
Bagaimanapun, Jennifer hanya berjaya mengumpul dana sebanyak 1,000 pound (RM6,184) sahaja. Namun, ia tidak menghalang hasrat Jennifer untuk meneruskan perkahwinannya bersama Bayu.
Pasangan tersebut melangsungkan majlis perkahwinan pada 8 Ogos lalu.
Difahamkan, laman tilt.com merupakan platform yang mana memboleh seseorang individu untuk meminta sumbangan daripada mana-mana individu untuk sebarang tujuan.
Setakat ini, laman tersebut hanya boleh digunakan warga Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.- mD/12/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.