Rempuh Tangga Bangunan, Bakar Diri
Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan merempuh tangga bangunan pejabat di Bangsar South, dekat sini, dengan keretanya sebelum membakar diri di dalam kereta itu, 5 petang tadi.
Difahamkan, wanita itu adalah bekas pekerja sebuah syarikat di bangunan itu dan dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan syarikat tempatnya bekerja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa melecur hampir 50 peratus di keseluruhan tubuhnya.
Katanya, mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dirawat.
"Sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi dan PPUM untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, malam tadi. - Harian Metro/14/8/15
Kemas Kini:
Bakar Diri Lepas Dipecat
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 35 tahun yang dipercaya berang akibat dipecat oleh majikan bertindak merempuh kereta dipandu ke arah bangunan pejabat di Bangsar South, Jalan Kerinchi di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa kemudian bertindak membakar dirinya di dalam kenderaan menggunakan petrol dan mercun dibawanya.
Kejadian itu kemudian segera dilaporkan kepada pihak polis sebelum anggota Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas memadamkan kebakaran itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa sempat diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian yang membantu memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
“Mangsa mengalami kecederaan melecur hampir 50 peratus pada keseluruhan tubuhnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Siasatan mendapati mangsa memandu kereta model Perodua Viva. Sejurus kebakaran kereta itu dipadamkan, pihak polis menemui dua kotak mercun dan tiga tong berisi petrol,” katanya. - HM/15/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.