Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 1 Ogos 2015

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita pada Hari Raya Kedua


TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Maran. FOTO Luqman Hakim Zubir/HM
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Maran hari ini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada hari raya kedua lalu.

Norhalis Mohamad Zaid, 29, didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, di Kilometer 163, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di Maran pada Jam 9.20 pagi, 18 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja sendiri, namun tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, tertuduh yang berasal dari Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis amphetamine pada jam 2 petang, 21 Julai lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran, di Maran.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan antara 2 hingga 3 tahun, jika sabit kesalahan.

Nur Syafiqah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh yang ditangkap pada 21 Julai lalu diwakili peguam Bob S Arumugam.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita berbalut dengan kain tebal selepas kereta yang dipandu teman lelakinya terbabas di LPT, dipercayai akibat mengantuk, pada 18 Julai lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai jurutol dan tidak bercuti raya ditemui di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher sementara pemandu kereta patah tulang rusuk.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Jengka di Maran, dan keraguan timbul ekoran tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa selain keadaan mukanya seperti lemas sebelum pihak forensik mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan di leher.

Mangsa yang berasal dari Felda Chini dekat Maran, dan difahamkan mengenali lelaki itu sejak 3 tahun lalu. – Bernama, 31 Julai, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH