Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 4 Ogos 2015

Hadi, Haron Jumpa Najib 3 Kali Bincang Isu Hudud - Sumber



Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din serta Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 3 kali bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kata satu sumber pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Sumber itu memberitahu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membayangkan dalam satu pertemuan pada Ramadan lalu kesungguhan Putrajaya untuk memastikan hukum Islam itu boleh dilaksanakan di negara ini.

Menurut sumber, Jamil berkata demikian ketika menjawab persoalan peserta Majlis Dialog dan Buka Puasa bersama NGO Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di dewan serba guna, Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hujung Ramadan lalu.

Dalam dialog itu, seorang peserta dari Kelantan bertanya, apa sebenarnya sikap kerajaan terhadap pelaksanaan hudud khasnya usul persendirian yang dibawa oleh presiden PAS di Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 yang dikenali sebagai Akta 355 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan.

Peserta itu memberitahu forum, PAS sudah berpecah 2 dan berpecah daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana isu hudud dan apakah kesungguhan Putrajaya.

Jamil menjelaskan, kesungguhan pihaknya dibayangkan melalui kesediaan perdana menteri untuk bertemu presiden PAS sebanyak 3 kali bagi membincangkannya.

Hadi sudah 2 kali menghantar notis usul bagi membolehkan ia dibincangkan dalam sidang Dewan Rakyat namun ia tidak pernah dibincangkan.

Ekoran itu, sebahagian pimpinan PAS sendiri mendakwa, Umno menipu PAS dalam isu pelaksanaan hudud.

Usul yang pertama diserahkan pada 18 Mac lalu untuk sidang Dewan Rakyat yang berakhir 19 April lepas manakala yang kedua untuk sidang Mei lalu.

Isu hudud menyebabkan PAS berpecah dua. Kumpulan progresif dalam parti itu dikalahkan secara berkumpulan dalam Muktamar Jun lalu.

PAS juga berpisah dengan DAP akibat isu itu dan menyaksikan PR yang ditubuhkan pada 2008 berkubur.

Hudud menjadi isu panas semula apabila Jamil Khir pada sidang Dewan Rakyat berjanji akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakan hudud.

Ia disambut oleh kerajaan negeri Kelantan dengan membuat pindaan terhadap Akta Jenayah Syariah II Mac lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan, Hadi selaku ahli Parlimen Marang membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat. – The Malaysian Insider/2 Ogos, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH