Tidak Sempat Nikah di Siam, Pasangan Naik Motor Kapcai dari Seremban Dicekup Khalwat
Jitra: Sepasang kekasih sanggup menempuh perjalanan lebih 500 kilometer dengan menunggang motosikal kapcai dari Seremban ke negeri ini semata-mata untuk bernikah di negara jiran selepas hubungan mereka dipercayai tidak mendapat restu keluarga.
Bagaimanapun, pasangan berusia 20-an itu dikatakan singgah di sebuah hotel bajet di daerah ini untuk berehat di sebuah bilik sebelum dicekup berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), awal pagi semalam.
Mereka dicekup kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas pintu diketuk beberapa kali oleh anggota penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan sembilan anggota penguat kuasa diketuai Abdul Rahim Abu melakukan pemeriksaan di bilik hotel berkenaan dan mendapati pintu berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas diketuk dan diberi salam, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa sebelum membenarkan anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan. - Harian Metro/1/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.