Mangsa Rogol Meninggal Dunia Selepas Koma 42 Tahun
NEW DELHI - INDIA: Seorang jururawat yang koma selama 42 tahun selepas diserang dan diperkosa rakan sekerjanya di sebuah hospital di India akhirnya meninggal dunia, semalam.
Aruna Shanbaug mengalami serangan seksual ketika bertugas di Hospital King Edward Memorial di Mumbai pada 1973.
Semasa kejadian, Shanbaug berusia 24 tahun.
Shanbaug diserang Sohanlal Bharta Walmiki menggunakan rantai anjing sehingga memutuskan aliran darah ke otak.
Walmiki ditangkap dan sekadar dipenjarakan selama tujuh tahun atas tuduhan menyerang dan merompak mangsa.
"Aruna Shanbaug meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Dia sempat dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan ventilator," menurut jurucakap hospital.
Kejadian menimpa Shanbaug antara kes rogol paling sadis pernah berlaku di India, negara yang kerap berlakunya jenayah seumpama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.- Agensi/19/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.