Graduan Angkut Tilam di Majlis Konvokesyen Tanda Protes Kes Rogol
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Columbia Emma Sulkowicz, yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai "gadis tilam" dilaporkan menerima ijazah bersama tilamnya sewaktu majlis konvokesyen universiti tersebut pada Selasa lalu.
Emma yang merupakan siswi jurusan seni visual telah membawa tilamnya ke mana saja di universiti tempat dia belajar sebagai protes selepas dirogol sebaik diterima belajar di universiti tersebut.
Difahamkan, Emma diperkosa di asramanya pada malam kedua dia di Universiti Columbia pada 2014.
Sebelum ini, Emma Sulkowicz, 21, berkata, dia akan terus berbuat begitu sehingga perogolnya ditangkap dan disingkirkan dari universiti berkenaan.
Malah, aksi membawa tilam itu adalah sebahagian daripada tesisnya yang berjudul 'Mattress Performance: Carry That Weight.
Beberapa bulan selepas menjadi mangsa serangan seksual, Emma membuat aduan kepada pihak pentadbiran universiti, namun kes berkenaan ditutup kerana suspek dikatakan tidak bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan.
Walaupun Emma merayu keputusan universiti, ia ditolak dan suspek dibebaskan.
Tindakan itu telah menyebabkan Emma membawa tilam menggunakan label sama seperti dibekalkan syarikat pembekal kepada universiti berkenaan.
Namun demikian, Emma masih tidak mendapat keadilan yang diperjuangkannya selama ini daripada pihak universiti.
Menurut akhbar pelajar Columbia, walaupun pengurusan kolej tersebut mengeluarkan beberapa peraturan mengenai majlis konvokesyen itu, tetapi tilam Emma masih lagi dibenarkan untuk dibawa ke pentas.
Dalam perkembangan yang sama, tindakan Emma yang menaik pentas bersama dengan tilamnya untuk menerima ijazah telah menarik perhatian Netizen. -Kohilah Sekaran/Astro Awani/20/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.