Gadis 16 Tahun Dipukul, Dibakar hingga Mati Kerana Didakwa Membunuh
KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.
Menurut laporanDaily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique González Noreiga di Rio Bravo, Guatemala.
Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.
Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.
Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.
Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.
Namun, video yang dimuat naik itu tidak disiarkan oleh kebanyakan agensi berita kerana kandungannya yang terlalu ekstrem.
Dalam perkembangan sama, pengamal media sosial melahirkan pandangan mereka terhadap sikap tidak berperikemanusiaan penduduk tersebut.
Menurut laman web beritaTiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.
Polis dilapor sedang menyiasat kes ini. -Kohilah Sekaran/Astro Awani/25/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.