Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 22 Mei 2015

PAS Sedia Tamatkan Kerjasama dengan DAP - Hadi




MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP. 

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR. 

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu. 

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk. 

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi. 

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR. 

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS. 

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama. 

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat. -Astro Awani/22/5/15


P/s: Bijak sungguh strategi dan cara Haji Hadi berpolitik. Apabila beliau berkata PAS sedia menamatkan kerjasama dengan DAP, adakah suara itu mewakili majoriti dalam PAS?

Jangan lupa tanpa PR, PAS hanya ada 6 kerusi Parlimen pada tahun 1995.

Terkini, portal melaporkan RUU Hudud tidak akan dibentangkan di Parlimen. UMNO yang menjadi sandaran sehingga memecahbelahkan PR, mungkir janji. Sampai bila geng Pak Lebai akan menaruh harapan menggunung kepada UMNO walaupun duduk sekapal dengan DAP, PKR?

Sampai bila PKR dan DAP dapat bersabar? Walhal isu hudud ini dapat dibincang dengan lebih mendalam sesama PR. Jika bijak berpolitik, berdakwah, siapa tahu DAP akan bersetuju dengan pelaksanaannya di Kelantan.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH