[Kejam] Mayat Bayi Dikerat 15 Bahagian
Foto NSTP |
Johor Bahru – Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui oleh kontraktor kumbahan kira-kira 10.30 pagi ketika melakukan kerja mengambil sampah di perangkap sampah loji itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 1.30 petang selepas penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui pekerjanya adalah bayi selepas ia dibasuh.
“Ketika mengambil sampah, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan yang terperangkap di perangkap sampah.
“Apabila dikumpul dan dibasuh, ia adalah mayat bayi, namun kepala bayi berkenaan masih belum dijumpai,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan. – myMetro Online/18/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.