Lelaki Dituduh Bunuh Tunang
Sepang: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membunuh tunangnya pada 6 Mei lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amal Adil Alias, 26, ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diwakili peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Uma Devi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, pada 6 Mei lalu antara jam 5 pagi hingga 1 petang di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Sebelum ini akhbar melaporkan, mangsa, Rosshida dibunuh dan dicampakkan ke dalam semak di bawah Jambatan Cyberjaya menuju ke Sepang. -Siti A'isyah Sukaimi/Harian Metro/19/5/15
Berita awal di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.