Berita Speaker Pandikar Amin ‘Berhenti’ Hanya Spekulasi - Datuk Ronald Kiandee
KOTA KINABALU – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengesahkan berita kononnya speaker dewan rendah Parlimen itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ‘meletak jawatan’ hanyalah spekulasi.
Sambil menepis dakwaan tersebut yang timbul sejak sesi sidang Parlimen selesai pada 9 April lalu, beliau berkata, berita itu tidak benar malah Kiandee ada menemui Pandikar beberapa hari lalu yang tiada menyebut apa-apa pun.
“Bahkan pada sesi lalu, cakap-cakap konon peletakan jawatan itu sudah pun timbul sedangkan beliau hanya ambil cuti rasmi, dan terbukti speaker juga hadir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat,” jelas Kiandee.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat kali ke-8 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sejak selesai Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu.
Kiandee menyatakan demikian sebagai menjawab dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan di Ipoh, Perak pada Sabtu yang berkata, Pandikar telah meletak jawatan sebagai speaker.
Beliau turut menegaskan, pada minggu lalu Pandikar sendiri mempengerusikan mesyuarat persiapan bagi persidangan Speaker-speaker Komanwel yang akan diadakan pada Januari tahun depan di Kota Kinabalu.
Malah Pandikar, 62 tahun, turut dilihat di tempat awam secara terbuka apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek perumahan rakyat di Kota Belud, kawasan asal Pandikar sendiri; pada Ahad lalu.
Khabar angin politik kononnya Pandikar telah melepaskan jawatan sudah ‘bertiup kencang’ sejak dua bulan lalu namun, speaker itu masih dilihat bertugas dan muncul di beberapa acara rasmi seluruh negara. – MYNEWSHUB/16/5/15
Dakwan Tun Mahathir bahawa Speaker Parlimen telah meletakkan jawatan di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.