Wanita Bersalin di Tandas Kafe Internet Tetap Teruskan Permainan 'Online'
KUALA LUMPUR: Seorang wanita di China melahirkan bayinya di dalam tandas sebuah kafe internet (cyber cafe), namun bukan itu yang menarik perhatian.
Wanita tersebut yang ketika itu berada di kafe internet berkenaan untuk bermain permainan alam maya (online game), melahirkan seorang bayi perempuan di tandas sebelum kembali meneruskan permainan.
Hal itu disedari seorang pekerja dan beberapa orang pelanggan yang berada di dalam kafe internet tersebut selepas mendengar bunyi bayi menangis.
Wanita itu kemudiannya diberi tuala basah untuk membersihkan diri dan bayinya, namun dia menolak. Sebaliknya, wanita itu dengan selamba meneruskan permainan.
Pekerja kafe internet itu kemudiannya memanggil ambulans, sebelum menghubungi keluarga wanita tersebut.
Laporan akhbar Guang Ming Daily menyatakan wanita berusia 24 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan keluarga.- Madiha Abdullah/Astro Awani/19/5/15
P/s: Apa punya perempuan?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.