Badan Terbelah Dua Digilis Tren Komuter
Kuala Lumpur: Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terbelah dua akibat digilis tren komuter.
Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mayat mangsa, K Anamalay, 67, ditemui orang ramai di landasan berhampiran Stesen Komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, di sini.
Kematian mangsa menimbulkan tanda tanya berikutan mangsa yang juga wartawan akhbar Tamil Malar dalam perjalanan ke tempat kerja dengan berpakaian kemas.
Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa sempat bersarapan bersama rakannya di sebuah restoran di Jalan Ipoh sebelum masing-masing menuju ke tempat kerja.
Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu berdepan dengan masalah.
“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh.
“Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” katanya.
Sementara itu, sumber Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi sebelum menghantar pasukan KTMB ke lokasi untuk siasatan.
“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. -Harian Metro/20/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.