Lelaki Cemburu Tikam Isteri 20 Kali
Andrew |
AKIBAT cemburu, seorang isteri ditikam suaminya bertubi-tubi sebanyak 20 kali di hadapan anak mereka, laporMirror.UK.
Theresa Tuley yang sedar akan niat suaminya itu cuba melarikan diri selepas pasangannya itu cuba memecah masuk ke rumah mereka pada awal pagi di Blackpool, England.
Tetapi, suaminya Andrew, 44, dapat mengejar Theresa sebelum melakukan serangan ganas itu di halaman rumah jiran mereka.
Difahamkan, jeritan kuat Theresa telah mengejutkan dua anak mereka yang sedang tidur pada ketika itu.
Menurut pihak polis, Theresa telah ditikam berulang kali di bahagian muka, leher dan belakang badannya hingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada bahagian 'larinks.'
Anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun berlari ke tempat kejadian untuk membantu ibunya yang sedang bertarung nyawa setelah suspek yang juga ayahnya meninggalkan tempat kejadian.
Anak sulung itu membuat panggilan kecemasan dan mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Walaupun mengalami luka tikaman yang teruk, pakar perubatan berjaya menyelamatkan mangsa setelah dia menjalani pembedahan selama lima jam.
Theresa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala suaminya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah atas cubaan membunuh isterinya.
Menurut laporan, Andrew bertindak demikian kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya menjalinkan hubungan sulit.
Difahamkan, oleh kerana hubungan yang renggang, pasangan ini sudah berpisah dan tidak lagi tinggal bersama
Pasangan itu dilaporkan mempunyai tiga anak, berusia 13, 11 dan 7 tahun.-Kohilah Sekaran/Astro Awani/26/5/15
\
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.