Penganggur Dituduh Merogol, Meliwat Anak Saudara
Shah Alam: Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Seksyen hari ini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan meliwat anak saudaranya di bawah umur di sebuah rumah di Sungai Buloh.
Tertuduh yang berusia 38 tahun didakwa merogol kanak-kanak itu pada Disember 2012 di bawah Seksyen 376B kanun keseksaan dan meliwat pada Disember 2014 dibawah Seksyen 377B kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim ketika membacakan kertas pertuduhan berhujah memohon tertuduh tidak dibenarkan ikat jaminan demi keselamatan mangsa yang tinggal di kediaman yang sama dengan tertuduh.
Hakim Slamat Yahya memutuskan ikat jamin tidak dibenarkan dan tarikh sebutan kes adalah pada 17 Jun.
Jika didapati bersalah dibawah Seksyen 376B, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan disebat, manakala hukuman untuk Seksyen 377B adalah penjara sehingga 25 tahun dan disebat. -Ikram Ismail /Harian Metro/19/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.