Janda Jual Rumah Cari Suami Kecewa....
Jogyakarta: Janda anak dua, Wina Lia kecewa selepas lelaki yang mahu membeli rumahnya, sekali gus menjadi bakal suaminya sebenarnya masih beristeri.
Wina, 40, berkata, dia sangat kecewa kerana lelaki yang dicanang sebagai bakal suaminya itu, Redi Eko Saputra, 46, tidak jujur.
“Saya hanya mengetahui Redi sudah mempunyai isteri apabila membaca laporan media.
“Saya kecewa dan terkejut kerana Redi tidak pernah memberitahu dia masih beristeri.
“Nampaknya rancangan saya untuk berkahwin terpaksa ditunda sehinggalah masalah ini selesai,” katanya.
Wina popular di laman sosial selepas membuat iklan ‘beli rumah dapat berkahwin dengan tuan rumah.’
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijualnya pada harga Rp999 juta (RM282,601).
Sementara itu, akhbar di Indonesia melaporkan, seorang wanita dari Solo dikenali sebagai Endang Titin Wapriyustia mengaku dia isteri Redi.
Endang yang mempunyai salun kecantikan berkata, dia janda anak tiga sebelum berkahwin dengan Redi pada Mac tahun lalu.
“Saya bersetuju menerima Redi selepas termakan pujuk rayu dan janjinya sebelum berkahwin.
“Redi berjanji membelikan saya rumah mewah, kereta untuk anak saya dan pergi menunaikan umrah tetapi sehingga kini semua itu belum ditunaikan,” katanya.
Ujarnya, Redi yang dikenalinya sejak sekolah menengah tidak pernah memberikan nafkah kepadanya.
“Sejak berkahwin, kami jarang berjumpa kerana dia sibuk dengan urusannya di Lampung.
“Sekiranya Wina mahu berkahwin dengan Redi silakan, tetapi waspada, Redi hanya pandai berjanji dan dia tidak pernah menepati janjinya,” tegasnya. - Agensi/Harian Metro/22/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.