Moscow: Meskipun sudah berusia 84 tahun, ia tidak menghalang seorang wanita berusia 24 tahun untuk berkahwin dengan pelakon terkenal Russia, Ivan Krasko.
Legenda filem sejak era Soviet yang berlakon dalam lebih 140 filem, mengumumkan ia merancang membina keluarga dengan isteri terbarunya itu, Natalia Shevel, yang 60 tahun lebih muda daripadanya, sebaya cucunya.
Perkahwinan Krasko dengan Natalia diadakan secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan rakan di St Petersburg, semalam.
Krasko yang mempunyai enam anak, bertemu Natalia ketika mengajar seni di Institut Pendidikan Liberal, St Petersburg dengan isterinya itu antara pelajarnya. Natalia sering menulis puisi kepadanya yang menurut Krasko, amat memikat.
Pelakon itu yang sudah tiga kali berkahwin sebelum ini berkata: “Puisinya itu membuatkan saya berasa kembali menjadi lelaki yang saya sangka sudah lama hilang. Kehidupan saya seperti bermula kembali dan apa yang hilang, ditemui semula.” - Daily Mail/Harian Metro/10/9/15
KUALA LUMPUR: Perkahwinan seorang pemuda Indonesia, Bayu Kumbara dengan pasangannya, Jennifer Brocklehurst dari Britain ibarat kisah donggeng 'Beauty and The Beast'.
Perkahwinan pasangan ini mula mendapat perhatian warga media sosial khususnya dalam kalangan masyarakat Indonesia bukan kerana majlis persandingan mereka ini dihiasi dengan kemewahan, sebaliknya kerana kehebatan Bayu berjaya mencuri hati gadis Inggeris tersebut.
Apa yang menambah kekaguman dalam kalangan pengguna media sosial apabila Bayu disifatkan mempunyai paras rupa “lucu” bertemu jodoh dengan gadis cantik seperti Jennifer.
Memetik laporan portal Dream.co.id menyatakan pertama kali Jennifer bertemu Bayu yang juga merupakan pelajar lulusan Antropologi dari Universiti Andalas itu ketika melancong ke Sumatera sekitar Januari lalu .
Sejak itu, mereka saling jatuh cinta. Malah, kisah pernikahan mereka terus mendapat perhatian apabila Jennifer dikatakan meminta sumbangan dana secara atas talian menerusi laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinan mereka.
Menurut Jennifer yang meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2,500 pound (RM15,000) antaranya untuk digunakan membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya bagi menghadiri majlis perkahwinannya di Indonesia.
Bagaimanapun, Jennifer hanya berjaya mengumpul dana sebanyak 1,000 pound (RM6,184) sahaja. Namun, ia tidak menghalang hasrat Jennifer untuk meneruskan perkahwinannya bersama Bayu.
Pasangan tersebut melangsungkan majlis perkahwinan pada 8 Ogos lalu.
Difahamkan, laman tilt.com merupakan platform yang mana memboleh seseorang individu untuk meminta sumbangan daripada mana-mana individu untuk sebarang tujuan.
Setakat ini, laman tersebut hanya boleh digunakan warga Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.- mD/12/8/15
Solo: Majlis akad nikah Putera sulung Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka dengan pasangannya Selvi Ananda hari ini disempurnakan wali hakim kerana keluarga pengantin perempuan bukan beragama Islam.
Majlis akad nikah itu berlangsung di Dewan Graha Saba Buana pada pagi ini dan dihadiri beberapa tetamu jemputan.
Sebelum ini, pasangan berkenaan berdepan masalah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka kerana keluarga Selvi beragama Kristian.
Pejabat Urusan Agama Islam Banjarsari, Mukhtaroji berkata, selepas dirujuk kepada bahagian itu kedua-dua keluarga bersetuju menggunakan wali hakim.
“Seorang pegawai kami menjadi wali hakim atau saya yang menikahkan pasangan berkenaan,” katanya.
Katanya, mas kahwin yang diberikan Gibran kepada Selvi juga sangat ringkas iaitu hanya sepersalinan pakaian solat.
“Tiada wang atau barangan lain yang diberikan sebagai mas kahwin.
“Barangan ini sudah disiapkan dan akan diserahkan sebagai mas kahwin selepas selesai majlis akad nikah.
“Saya berharap majlis perkahwinan pasangan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarangan halangan,” katanya. - Agensi/Harian Metro/11/6/15
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57016#sthash.4gmO97bp.dpuf
Jogyakarta: Janda anak dua, Wina Lia kecewa selepas lelaki yang mahu membeli rumahnya, sekali gus menjadi bakal suaminya sebenarnya masih beristeri.
Wina, 40, berkata, dia sangat kecewa kerana lelaki yang dicanang sebagai bakal suaminya itu, Redi Eko Saputra, 46, tidak jujur.
“Saya hanya mengetahui Redi sudah mempunyai isteri apabila membaca laporan media.
“Saya kecewa dan terkejut kerana Redi tidak pernah memberitahu dia masih beristeri.
“Nampaknya rancangan saya untuk berkahwin terpaksa ditunda sehinggalah masalah ini selesai,” katanya.
Wina popular di laman sosial selepas membuat iklan ‘beli rumah dapat berkahwin dengan tuan rumah.’
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijualnya pada harga Rp999 juta (RM282,601).
Sementara itu, akhbar di Indonesia melaporkan, seorang wanita dari Solo dikenali sebagai Endang Titin Wapriyustia mengaku dia isteri Redi.
Endang yang mempunyai salun kecantikan berkata, dia janda anak tiga sebelum berkahwin dengan Redi pada Mac tahun lalu.
“Saya bersetuju menerima Redi selepas termakan pujuk rayu dan janjinya sebelum berkahwin.
“Redi berjanji membelikan saya rumah mewah, kereta untuk anak saya dan pergi menunaikan umrah tetapi sehingga kini semua itu belum ditunaikan,” katanya.
Ujarnya, Redi yang dikenalinya sejak sekolah menengah tidak pernah memberikan nafkah kepadanya.
“Sejak berkahwin, kami jarang berjumpa kerana dia sibuk dengan urusannya di Lampung.
“Sekiranya Wina mahu berkahwin dengan Redi silakan, tetapi waspada, Redi hanya pandai berjanji dan dia tidak pernah menepati janjinya,” tegasnya. - Agensi/Harian Metro/22/5/15
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.
Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".
"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?
"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.
“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.
"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.
“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?
"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.
Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.
Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.
Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.
"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.
"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.
Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.
Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."
Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. – Md Izwan/The Malaysian Insider/25 April, 2015.
Berkaitan:
Dr M: Siapa Ingat Perkahwinan Anak Saya?
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang disifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini".
Sebagai perbandingannya, beliau berkata siapa pun tidak tahu mengenai perkahwinan anak-anaknya.
"Siapa di sini ingat majlis perkahwinan anak-anak saya [...] siapa pun tak tahu.
"(Ini kerana) saya kedekut, tak panggil ramai orang, tak ada duit nak belanja," kata Mahathir kepada para hadirin di majlis anjuran gabungan NGO Prihatin.
Majlis akad nikah anak perempuan Najib - Nooryana Najwa - dengan Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan, berlangsung di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri itu, pada 19 Mac.
Sejak itu, pasangan tersebut telah mengadakan empat majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang dan di Almaty Kazakhstan.
Majlis resepsi pengantin lelaki di Almaty dilaporkan diadakan dari 17 hingga 19 April.
"Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana.
"Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin memimpin, tetapi jika dia hanya mahu menggunakan kuasa yang dia ada untuk dirinya sendiri, maka dia bukan pemimpin. -Malaysian Kini/25/4/15
Rio de Janeiro: Lelaki tertinggi di Brazil, Joelison Fernandes da Silva yang sering menyendiri kerana malu dengan fizikalnya seperti gergasi akhirnya bertemu dengan cinta sejatinya.
Da Silva, 28, yang mempunyai ketinggian 2.33 meter bertemu dengan kekasihnya, Evem Medeiros, 21, di laman sosial Facebook pada tahun lalu sebelum berkahwin baru-baru ini.
Walaupun Evem memiliki ketinggian 1.52 meter tetapi bagi Da Silva itu tidak menghalang hubungan mereka.
“Kali pertama saya melihat Evem saya terus jatuh cinta.
“Saya sangat bahagia dan mahu bersama dengannya sepanjang masa,” katanya.
Ujarnya, Evem adalah cintanya yang pertama kerana sebelum ini dia malu untuk bercakap dengan wanita. - Agensi/harian Metro/22/4/15
Jakarta: Walau sudah beranak dua, sepasang suami isteri Sugiman dan Yati yang sudah 26 tahun berkahwin berkata, mereka hingga kini masih makan sepinggan.
Menurut Yati, dia dan suaminya mula berbuat demikian pada hari perkahwinan mereka di depan tetamu pada 1986.
“Dan hingga hari ini, setiap hari, kami tetap makan sepinggan. Kadang kala kami menyuap satu sama lain. Tidak kiralah di mana, di rumah mahupun di kedai,” kata wanita itu ketika ditemui makan bersama suaminya di sebuah kedai di Jakarta Barat, tempat dia berniaga baru-baru ini.
Menurutnya, dia tidak kekok atau malu berbuat demikian walaupun kadang kala diketawakan oleh kedua-dua anak mereka yang sudah dewasa.
“Ia menjadikan kasih sayang antara kami bertambah erat dari sehari ke sehari.
Menurut Sugiman, setiap hari, setidak-tidaknya sekali mereka akan meluangkan waktu makan sepinggan bersama. Ketika ini, kami berbuat demikian sebelah malam, selepas berniaga.
Yati berkata, suaminya sering tidak dapat menghabiskan makanan jika makan seorang diri.
“Dia lebih berselera jika saya juga makan bersama-samanya. Kadang kala saya terpaksa menyuapnya. Dia juga menyuap saya,” kata wanita itu.
Dia juga berkata, mereka tetap akan makan sepinggan walaupun ketika bergaduh dan bermasam muka.
“Memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya kami bergaduh. Kadang kala sampai seminggu tak bercakap. Tetapi kami tetap makan sepinggan,” kata Yati sambil ketawa. - Agensi/Harian Metro/18/4/15
Solo, Indonesia: Anak lelaki sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dilapor bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga bekas ratu cantik Solo pada Jun ini.
Portal berita Detik.com yang memetik Datuk Bandar Solo, Hadi Rudyatmo mengesahkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai rancangan perkahwinan anak lelaki Jokowi, Gibran Rakabuming dengan bekas pemenang Ratu Cantik Solo 2009, Selvi Ananda.
Sehingga kini, Jokowi dan keluarganya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkahwinan itu.
Jokowi dan isterinya, Iriana mempunyai dua anak lelaki iaitu Gibran dan Kaesang Pangarep serta seorang anak perempuan, Kahiyang Ayu.
Gibran, 28, berkelulusan Universiti Teknologi di Sydney, Australia dan kini menguruskan perniagaan makanan di Solo.
Akhbar Solo Pos pada awal bulan ini melaporkan bahawa Gibran telah melamar Selvi.
Jokowi dan Iriana dilaporkan berada di Solo pada hujung minggu lalu tetapi aktiviti mereka dirahsiakan daripada media.
Beberapa jiran Selvi berkata, gadis itu berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal di Jalan Kutai VII di sini.
Seorang jiran, Esti berkata, Selvi, 26, bekerja di sebuah bank manakala bapanya bekerja di sebuah syarikat swasta dan ibunya berniaga makanan.
Ujarnya, dia sering melihat Gibran datang ke rumah Selvi untuk menjemput atau menghantar kekasihnya itu pulang.
“Selvi gadis yang pendiam dan dia jarang bersosial serta bergaul dengan jiran yang lain.
“Hanya ibu dan abangnya yang sering keluar dan berbual dengan jiran,” katanya.
Tambahnya, tiada tanda-tanda sebarang majlis berlaku di rumah Selvi walaupun terdapat khabar angin Jokowi pulang ke Solo untuk majlis melamar gadis berkenaan.
“Rumah itu sepi seperti biasa dan mungkin majlis itu berlangsung di tempat lain,” katanya. -Agensi/Harian Metro/10/4/15
Teheran: Seorang wanita Iran didakwa atas tuduhan menipu selepas dia berkahwin dan bercerai dengan 10 lelaki dalam tempoh dua tahun.
Wanita berusia 20 tahun itu dipercayai menipu semua lelaki berkenaan semata-mata untuk mendapatkan wang melalui mas kahwin.
Mengikut undang-undang syariah Iran, pengantin perempuan menetapkan mas kahwin yang perlu dibayar pengantin lelaki selepas majlis perkahwinan yang biasanya dibayar menggunakan syiling emas.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, wanita itu segera menuntut mas kahwin selepas berkahwin dan tidak pernah hidup seperti suami isteri.
Lelaki yang menjadi mangsa wanita itu terpaksa membayar mas kahwin berkenaan kerana tidak mahu menyalahi undang-undang.
Wanita itu yang mengaku tidak bersalah berkata, dia hanya menuntut syiling emas 100 hingga 110 keping sebagai mas kahwin.
Dalam setiap kes wanita itu memaksa semua suaminya untuk menceraikannya.
Wanita yang bercerai di Iran boleh memadamkan nama suami di kad pengenalan sekiranya dapat membuktikan dengan pengesahan doktor bahawa mereka masih dara.
Tertuduh dipercayai mengulangi langkah sama supaya dapat menutup kisah hidupnya daripada lelaki lain.
Penipuan wanita itu terbongkar selepas seorang pegawai di pejabat pendaftaran curiga selepas tertuduh terlalu kerap menukar kad pengenalan.
“Saya tidak lihat keperluan untuk saya menjawab semua soalan ini,” kata wanita itu di mahkamah.
Pihak pendakwa raya turut membawa semua 10 lelaki yang pernah berkahwin dengan wanita itu di mahkamah.
“Saya tidak bersalah kerana semua perkahwinan sah mengikut undang-undang.
“Semua bekas suami saya berkahwin atas kerelaan mereka sendiri dan kami berpisah kerana pelbagai alasan,” katanya. - AFP/Harian Metro/10/3/15
[Harian Metro] Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah,
Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.
Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.
“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya
Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.
“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.
“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan.
“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya. - Agensi/4/11/14
[Harian Metro] Makkah: Akhbar tempatan semalam melaporkan lelaki Arab Saudi kini dilarang berkahwin dengan wanita Bangladesh, Pakistan, Chad dan Myanmar.
Ketua Polis Makkah, Mejar Jen Assaf Al-Qurashi mengumumkan peraturan terbaru itu kelmarin.
Menurut data tidak rasmi, terdapat kira-kira 500,000 wanita dari empat negara terbabit kini menetap di Arab Saudi.
Tindakan kerajaan itu dilihat sebagai langkah mengurangkan lelaki tempatan memilih wanita warga asing sebagai pasangan hidup.
Jika sebelum ini niat mereka dapat dilaksanakan dengan mudah, peraturan terbaru berkenaan memperlihatkan keinginan itu akan berdepan pelbagai proses lebih rumit.
Assaf berkata, mana-mana lelaki yang ingin mengahwini wanita asing perlu mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dulu dan mengisi borang permohonan perkahwinan.- Agensi/7/8/14
[HM] Petaling Jaya – Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.
Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.
Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.
“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. – Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/1/6/14
[HM] Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu.
Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande.
Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael ‘bersatu’ berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin.
“Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya,” katanya.
Menurutnya, mereka bercinta selama enam tahun dan sepatutnya berkahwin pada Jun 2012 namun Michael mati akibat serangan jantung.
Pascale yang tidak dapat menerima kehilangan itu tetap berazam mahu mengahwini Michael dan menulis surat kepada pejabat Presiden memohon dibenarkan menggunakan undang-undang khas membolehkan perkahwinan dengan orang mati dalam keadaan tertentu.
The Local melaporkan, undang-undang itu diperkenalkan pada 1959 selepas kejadian empangan pecah di selatan Perancis mengakibatkan 420 maut.
Presiden ketika itu, Charles de Gaulle mencadangnkan perundangan itu selepas dihubungi seorang wanita mengandung yang tunangnya maut dalam tragedi berkenaan.
Menurut Pascale, dia menulis surat sebanyak empat kali kepada pejabat Presiden dan akhirnya menerima jawapan 20 bulan kemudian yang meluluskan permohonannya itu. - Agensi/4/3/14
[HM] Washington: Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri, Michelle Obama kembali berhembus.
Tidak lama dulu tersebar berita kononnya Michelle pernah meminta cerai.
Kini, berita yang kebenarannya masih diragukan, kembali dilapor media Amerika Syarikat.
Laman web showbizspy kelmarin memetik laporan National Enquirer yang menyatakan Obama dan Michelle kini tidur di kamar berasingan.
Michelle dikatakan begitu serius mahu bercerai dengan suaminya selepas berkahwin selama 21 tahun.
Menurut sumber berkenaan, rumah tangga pasangan itu sudah lama goyang dan mereka hanya bertahan kerana anak serta karier politik Obama.
“Tetapi Michelle sekarang begitu marah.
Dia merasa dimalukan di depan dunia.
Dia sudah menemui peguam dan memaklumkan kepada Obama mengenai kesediaannya untuk bercerai,” lapor National Enquirer yang memetik sumber dari Rumah Putih.
Sumber berkenaan memberitahu, Michelle bagaimanapun bersedia tinggal di Rumah Putih selagi Obama menjadi presiden dan tetap menjalani kehidupan masing-masing.
Menurut National Enquirer, Michelle begitu berang selepas Obama bergambar dan bermesra dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt ketika menghadiri upacara berkaitan mendiang bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.- AFP -25/12/13
[HM] Port Dickson: “Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya.
“Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia,” kata pengantin ‘junior’ Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200.
Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini.
Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga.
MUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam.
“Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak,” katanya. -9/12/13
[Kosmo] BUENOS AIRES - Seorang lelaki berusia 103 tahun, Jose Manuel Riella melangsungkan semula perkahwinan dengan isterinya, Martina Lopez yang berusia 99 tahun pada Selasa lalu di belakang rumah mereka di Asuncion, Paraguay.
Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali pertama pada tahun 1933 tanpa dihadiri oleh seorang paderi tetapi disaksikan hanya pegawai pentadbiran.
Namun, selepas 80 tahun hidup bersama, pasangan itu sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dihadiri seorang paderi Kristian Katolik.
Ketika majlis itu berlangsung, Riella duduk di atas sebuah kerusi roda.
Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh lapan orang anak mereka.
Seramai 50 cucu, 35 cicit dan 20 piut pasangan itu turut menyaksikan majlis perkahwinan itu. - Agensi - 18/10/13
[Mstar] PETALING JAYA: Teka teki mengenai kesahihan pernikahan Bront Palarae terjawab apabila Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, dekat sini iaitu Ustaz Muda Ali mengesahkan menjadi jurunikah perkahwinan aktor tersebut pada 31 Ogos lalu.
Menurut Muda Ali, dia telah menikahkan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, pada Sabtu lalu di Masjid At-Taqwa selepas solat Asar.
"Benar, saya telah menikahkan Bront Sabtu lalu. Majlis itu diadakan secara sederhana.
"Pada mulanya saya tidak tahu yang saya telah mengahwinkan seorang pelakon memandangkan ketika akad nikah, saya menyebut nama sebenarnya (Bront).
"Tetapi selepas membaca akhbar mengenai berita perkahwinannya, barulah saya tahu dia seorang artis," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Akhbar Utusan Malaysia pada Isnin lalu melaporkan Bront telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya dalam satu majlis tertutup di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu.
Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.
Laporan itu menyebut Bront enggan menghebahkan berita perkahwinannya atas alasan dia perlu menjaga hati ramai pihak.
Dia juga telah mengarahkan jurugambar memadam gambar-gambar yang dirakamkan selain meminta perkahwinan berkenaan tidak dilaporkan dalam akhbar.
Bagaimanapun menerusi portal gua.com pada 3 September lalu, Bront bermain teka-teki mengenai pernikahan tersebut selain mendakwa pada tarikh berkenaan dia berada di sebuah stesen radio.
Malah Bront juga memberitahu jarinya tidak berinai selain meminta portal berkenaan bertanya sendiri daripada sumber yang menyebarkan berita tersebut.
Dalam pada itu, Muda Ali berkata, dia terkejut apabila membaca berita mengenai penafian perkahwinan aktor berkenaan.
Malah jurunikah itu meminta Bront untuk menghebahkan kepada masyarakat mengenai perkahwinan berkenaan agar tidak timbul sebarang fitnah pada masa akan datang.
"Biasanya menjadi perkara wajib dalam Islam untuk menjemput kenalan untuk menghebahkan perkahwinan dan jika tidak, cukup jika menguar-uarkan ikatan yang dijalinkan itu,” tegasnya.
Sementara itu, Penasihat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, sekiranya Bront tidak mengaku berkahwin dan berkata masih bujang berserta niat apabila ditanya mengenai statusnya, perkahwinan itu mungkin boleh jatuh talak.
"Sekiranya Bront berniat mahu menyembunyikan status diri, ia boleh membahayakan perkahwinannya kerana ia boleh jatuh talak.
"Tetapi kita pun tidak pasti apakah tujuannya merahsiakan perkahwinan yang sepatutnya menjadi berita baik," katanya.
Tambah Noh Gadut, walaupun Islam mewajibkan umatnya menghebahkan sesebuah perkahwinan bagi mengelak fitnah, namun sesebuah pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan.
"Bront memang ada hak untuk merahsiakan perkahwinannya kerana dia mungkin ada sebab-sebab tertentu.
“Jadi tanyalah aktor itu apa sebabnya. Dan kita pula jangan nak tuduh dan kritik sembarangan terhadap pasangan yang enggan mendedahkan status mereka. "Mungkin mereka mempunyai alasan kukuh yang tidak dapat nak dielakkan," tuturnya.
Sementara itu menerusi Berita Harian pada Jumaat, Bront mengesahkan sudah bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya pada 1999.
Masih enggan mendedahkan identiti isterinya Bront berkata, wanita berkenaan bekerja sebagai penerbit di sebuah agensi pengiklanan di ibu negara.
Dia juga memohon maaf kerana merahsiakan pernikahan itu selain meminta agar isu berkenaan tidak disensasikan. -6/9/13
[SH] SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hanya mempunyai masa beberapa minggu saja untuk hidup bakal menjadi pengapit kepada ibu bapanya yang bakal berkahwin hujung minggu ini.
Sean Stevenson dan Christine Swidorsky pada mulanya merancang untuk berkahwin tahun hadapan tetapi mereka memutuskan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan pada Sabtu ini supaya anak mereka, Logan yang mempunyai penyakit leukimia dan komplikasi penyakit lain dapat menyertai majlis perkahwinan itu.
“Kami mahu Logan masuk dalam potret keluarga kami dan mahu dia melihat ibu bapanya berkahwin,” kata Swidorsky.
Logan menghidapi Fanconi anemia, penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan kanser.
Kanak-kanak malang ini disahkan menghidap leukimia mieloid akut seawal usia 14 bulan dan pernah membuat pemindahan sel stem tahun lalu.
Minggu lalu, pasangan itu dikejutkan apabila doktor mengesahkan anak lelaki mereka hanya mampu hidup dalam masa tiga minggu saja lagi.
“Saya bakal menghadapi saat yang paling sukar, iaitu mengebumikan anak saya.
"Saya tahu ia akan berlaku dan saya tidak mampu untuk membuat apa-apa lagi," kata Stevenson.
Swidorsky berkata, majlis perkahwinan mereka bakal dihadiri 100 orang tetamu sahaja.
[HM] Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.
Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.
Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.
“Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun,” katanya.
Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.
Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP
Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.
PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
Minyak masak subsidi dicampur minyak terpakai
-
MOHD YUNUS YAKKUBPegawai serbuan menunjukan tangki simpanan khas bagi
mencampurkan minyak masak peket subsidi dan minyak terpakai sebelum dijual
di pasaran...
Pentadbiran Tidak Cakna Rakyat
-
JENGUK TERANGGANU (II)
MARI kita jenguk ke negeri Terangganu Darul Iman sekejap untuk melihat
pentadbiran kerajaan Pas di negeri itu yang kini dibawah Dr A...
PMX Kata Felda Jual Hotel Di London 160 Juta?
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia
untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda nak jual
hotel pad...
Undang seret Kerajaan N9 ke mahkamah
-
Pertikaian takhta yang berlarutan di Negeri Sembilan kini memasuki fasa
perundangan apabila empat pembesar adat membawa kerajaan negeri ke
mahkamah. Menur...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Merapatkan Jurang
-
*SELASA, 19 November 2019*
*Oleh: ZULKIFLI SALLEH*
Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan
Rakyat pada 11 Oktober la...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
-
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA)
menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar
belaka...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
-
EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,
Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah
syarikat ...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 2017
-
*MERDEKA!*
Anak rusa nani, lalu kembang ekor,
Apa dosa kami, lalu tidak tegur.
Anak rusa nani, lalu tepi perigi,
Apa dosa kami, lalu dapat 1MDB.
Anak r...
Shafie Apdal Umum Keluar Umno
-
Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga adalah ahli parlime...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
Unsur Puisi
-
Unsur puisi, unsur emosi, unsur imaginasi - ketga-tiga unsur ini tidak
dapat dipisahceraikan; sudah lumrah, sebati, sejati. Mengikut yang ahli,
puisi itu s...
Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah
-
Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak
kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan
leb...
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..
-
*Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..* Ahli perniagaan Low Taek Jho
mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia
Devel...