Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Joko Widodo. Papar semua catatan

,

Khamis, 11 Jun 2015

Mas Kahwin Hanya Sepersalinan Pakaian Solat





Solo: Majlis akad nikah Putera sulung Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka dengan pasangannya Selvi Ananda hari ini disempurnakan wali hakim kerana keluarga pengantin perempuan bukan beragama Islam.

Majlis akad nikah itu berlangsung di Dewan Graha Saba Buana pada pagi ini dan dihadiri beberapa tetamu jemputan.

Sebelum ini, pasangan berkenaan berdepan masalah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka kerana keluarga Selvi beragama Kristian.

Pejabat Urusan Agama Islam Banjarsari, Mukhtaroji berkata, selepas dirujuk kepada bahagian itu kedua-dua keluarga bersetuju menggunakan wali hakim.

“Seorang pegawai kami menjadi wali hakim atau saya yang menikahkan pasangan berkenaan,” katanya.

Katanya, mas kahwin yang diberikan Gibran kepada Selvi juga sangat ringkas iaitu hanya sepersalinan pakaian solat.

“Tiada wang atau barangan lain yang diberikan sebagai mas kahwin.

“Barangan ini sudah disiapkan dan akan diserahkan sebagai mas kahwin selepas selesai majlis akad nikah.

“Saya berharap majlis perkahwinan pasangan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarangan halangan,” katanya. - Agensi/Harian Metro/11/6/15



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57016#sthash.4gmO97bp.dpuf

,

Sabtu, 16 Mei 2015

Kafe Anak Jokowi Dikritik Kerana Imej Dajjal


Bukan ‘kafe Dajal’

Solo: Anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memadamkan gambar mata satu di kafe miliknya di sini selepas dikritik kerana menyerupai simbol dajal.

Gibran Rakabuming Raka membuang gambar mata satu di belakang imej piramid di kafenya yang dikenali sebagai Markobar itu selepas dikritik hebat di Internet.

Gibran berkata, gambar yang diletakkan di kafe yang diusahakan bersama rakannya, Arif Setyobudi itu tiada kena mengena dengan pergerakan misteri, Illuminati atau Freemason.

“Gambar mata satu ini membawa maksud saya dan Ariff mempunyai satu visi dan misi yang sama.

“Imej ini juga membawa maksud kami berkongsi satu bahasa dan pandangan untuk memajukan perniagaan,” katanya.

Ujarnya, lambang piramid atau segi tiga itu pula menunjukkan premisnya sudah membuka tiga cawangan.

Gibran dikritik selepas beberapa laman sesawang dan blog menuduh kafenya ‘Kafe Dajal’ kerana terdapat simbol mata satu. - Agensi/Harian Metro/16/5/15


,

Jumaat, 10 April 2015

Bakal Menantu Jokowi Bekas Ratu


Solo, Indonesia: Anak lelaki sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dilapor bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga bekas ratu cantik Solo pada Jun ini.

Portal berita Detik.com yang memetik Datuk Bandar Solo, Hadi Rudyatmo mengesahkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai rancangan perkahwinan anak lelaki Jokowi, Gibran Rakabuming dengan bekas pemenang Ratu Cantik Solo 2009, Selvi Ananda.

Sehingga kini, Jokowi dan keluarganya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkahwinan itu.

Jokowi dan isterinya, Iriana mempunyai dua anak lelaki iaitu Gibran dan Kaesang Pangarep serta seorang anak perempuan, Kahiyang Ayu.

Gibran, 28, berkelulusan Universiti Teknologi di Sydney, Australia dan kini menguruskan perniagaan makanan di Solo.

Akhbar Solo Pos pada awal bulan ini melaporkan bahawa Gibran telah melamar Selvi.

Jokowi dan Iriana dilaporkan berada di Solo pada hujung minggu lalu tetapi aktiviti mereka dirahsiakan daripada media.

Beberapa jiran Selvi berkata, gadis itu berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal di Jalan Kutai VII di sini.

Seorang jiran, Esti berkata, Selvi, 26, bekerja di sebuah bank manakala bapanya bekerja di sebuah syarikat swasta dan ibunya berniaga makanan.

Ujarnya, dia sering melihat Gibran datang ke rumah Selvi untuk menjemput atau menghantar kekasihnya itu pulang.

“Selvi gadis yang pendiam dan dia jarang bersosial serta bergaul dengan jiran yang lain.

“Hanya ibu dan abangnya yang sering keluar dan berbual dengan jiran,” katanya.

Tambahnya, tiada tanda-tanda sebarang majlis berlaku di rumah Selvi walaupun terdapat khabar angin Jokowi pulang ke Solo untuk majlis melamar gadis berkenaan.

“Rumah itu sepi seperti biasa dan mungkin majlis itu berlangsung di tempat lain,” katanya. -Agensi/Harian Metro/10/4/15


Selasa, 11 November 2014

Jokowi Berjimat Bawa Delegasi, Malaysia???



[Harian Metro] Jakarta: Perjalanan rasmi pertama Presiden Jokowi ke luar negara berlangsung di luar kebiasaan semalam apabila pesawat udara membawa jumlah delegasi lebih kecil berbanding selalu.

Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto berkata, anggota rombongan Jokowi ke Beijing untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-22 di Beijing, China, hanya 46 orang termasuk pengawal peribadi presiden dan wartawan.

Katanya, selepas Beijing, Jokowi akan melanjutkan lawatan rasmi ke Myanmar pada Khamis bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-24.

Perjalanan itu akan berakhir di Brisbane, Australia untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G-20 pada 15 dan 16 November ini.

Kata Andi, jumlah 46 orang itu lebih kecil berbanding anggota dibawa presiden terdahulu.

Jokowi dilantik sebagai presiden ketujuh Indonesia pada Oktober lalu sering menekankan amalan berjimat cermat dalam menguruskan wang negara.

Andi berkata, antara menteri mengiringi Jokowi ialah Menteri Luar, Retno Marsudi, Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel dan Menteri Kewangan, Bambang Brodjonegoro.- Agensi/10/11/14


P/s: Malaysia? Kalau anda rajin membaca anda tahu jawapannya.

Khamis, 23 Oktober 2014

"Panggil Saya Jokowi" - Presiden Indonesia



[Mstar] JAKARTA: Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini - Jokowi.

“Lebih aneh jika saya dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo.

“Justeru, cuma panggil saya Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya,” katanya.

Beliau ditanya media mengenai panggilan yang sesuai untuknya selepas mengangkat sumpah jawatan Isnin lalu.

Malahan, beliau merasakan janggal apabila ada orang menyapa hanya dengan Joko.

Bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta.

Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu.

Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi ‘orang lain.’

Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu.

“Saya pernah menetap di bangunan lama di Solo.

“Istana Presiden ini juga bangunan lama dan saya tak ada masalah,” katanya. -23/10/14



Selasa, 21 Oktober 2014

Peminat Muzik Keras Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7


Jokowi Angkat Sumpah Sebagai Presiden Ke-7 Indonesia

Presiden baru Indonesia Joko Widodo melambai selepas mengangkat sumpah di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta hari ini. – Gambar Reuters, 20 Oktober, 2014.


[Bernama] Joko Widodo hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden ketujuh Indonesia untuk memimpin negara berpenduduk 250 juta orang itu dalam istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu. 

Joko yang lebih popular dengan panggilan Jokowi dalam kalangan rakyat Indonesia mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi Presiden sejak tahun 2004.

Turut mengangkat sumpah di hadapan lebih 1,000 anggota MPR itu ialah Jusuf Kalla sebagai naib presiden.

Kedua-duanya mengangkat sumpah memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun pada istiadat itu yang mendapat liputan meluas oleh semua media tempatan dan asing sambil disaksikan oleh berjuta rakyat republik itu menerusi siaran langsung pelbagai stesen televisyen tempatan.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang menerima undangan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada istiadat itu.

Lewat petang ini, Najib juga diberi keistimewaan oleh republik itu apabila menerima undangan untuk membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi, walaupun pemimpin itu mempunyai jadual padat termasuk untuk menemui penyokongnya dalam pelbagai majlis hari ini.

Antara ketua negara yang hadir bagi menyaksikan istiadat mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.

Jokowi, bekas gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf memenangi Pilihan Raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15% daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, yang turut hadir pada istiadat hari ini, memperoleh 62,576,444 atau 46.85%.

Sementara itu, di sebalik kawalan ketat dan sekatan jalan raya oleh pihak keselamatan Indonesia di perkarangan Dewan Perundangan itu serta laluan utama menuju ke kawasan itu, wakil media dan penyokong Jokowi sejak awal pagi lagi berkumpul bagi mengikuti perjalanan istiadat angkat sumpah itu.

Sepanjang istiadat itu, para penyokong Jokowi yang ditempatkan di kawasan khas sambil mengikuti majlis menerusi layar gergasi, tidak putus-putus memberikan tepukan dan sokongan sebaik sahaja wajah pemimpin mereka kelihatan.

Dalam ucapan pertamanya di MPR selepas mengangkat sumpah, Jokowi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kesemua pemimpin negara jiran dan asing yang hadir bagi memberikan sokongan masing-masing pada majlis itu.

Presiden ketujuh republik itu turut berjanji dan menyatakan ikrar untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa dalam setiap usaha bagi mengekalkan keamanan dan kedamaian dunia.

Jokowi juga merakamkan ucapan penghargaan kepada SBY yang disifatkannya menjalankan tugas presiden dengan baik sepanjang tempoh 10 tahun lepas.

Presiden baru itu juga beberapa kali menggulangi perkataan "Kerja, Kerja, Kerja" sepanjang ucapannya sebagai iltizam bahawa sepanjang tempoh kepimpinnnya, beliau akan bekerja keras untuk membawa Indonesia ke era yang lebih baik dan maju sambil berharap rakyat Indonesia terus memberikan sokongan padu. – Bernama, 20 Oktober, 2014.


Khamis, 18 September 2014

Jokowi Tunjuk Kasut Baharu, Harganya...Wow!!!


JOKOWI menunjukkan kasut baru yang dibeli di Cibaduyut, Bandung kepada wartawan, kelmarin.

[Harian Metro] Jakarta: Presiden terpilih Joko Widodo (Jokowi) kelmarin menunjukkan kasut barunya, yang beliau beli di Cibaduyut, Bandung, dengan harga Rp400,000 (RM108).

“Ini jenama Grutty. Lebih mahal berbanding kasut lama saya. Yang dulunya hanya Rp200,000 (RM59). Yang ini Rp400,000. Beli di Cibaduyut,” kata Jokowi sambil menunjukkan kasut barunya itu kepada wartawan. 

Menurut Jokowi, pembantunya membelikan kasut itu sebulan lalu. 

“Saya tidak perlu ke Cibaduyut untuk membeli kasut. Isteri saya juga boleh membelikannya untuk saya. Anak saya juga boleh membelikannya. Hendak membeli menerusi Internet juga boleh. Tetapi yang ini, pembantu saya yang membelinya,” katanya.

Menurut Jokowi, beliau sanggup membeli kasut yang harganya lebih mahal asalkan ia buatan tempatan.

“Kalau harga kasut ini Rp5 juta juga saya sanggup bayar kerana dia buatan tempatan, dari Cibaduyut. Kalau keluaran dalam negara, harus dibeli,” katanya. 

Selama ini bakal presiden baru Indonesia itu sering memakai kasut coklat jenama Everbest. 

“Asyik coklat saja. Sudah bosan. Bagaimanapun, saya tetap suka kasut lama saya kerana lebih ringan,” katanya.- Agensi/17/9/14


, ,

Sabtu, 13 September 2014

Bakal Presiden dan Naik Presiden Indonesia Guna Kenderaan Rasmi Lama



[Harian Metro] Jakarta: Bakal Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, dia dan Joko Widodo (Jokowi) serta anggota Kabinet mereka akan menggunakan kenderaan rasmi lama walaupun kerajaan semasa bercadang membeli kereta baru selepas kedua-dua mereka dilantik secara rasmi 20 Oktober ini.

“Kereta saya, Toyota Crown Royal Saloon masih dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan selama 12 tahun,” katanya kepada media baru-baru ini.

Dia ditemui di rumahnya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan dan dipetik tribunnews.com.

Kata Jusuf, pegawai kerajaan di peringkat kementerian lain sewajarnya menggunakan kenderaan berkuasa 2,000cc, manakala peringkat lebih bawah perlu menggunakan kereta yang lebih kecil kuasanya.

“Seperti saya, gabenor semua wilayah juga perlu menggunakan Toyoya Camry atau kereta lain yang sekelas dengannya.

“Untuk ketua jabatan, mereka perlu menggunakan kenderaan lebih rendah seperti Toyota Avanza,” katanya. -13/9/14


P/s: Salut!!!!

Dalam PKR ada pemimpin macam ini? Dalam PAS dan DAP? Siapa baru setahun jagung diangkat menjadi pemimpin memandu Vellfire, Mercedes, dalam masa yang sama mengajak rakyat berjimat cermat dan bersederhana? 

Dalam UMNO, usah cerita!!!

Admin pernah mendengar cerita MP daripada PSM yang sanggup menjual AP yang diperolehnya untuk membina jambatan di kawasan Parlimennya.

Salut!!!


Rabu, 23 Julai 2014

Jokowi: Dari Pondok Buluh ke Istana



[Harian Metro] Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.

Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka dan yang ketujuh sejak ia merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit dari era Suharto. Keputusan muktamad diumum malam tadi mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.

Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.

Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).

Menjelang pengumuman rasmi malam tadi Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Pernah menjadi pengeksport perabot, Prabowo mencatat populariti lebih meninggi selepas dilantik menjadi Gabenor Jakarta pada 2012.

Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular dalam kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.


ORANG ramai memerhati Jokowi menghubungi wakilnya untuk mengetahui perkembangan terkini keputusan rasmi pemilihan presiden di pinggir projek takungan air di Jakarta semalam.

Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya kepada muzik heavy metal.

Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. Susilo Bambang Yudhoyono akan berundur daripada jawatannya tidak lama lagi selepas menjadi presiden selama dua penggal.

Perlembagaan Indonesia mengehadkan tempoh seseorang presiden hanya untuk dua penggal saja. Penganalisis Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki berkata, ketokohan Jokowi adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Indonesia.

“Mereka teruja mendapat pemimpin yang faham realiti di bawah,” katanya. Jokowi mendapat pendidikan perhutanan di sebuah universiti di Indonesia sebelum memulakan perniagaan perabot yang berjaya.

Dia menyertai politik sebagai Datuk Bandar Solo pada 2005. Antara kejayaan Jokowi selama tujuh tahun menduduki jawatan itu ialah memindahkan penduduk setinggan ke rumah pangsa dilengkapi tandas sistematik serta menyusun penjaja yang menyesakkan jalan raya ke kawasan pasar. Di Jakarta Jokowi memulakan beberapa projek pengangkutan awam bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Dia juga melaksanakan beberapa dasar mesra masyarakat miskin seperti memudahkan akses kepada rawatan perubatan. Namun sesetengah pihak masih tertanya-tanya terhadap kemampuan Jokowi menerajui Indonesia mendepani cabaran di peringkat antarabangsa.

Keterbatasan pengalamannya menjadikan keraguan berkenaan perlu diperhatikan. - AFP/23/7/14


Isnin, 26 Mei 2014

Calon Presiden Indonesia Jokowi Sangkal Dakwaan Beragama Kristian


[HM] Calon presiden Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo menyangkal dakwaan beliau beragama Kristian.

Bercakap setibanya di Lapangan Terbang Syamsudin Noor di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Joko atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi berkata, beliau Muslim sejak lahir.

“Saya menunaikan haji pada 2003.

Kemudian nenunaikan umrah, paling tidak empat kali,” kata Jokowi.

Menurutnya, seluruh keluarganya juga beragama Islam.

“Mulai dari orang tua, hingga kepada isteri saya, Iriana, semuanya Islam.

Kami semua sudah menunaikan haji, “Malah, isteri saya menunaikan umrah lebih banyak berbanding saya,” katanya.

Untuk menegaskan pengakuannya itu, Jokowi, dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju ke bandar Banjarmasin, berhenti singgah di Masjid Nur untuk menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Gabenor Jakarta ini juga mengunjungi pondok pesantren dan menziarah makam ulama terkenal di Martaputra sepanjang berada di bandar berkenaan.

Ini bukan kali pertama beliau melawat sekolah pondok.

Sebelum ini beliau pernah mengunjungi pesantren di Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Makassar.

Sejak mengumumkan dirinya calon untuk pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada 9 Julai depan, Jokowi banyak menjadi sasaran serangan isu negatif.

Dia dituduh beragama Kristian dengan nama Hurbertus Joko Widodo.

Sebelum ini dia didakwa menjadi penyokong Zionis, budak suruhan Amerika Syarikat, memihak kepada bangsa Cina dan anggota mafia.

Namun, menurut Jokowi, beliau menganggapnya sebagai kempen kotor untuk memburukkan peribadinya.

“Masyarakat sudah cerdik dan tidak akan terpengaruh dengan fitnah seperti itu,” katanya. -26/5/14


, ,

Sabtu, 5 Oktober 2013

Peminat Metallica, Napalm Death Mahu Jadi Presiden Indonesia


[Kosmo] DENGAN memakai kemeja-T hitam dan jaket kulit rona coklat, Gabenor Jakarta itu mengangkat kedua-dua tangannya ke udara di celah-celah ribuan penonton yang sedang asyik melakukan headbanging sewaktu konsert Metallica baru-baru ini.

Sememangnya cara sedemikian amat jarang dilakukan oleh ahli politik Indonesia. Namun, bagi Joko Widodo, 52, berkelakuan begitu di konsert tersebut telah meningkatkan populariti dirinya.

Malah, dalam satu undian pendapat, beliau diundi sebagai seorang tokoh yang paling diminati di luar kerajaan.

"Saya mendengar muzik metal daripada kumpulan Metallica ke Led Zeppelin hingga ke Napalm Death kerana rock merupakan minat dan inspirasi saya," kata lelaki kurus yang terkenal dengan gelaran Jokowi itu kepada AFP selepas menyaksikan konsert tersebut di Jakarta.

Sikap santai pemimpin bandar tersebut berjaya menyembunyikan kuasa politiknya. Selain itu, sifat merendah diri yang dimiliki Jokowi telah berjaya menawan rakyat negara jiran itu sekali gus menggoncang arena politik Indonesia yang dikuasai tokoh-tokoh yang gemar menyendiri sejak dari era Presiden Suharto.

Selepas setahun dipilih sebagai Gabenor Jakarta, lelaki yang dilahirkan di kawasan setinggan tebing sungai wilayah Surakarta itu berhasrat menjadi Presiden Indonesia pada pilihan raya 2014 meskipun belum mengumumkan perkara itu secara rasmi.

"Beliau sangat berbeza daripada figura lain yang tidak mempedulikan orang biasa," kata salah seorang pengunjung konsert Metallica, Rizqi Widyasari, 32, sambil menyatakan rakyat memerlukan pemimpin yang mempunyai cara kepimpinan yang tulus.

Namun di sebalik situasi itu, beberapa persoalan timbul sama ada lelaki yang tidak pernah bekecimpung dalam dunia politik kebangsaan itu bersedia untuk menggalas cabaran besar memerintah negara yang mempunyai 17,000 buah pulau dengan populasi lebih daripada 240 juta penduduk berkenaan.

PENDEKATAN Jokowi yang sederhana, mudah didekati dan mesra rakyat menjadi faktor populariti beliau meningkat.


Jokowi yang tidak kisah sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden menegaskan bahawa keputusan itu terpulang pada parti dan fokusnya tetap kekal untuk menyelesaikan masalah trafik, longkang tersumbat dan banjir yang sering melanda Jakarta.

Bagaimanapun, tekanan semakin meningkat kepada Jokowi yang begitu menonjol sewaktu bertugas sebagai Datuk Bandar Solo di wilayah Jawa Tengah dan sifat berdikarinya telah menarik hati rakyat di negara yang dibelenggu rasuah dalam kalangan ahli politik elit itu.

Ketika menjelajah ke seluruh Jakarta baru-baru ini, beliau tidak ragu-ragu untuk melompat keluar dari keretanya dan menaiki teksi motosikal selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tidak seperti ahli politik elit Indonesia yang tidak mahu menaiki kenderaan tersebut.

Sewaktu kunjungan rutinnya ke kawasan setinggan dan lorong-lorong yang dipenuhi tikus, Jokowi sentiasa mendengar keluhan dan aduan orang ramai. Beliau juga bertindak memeriksa sama ada pegawai kerajaan melakukan kerja mereka atau tidak dengan membuat pemeriksaan mengejut sambil ditemani para wartawan.

Beliau memulakan tugas sebagai Datuk Bandar baharu di daerah timur Jakarta itu dengan melawat tempat pembuangan sampah. Semua itu dilakukan semata-mata bagi menunjukkan bahawa pemimpin tempatan tidak harus gentar untuk mengotorkan tangan dan membersihkan kota raya tersebut.

"Masalah yang dihadapi sangat jelas. Kami hanya perlu menyelesaikannya dan melaksanakan polisi yang kami janjikan," kata Jokowi ketika ditemui di pejabatnya yang terdapat monitor dilekatkan di dinding untuk memaparkan keadaan lalu lintas bandar raya tersebut.

Sejak dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 15 Oktober 2012, beliau telah menyelesaikan beberapa masalah yang melanda Jakarta. Ini termasuklah mengawal pasaran tekstil terbesar di Asia Tenggara yang dikuasai oleh pihak tertentu dan memulakan projek pengangkutan awam.

Di samping itu, beliau turut mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di sana.

 

JOKOWI menjelajah ke seluruh Jakarta dengan menaiki van untuk memeriksa sama ada para pegawai kerajaan melakukan tugas mereka dengan baik atau tidak.


Ironinya, perwatakan yang merendah diri dan berimej bersih menjadikan anak tukang kayu itu sangat berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang ada di Indonesia.

Berbanding Jokowi, mereka lebih cenderung menjadi taikun wang, bekas jeneral tentera seperti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atau mewarisi keturunan dinasti yang berharta.

Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang dalam pemerintahan tiga dekad Suharto yang dipenuhi rasuah dan digulingkan pada tahun 1998. Mereka termasuklah Prabowo Subianto dan Aburizal Bakrie.

Prabowo ialah bekas ketua pasukan khas Indonesia yang dituduh mencabul hak asasi di Timor Leste manakala Aburizal adalah seorang ahli perniagaan yang sering terlibat dalam pelbagai kontroversi.

Menurut undian tersebut, mereka tidak tampil untuk merebut peluang dalam menghadapi fenomena 'Jokowimania' yang melanda negara itu.

Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Kompas pada Mei dan Jun lalu menunjukkan Jokowi mampu memenangi pilihan raya presiden dengan undian sebanyak 32.5 peratus, meningkat daripada 17.7 peratus pada Disember.

Sementara itu, pada tinjauan September lalu, Jokowi memperoleh sekurang-kurangnya 10 peratus mata lebih daripada pencabar terdekatnya.

"Gelombang sokongan kepada Jokowi begitu kuat dan sukar untuk sesiapa menghalangnya daripada menjadi seorang presiden," ujar pakar politik dari Institut Sains Indonesia, Syamsuddin Haris.

Parti Jokowi, Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) masih belum mencalonkan beliau sebagai calon walaupun penganalisis mengatakan mereka tidak mahu berbuat demikian kerana masih terlalu awal sebelum pilihan raya pada Julai 2014.

Dalam pada itu, ketika Jokowi mendapat banyak publisiti, terdapat petanda mengatakan usahanya untuk menyelesaikan banyak masalah yang melanda Jakarta akan berdepan dengan cabaran.

Antaranya beliau menerima kritikan mengenai rancangan untuk memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan setinggan sekitar empangan di utara Jakarta dan masalah trafik di tengah-tengah bandar bertambah buruk sekali gus mengganggu projek pengangkutan awam.

MASALAH kawasan setinggan yang dicemari sampah sarap mahu diselesaikan Jokowi.


Malah, terdapat juga kebimbangan yang serius terhadap era pemerintahan berpotensi Jokowi dengan ketidakyakinan bahawa perjalanan sepanjang setahun menguruskan bandar yang didiami 10 juta penduduk itu mencukupi sebagai persediaan beliau.

Tidak ketinggalan, untuk memenangi persaingan dengan ahli politik veteran yang berpengalaman luas dalam sebuah negara yang tinggi amalan rasuahnya sememangnya amat mencabar, kata sesetengah penganalisis di negara itu.

Ada juga petanda mengatakan Jokowi sebenarnya tidak mahu menjadi presiden dan enggan meluangkan hari-harinya dengan dikelilingi oleh orang-orang berkuasa.

Justeru, tidak hairanlah pada konsert Metallica di Jakarta bulan lalu, Widodo kelihatan tidak selesa apabila penganjur memisahkan pihak kaya dan berkuasa di tempat orang kenamaan. Sebaliknya beliau menekankan lebih selesa berada di tengah-tengah penonton. 5/10/13


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH