Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label muzik metal. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 10 Oktober 2015

[Video] “Islam agamaku, muzik kerjayaku.” - Gisele Marie





“Islam agamaku, muzik kerjayaku.” Itulah jawapan Gisele Marie ditanya mengenai tindakannya memakai purdah ketika bermain gitar yang mengalunkan irama ‘heavy metal’ di pentas konsert.

Penampilannya ternyata mengejutkan banyak pihak, sekali gus memecahkan stereotaip wanita berpurdah.

Tidak dinafikan ramai wanita Islam yang menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan menceburi bidang nyanyian atau bermain alat muzik, tetapi Gisele mungkin satu-satunya yang berpurdah! Lebih mengejutkan, genre pilihannya ialah muzik bingit dan ‘keras’.

Gisele Marie dari Sao Paulo, Brazil, kini bekerja keras untuk menyiapkan album pertama kumpulannya dan membuat kajian mengenai muzik keagamaan selama enam jam setiap hari.

Dia bagaimanapun masih merahsiakan nama kumpulannya sehingga album mereka diterbitkan tahun depan.

Gisele yang menggunakan gitar elektrik Gibson Flying V sebelum ini adalah anggota kumpulan heavy metal Spectrus yang diasaskan abangnya selama beberapa tahun sebelum berpisah dengan memberi alasan ‘perbezaan profesional’.

Wanita berusia 42 tahun ini adalah cucu kepada penganut Katolik dari Jerman dan memeluk Islam pada 2009, iaitu beberapa bulan selepas bapanya meninggal dunia.

Dia yang menjadi pemain gitar utama kumpulannya dan kerap memukau penonton dengan kemahiran dan aksinya di pentas meminati gitaris genre heavy metal tersohor, Randy Rhoads selain Jimi Hendrix, Lucia Jaco, Yngwie Malmsteen, Zakk Wylde dan Jeff Beck.

“Saya daripada keluarga yang mempunyai ikatan rapat dengan budaya terutama muzik. Saya mula mempelajari alat muzik sejak berusia lapan tahun, bermula dengan piano,” katanya.

Menurut Gisele, ramai terkejut melihat wanita Islam sepertinya yang memakai purdah bermain muzik, apatah lagi irama heavy metal. Bagaimanapun, ada yang berasakan penampilan seperti itu cukup menarik.

“Saya tak peduli pandangan orang terhadap saya kerana memakai purdah, tapi berharap mereka faham Islam agama saya dan muzik kerjaya saya. Sememangnya dua perkara itu melambangkan ciri peribadi saya.

“Saya fokus dalam bidang muzik dan hakikat saya beragama Islam tidak mempunyai pengaruh terhadap muzik,” katanya.

Ditanya sama ada, dia kini memecah stereotaip orang ramai, Gisele berkata: “Ya, itu sudah pasti. Saya harap lebih ramai wanita Islam melakukan perkara sama.”

“Saya dibesarkan daripada keluarga Kristian, tetapi dalam keluarga, perkara tidak menimbulkan sebarang masalah, malah mereka me­nyokong saya,” katanya.

Diaju persoalan sama ada berlaku sebarang musibah ketika dia memakai purdah sewaktu beraksi, Gisele berkata: “Buat pengetahuan anda, saya sudah lama memakai purdah.

“Bagi saya, ia pakaian seharian, pakaian biasa saya dan tiada apa yang berbeza ketika memakai purdah di atas pentas.

“Malah, saya rasa mampu mendaki tembok dengan memakai pakaian ini dan saya tiada masalah dengannya,” kata Gisele. - Harian Metro/9/10/15




, ,

Sabtu, 5 Oktober 2013

Peminat Metallica, Napalm Death Mahu Jadi Presiden Indonesia


[Kosmo] DENGAN memakai kemeja-T hitam dan jaket kulit rona coklat, Gabenor Jakarta itu mengangkat kedua-dua tangannya ke udara di celah-celah ribuan penonton yang sedang asyik melakukan headbanging sewaktu konsert Metallica baru-baru ini.

Sememangnya cara sedemikian amat jarang dilakukan oleh ahli politik Indonesia. Namun, bagi Joko Widodo, 52, berkelakuan begitu di konsert tersebut telah meningkatkan populariti dirinya.

Malah, dalam satu undian pendapat, beliau diundi sebagai seorang tokoh yang paling diminati di luar kerajaan.

"Saya mendengar muzik metal daripada kumpulan Metallica ke Led Zeppelin hingga ke Napalm Death kerana rock merupakan minat dan inspirasi saya," kata lelaki kurus yang terkenal dengan gelaran Jokowi itu kepada AFP selepas menyaksikan konsert tersebut di Jakarta.

Sikap santai pemimpin bandar tersebut berjaya menyembunyikan kuasa politiknya. Selain itu, sifat merendah diri yang dimiliki Jokowi telah berjaya menawan rakyat negara jiran itu sekali gus menggoncang arena politik Indonesia yang dikuasai tokoh-tokoh yang gemar menyendiri sejak dari era Presiden Suharto.

Selepas setahun dipilih sebagai Gabenor Jakarta, lelaki yang dilahirkan di kawasan setinggan tebing sungai wilayah Surakarta itu berhasrat menjadi Presiden Indonesia pada pilihan raya 2014 meskipun belum mengumumkan perkara itu secara rasmi.

"Beliau sangat berbeza daripada figura lain yang tidak mempedulikan orang biasa," kata salah seorang pengunjung konsert Metallica, Rizqi Widyasari, 32, sambil menyatakan rakyat memerlukan pemimpin yang mempunyai cara kepimpinan yang tulus.

Namun di sebalik situasi itu, beberapa persoalan timbul sama ada lelaki yang tidak pernah bekecimpung dalam dunia politik kebangsaan itu bersedia untuk menggalas cabaran besar memerintah negara yang mempunyai 17,000 buah pulau dengan populasi lebih daripada 240 juta penduduk berkenaan.

PENDEKATAN Jokowi yang sederhana, mudah didekati dan mesra rakyat menjadi faktor populariti beliau meningkat.


Jokowi yang tidak kisah sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden menegaskan bahawa keputusan itu terpulang pada parti dan fokusnya tetap kekal untuk menyelesaikan masalah trafik, longkang tersumbat dan banjir yang sering melanda Jakarta.

Bagaimanapun, tekanan semakin meningkat kepada Jokowi yang begitu menonjol sewaktu bertugas sebagai Datuk Bandar Solo di wilayah Jawa Tengah dan sifat berdikarinya telah menarik hati rakyat di negara yang dibelenggu rasuah dalam kalangan ahli politik elit itu.

Ketika menjelajah ke seluruh Jakarta baru-baru ini, beliau tidak ragu-ragu untuk melompat keluar dari keretanya dan menaiki teksi motosikal selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tidak seperti ahli politik elit Indonesia yang tidak mahu menaiki kenderaan tersebut.

Sewaktu kunjungan rutinnya ke kawasan setinggan dan lorong-lorong yang dipenuhi tikus, Jokowi sentiasa mendengar keluhan dan aduan orang ramai. Beliau juga bertindak memeriksa sama ada pegawai kerajaan melakukan kerja mereka atau tidak dengan membuat pemeriksaan mengejut sambil ditemani para wartawan.

Beliau memulakan tugas sebagai Datuk Bandar baharu di daerah timur Jakarta itu dengan melawat tempat pembuangan sampah. Semua itu dilakukan semata-mata bagi menunjukkan bahawa pemimpin tempatan tidak harus gentar untuk mengotorkan tangan dan membersihkan kota raya tersebut.

"Masalah yang dihadapi sangat jelas. Kami hanya perlu menyelesaikannya dan melaksanakan polisi yang kami janjikan," kata Jokowi ketika ditemui di pejabatnya yang terdapat monitor dilekatkan di dinding untuk memaparkan keadaan lalu lintas bandar raya tersebut.

Sejak dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 15 Oktober 2012, beliau telah menyelesaikan beberapa masalah yang melanda Jakarta. Ini termasuklah mengawal pasaran tekstil terbesar di Asia Tenggara yang dikuasai oleh pihak tertentu dan memulakan projek pengangkutan awam.

Di samping itu, beliau turut mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di sana.

 

JOKOWI menjelajah ke seluruh Jakarta dengan menaiki van untuk memeriksa sama ada para pegawai kerajaan melakukan tugas mereka dengan baik atau tidak.


Ironinya, perwatakan yang merendah diri dan berimej bersih menjadikan anak tukang kayu itu sangat berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang ada di Indonesia.

Berbanding Jokowi, mereka lebih cenderung menjadi taikun wang, bekas jeneral tentera seperti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atau mewarisi keturunan dinasti yang berharta.

Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang dalam pemerintahan tiga dekad Suharto yang dipenuhi rasuah dan digulingkan pada tahun 1998. Mereka termasuklah Prabowo Subianto dan Aburizal Bakrie.

Prabowo ialah bekas ketua pasukan khas Indonesia yang dituduh mencabul hak asasi di Timor Leste manakala Aburizal adalah seorang ahli perniagaan yang sering terlibat dalam pelbagai kontroversi.

Menurut undian tersebut, mereka tidak tampil untuk merebut peluang dalam menghadapi fenomena 'Jokowimania' yang melanda negara itu.

Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Kompas pada Mei dan Jun lalu menunjukkan Jokowi mampu memenangi pilihan raya presiden dengan undian sebanyak 32.5 peratus, meningkat daripada 17.7 peratus pada Disember.

Sementara itu, pada tinjauan September lalu, Jokowi memperoleh sekurang-kurangnya 10 peratus mata lebih daripada pencabar terdekatnya.

"Gelombang sokongan kepada Jokowi begitu kuat dan sukar untuk sesiapa menghalangnya daripada menjadi seorang presiden," ujar pakar politik dari Institut Sains Indonesia, Syamsuddin Haris.

Parti Jokowi, Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) masih belum mencalonkan beliau sebagai calon walaupun penganalisis mengatakan mereka tidak mahu berbuat demikian kerana masih terlalu awal sebelum pilihan raya pada Julai 2014.

Dalam pada itu, ketika Jokowi mendapat banyak publisiti, terdapat petanda mengatakan usahanya untuk menyelesaikan banyak masalah yang melanda Jakarta akan berdepan dengan cabaran.

Antaranya beliau menerima kritikan mengenai rancangan untuk memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan setinggan sekitar empangan di utara Jakarta dan masalah trafik di tengah-tengah bandar bertambah buruk sekali gus mengganggu projek pengangkutan awam.

MASALAH kawasan setinggan yang dicemari sampah sarap mahu diselesaikan Jokowi.


Malah, terdapat juga kebimbangan yang serius terhadap era pemerintahan berpotensi Jokowi dengan ketidakyakinan bahawa perjalanan sepanjang setahun menguruskan bandar yang didiami 10 juta penduduk itu mencukupi sebagai persediaan beliau.

Tidak ketinggalan, untuk memenangi persaingan dengan ahli politik veteran yang berpengalaman luas dalam sebuah negara yang tinggi amalan rasuahnya sememangnya amat mencabar, kata sesetengah penganalisis di negara itu.

Ada juga petanda mengatakan Jokowi sebenarnya tidak mahu menjadi presiden dan enggan meluangkan hari-harinya dengan dikelilingi oleh orang-orang berkuasa.

Justeru, tidak hairanlah pada konsert Metallica di Jakarta bulan lalu, Widodo kelihatan tidak selesa apabila penganjur memisahkan pihak kaya dan berkuasa di tempat orang kenamaan. Sebaliknya beliau menekankan lebih selesa berada di tengah-tengah penonton. 5/10/13


, , ,

Jumaat, 30 Ogos 2013

[PANAS] Konsert Metallica: Gabenor Jakarta Kecewa



Peminat Metallica di Malaysia.

Jakarta Tetap Santun di Konsert Metallica

[HM] Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo berkata, rakyat Indonesia sememangnya memiliki adab sopan yang terpuji.

Jokowi begitu dia lebih dikenali membuat pujian itu selepas melihat tingkah laku orang ramai yang tetap bersopan dan tidak menimbulkan kekecohan walaupun ketika konsert kumpulan Metallica berlangsung di Stadium Bung Karno pada malam Ahad lalu. 

“Daripada pemerhatian saya ketika konsert rock itu berlangsung, masyarakat Jakarta menjaga ketertiban dan adab sopan yang dibanggakan,” katanya kepada media semalam.

Bekas Gabenor Solo yang disebut-sebut bakal menjadi Presiden Indonesia itu berkata, konsert Metallica berjalan lancar kerana masyarakat mematuhi peraturan dan menjaga keamanan. 

“Pada pendapat saya, pihak pengurusan menjalankan tugas dengan baik dan penonton juga mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya. Bagaimanapun, Jokowi mengakui dia menyimpan sedikit perasaan kecewa tetapi tiada kaitan dengan tingkah laku orang ramai.

“Saya kecewa kerana gagal bertemu secara peribadi dengan anggota kumpulan Metallica walaupun kami sudah berjanji dan saya mempunyai jadual mengejut di tempat lain,” katanya. - Agensi - 30/8/13


P/s: Saspens!!!


, , ,

Khamis, 3 Mac 2011

[Gambar 18 SX] Aksi Berahi-EDAN di Pentas Konsert






Maaflah! 

Kiriman berahi-edan malam ini. Saya jumpa di sebuah laman sesawang. Cerita lama, tetapi menarik! (Bergantung pada niat anda)

Sepasang aktivis alam sekitar Tommy dan Leona dari Norway (kalau tidak silap) melakukan hubungan seks haram di atas pentas konsert. Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di depan puluhan ribu penonton yang menyaksikan persembahan kumpulan The Cumshots (nama kumpulan pun berahi juga!) di Festival Quart di Kristiansand, Norway sekitar tahun 2004 dahulu.

Cerita lama!

Berdasarkan berita yang disiarkan di aftenposten, pasangan gila ini mendakwa melakukan hubungan seks haram itu semata-mata mahu mengalihkan perhatian dunia untuk melindungi hutan hujan tropika. Malah pasangan ini turut membina laman sesawang “F*** For Forest” yang memaparkan bahan lucah berbayar yang kononnya untuk mengumpul dana melindungi hutan hujan tropika.

Kedua-duanya telah disoal siasat oleh pihak berkuasa dan kemudiannya dikenakan denda sebanyak
NOK10 000 (AS1 400 dolar) kerana beraksi tidak senonoh di depan publik.


Dunia akhir zaman tuan-tuan!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kumpulan Metal Hentikan Konsert untuk SOLAT BERJEMAAH! SALUT!!!


Saya perturunkan di sini:

[AKII] Latar/suasana muzik "underground" Indonesia kini tidak lagi hanya berunsurkan "kegelapan", namun sudah ada "cahaya" yang meneranginya. Cahaya yang dimaksudkan itu ialah sekelompok pemuzik metal yang melabelkan diri mereka sebagai Metal Muslim.

Mengapa mereka menggelarkan diri sebagai Metal Muslim? Hal ini demikian kerana lagu berat yang didendangkan oleh mereka di gig atau di konsert tidak lagi menyeru manusia berbuat kejahatan, jauh sekali bersekongkol dengan iblis atau syaitan. Lirik lagu kumpulan ini membawa mesej ketuhanan, anti-Zionis, membebaskan Palestine, dakwah, dan sebagainya.

Antara kumpulan rock/metal yang tergolong dalam kelompok Metal Muslim ini termasuklah Tengkorak, Purgatory, Punk Muslim, Inner Beauty, The Roots of Madinah, AfterMath, Keep it True, Stranded, Qishash, Salameh Hamzah, dan Barat Hijau Indonesia. Kesemua kumpulan ini mengetengahkan lirik yang berunsur ketuhanan dan mengajak muda-mudi mendekati agama dan menjauhi perkara yang dilarang oleh agama.

Terkini, kelompok pemain muzik berat ini menjayakan suatu siri konsert jelajah yang diberi nama Urban Garage Festival. Sebuah siri konsert yang bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine. Yang menariknya, selain mendendangkan lagu yang mencerca Israel, Zionis, menyokong umat Islam di Palestine, kumpulan muzik ini berjaya mengajak penonton mendekati Tuhan secara langsung semasa menjayakan konsert tersebut. Penonton diajak menunaikan solat secara berjemaah setiap kali masuk waktu solat. Perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana konsert di negara ini (Betulkan saya jika saya salah!).

Sebuah blog ada memerihalkan secara ringkas tentang festival itu: 
Satu hari penuh yang luar biasa ditanggal 16 Oktober 2010 ini ternyata bisa dilewati dengan udara cerah tanpa hujan sedikitpun. Urban Garage Festival bukan hanya menggambarkan sebuah tur musik keras saja, tapi didalamnya setiap penonton seperti diarahkan untuk bisa dewasa dan cerdas dalam menyikapi perbedaan warna music yang ada, dan jika kita melihat beragamnya warna music yang hadir bukan hanya metal, tapi juga punk rock, hardcore hingga ke hiphop bahkan seni teaterikal ala Insan Jalanan membaur menjadi satu.
Dan yang hebatnya lagi teraturnya para penonton dalam bekerja sama dengan panitia, terutama ketika waktu sholat secara berjamaah. Terlihat betapa ramainya masjid terdekat yang penuh dengan para pecinta music cadas yang tetap melakukan sholat tepat waktu.
Sukses selalu untuk Urban Garage Festival, dan menurut kabar yang kami terima bahwa untuk seri ketiga acara ini akan diadakan di kota Salatiga Jawa Tengah dalam waktu dekat...lagi di sini.

Sebuah lagi blog mengulas hal yang sama, menurut penulisnya:
Ketika Islam berfungsi sebagai kendali, banyak anak metal di komunitas underground menjemput hidayah. Mereka tidak menolak modernisasi, tapi menjegal westernisasi. Ada komitmen yang dibangun: No Drugs, No Alcohol, No Violence dan No Free sex. Just Metal.

Menjelang malam, anak-anak metal itu sudah berkumpul di pelataran Gedung Rossi Musik di Jalan Fatmawati No. 30, Jakarta Selatan untuk menyaksikan pagelaran musik sekaligus penggalangan
dana untuk Palestina. Konser musik yang bertajuk ”Urban Garage Festival” itu diorganize oleh Berandalan Puritan dan Mogers Infantry.

Saat menanti band kesayangan mereka, azan Maghrib berkumandang. Siapa nyana, sebagian dari mereka
berbondong-bondong menuju masjid, lalu segera membasuh wajah-wajah kumel itu dengan air wudhu. Sabili turut menyaksikan, anak-anak metal tengah merapikan shaftnya untuk shalat berjamaah. ”Sebagian dari mereka, anak-anak Mogers, sebuah komunitas fans band metal legendaris Purgatory,” kata salah seorang komunitas underground.

Performance mereka memang eksentrik dan tampak cuek. Sekilas, seperti individu yang tak mau tahu dengan urusan agama. Tapi, lihatlah paradigma baru anak Metal hari ini. Mereka mulai bangga menunjukkan jatidirinya sebagai Muslim sejati.
Jangan ngaku anak metal, kalau nggak shalat. Jangan sok metal kalau masih suka mabok (ngedrugs) dan free sex. ”Menyedihkan banget, jika anak metal malu menunjukkan identitasnya sebagai muslim. Karena gengsi, mau shalat saja, bilangnya mau ke depan untuk beli rokok,” tukas Bonty, salah seorang personil Purgatory.

Tak dipungkiri band metal lahir dari peradaban Barat yang bobrok. Peradaban itu memengaruhi jiwa anak-anak muda yang gelap. Mereka larut menjadi individu yang bingung menatap masa depan, tertipu oleh propaganda sesat kaum laknat, hingga menjadi pemuja setan, syahwat, anti kemapanan, bahkan mengabaikan Tuhan. Ketika hidayah Islam datang, pondasi itu terguncang. Anak-anak Metal yang terlahir sebagai Muslim, mulai menyadari, bahwa mereka secara kultur dan karakter sudah dijadikan ’hamba-hamba sahaya’ yang terjajah. Eksistensi tumbuh, ketika Islam menjadi ideologi, kesadaran baru dan amaliyah mereka....selanjutnya di sini.
Alhamdullilah! Saya kagum! Saya bangga! Saya teruja! Mudah-mudahan perkembangan yang berlaku di Indonesia itu "berjangkit" di sini.

Bagi yang berminat mendengar lagu mereka, boleh lihat di sini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH