Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label mualaf. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 2 November 2015

Bantuan: Mualaf Pilih FB, Serik Birokrasi Agensi Kerajaan




PETALING JAYA: Serik dengan prosedur untuk memohon bantuan yang didakwa rumit, seorang mualaf tiada pilihan melainkan meraih simpati melalui laman media sosial Facebook.

Alwi Chan Abdullah, 31, terpaksa mengenetepikan perasaan malu dan meminta bantuan rakan-rakan di Facebooknya bagi menampung kos pembedahan dan perubatan anak bongsunya, Danial Oktavian Chan yang kini baru berusia lebih sebulan sebanyak RM3,600.

Beliau yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah warung di Gombak, Selangor mendakwa anaknya itu perlu menjalani pembedahan kecil pada jantung.

Menurut Alwi, sejak dilahirkan pada 16 September lalu, anak bongsunya itu sering keluar masuk Hospital Ampang kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Malah dengan gaji kira-kira RM1,800 sebulan, beliau tidak mampu membayar kos rawatan kerana perlu menyara isteri dan tiga anaknya yang lain yang masing-masing berusia sembilan, empat dan tiga tahun.

"Saya serik berurusan dengan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sebab itu saya terpaksa minta bantuan rakan-rakan di Facebook.

"Saya terpaksa buat begitu kerana anak saya perlu segara dibedah. Ia melibatkan hidup dan mati anak bongsu saya. Saya tak boleh nak tunggu macam proses bantuan sewa rumah sebelum ini. Nyawa anak jadi keutamaan saya," katanya kepada mStar Online.

Lelaki yang berasal dari Johor Baru itu berkata, hasil sumbangan orang ramai, akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilakukan.

"Walaupun ada yang mengecam tindakan saya, alhamdulillah, dalam masa empat hari saya berjaya memperoleh sumbangan sebanyak RM4,300. Ia lebih daripada yang diperlukan untuk membiayai kos rawatan tersebut.

"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di Facebook. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka.

"Baki duit sumbangan itu saya sedekahkan ke masjid, macam yang pernah saya janjikan sebelum ini," katanya.


Danial Oktavian Chan Alwi Chan.

Menurut Alwi, beliau pernah ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP di Taman Sharmelin Perkasa, Cheras untuk bertanya mengenai cara-cara memohon bantuan kos rawatan anaknya itu.

Namun, katanya, maklum balas yang diterima daripada kakitangan di PPZ berkenaan agak mengecewakan.

"Saya ke sana untuk bertanya proses bantuan. Belum sempat saya isi borang, kakitangan di sana meminta saya ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana saya menetap di Selangor," katanya.

Alwi berkata, dia kemudiannya pergi ke LZS dengan bantuan rakannya tetapi kakitangan di sana pula mengarahkannya supaya berurusan dengan PPZ MAIWP kerana pernah mendapatkan bantuan daripada Baitulmal MAIWP sebelum ini.

"Saya jadi keliru apabila kedua-dua pihak tidak membantu memudahkan urusan permohonan tersebut. Seorang kata perlu ke Selangor dan kakitangan di Selangor pula suruh teruskan bantuan dengan MAIWP. Itu yang menyebabkan saya berputus-asa untuk meneruskan proses tersebut," katanya.

Malah, beliau berkata, sehingga hari ini masih tiada jawapan kepada proses permohonannya itu.

Terdahulu, Alwi sekeluarga pernah tinggal di Rumah Transit Baitulmal MAIWP di Taman Pelangi, Sentul selama dua bulan pada awal Jun lalu selepas 'dibuang' keluarga kandungnya sebaik sahaja mengetahui mereka sekeluarga memeluk Islam.

Alwi sekeluarga diberi satu bilik di rumah transit tersebut dengan wang RM50 untuk perbelanjaan seminggu dan dibenarkan tinggal di sana selama dua bulan.

Namun, pada masa sama mereka diarah mencari rumah sewa dan memaklumkan kepada Baitulmal selepas memperoleh rumah sesuai untuk proses kelulusan bagi mendapatkan deposit rumah yang akan disewa.

"Tetapi, bila kita dah cari rumah, sewa rumah pula katanya terlalu mahal.

"Tambahan pula prosedurnya terlalu rumit dengan bermacam-macam alasan diberikan, jadi proses untuk kami pindah ke rumah sewa baharu menjadi lambat. Saya jadi buntu," katanya.

Kecewa dengan proses tersebut, Alwi turut bertindak memohon pertolongan bagi mengumpul deposit rumah sewa baharu daripada rakan-rakan dan kenalannya di Facebook.

"Saya tiada pilihan melainkan meminta bantuan di Facebook. Saya terpaksa berbuat demikian kerana terdesak. Lagipun tempoh untuk tinggal di rumah transit Baitulmal sudah berakhir. Tak eloklah bila kami sering diingatkan supaya cari rumah sewa baharu," katanya.

Tidak lama kemudian, posting Alwi menjadi viral di media sosial dan 'bantuan' akhirnya diperolehi dalam masa yang singkat.

"Saya dibantu oleh seorang hamba 'Allah'. Akhirnya kami dapat berpindah ke rumah baharu yang terletak di Selayang. Saya bersyukur kepada Allah kerana sentiasa mendengar doa hambaNya," katanya.

Walaupun masalah mereka sekeluarga sudah selesai, lelaki itu berharap pihak Baitulmal mengkaji semula proses pengagihan zakat kepada golongan asnaf yang memerlukan supaya setiap urusan menjadi lebih mudah dan efisyen.

"Saya pasti ramai mualaf tidak tahu mengenai bantuan yang layak mereka terima. Jadi kami patut dimaklumkan mengenai hak-hak kami. Bukan kami mahu mengambil kesempatan tetapi ia penting sekiranya kami ditimpa kesulitan.

"Dalam tempoh bergelar mualaf, saudara baru seperti kami pastinya berdepan pelbagai masalah. Kami yang masih 'baharu' ini masih belum cukup kuat untuk menghadapi dugaan besar ini. Jadi sekurang-kurangnya pada waktu sukar ini, Baitulmal lah tempat kami 'bergantung' untuk seketika," katanya.

Info:

MUALAF atau saudara baharu adalah antara lapan asnaf yang berhak mendapat pelbagai bantuan yang disalurkan majlis agama Islam setiap negeri, terutama zakat.

Antara bantuan yang diberikan meliputi sumbangan awal ketika memeluk Islam dan bantuan berterusan mengikut keperluan asnaf bagi tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, jenis-jenis bantuan yang ditawarkan berbeza di setiap negeri.

Misalnya di Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan bantuan saguhati Hari Raya, bantuan kewangan bulanan, elaun kehadiran kelas agama asas, bantuan sewa rumah, dermasiswa mualaf, bantuan perkahwinan dan bantuan umum pelajaran kepada golongan ini.

Selain itu, saudara baru juga boleh memohon bantuan pembinaan rumah individu, saguhati galakan saudara baharu, bantuan modal, bantuan perubatan mualaf, kursus dan latihan, pembinaan rumah berkelompok, pengurusan jenazah dan bantuan berkhatan.

Bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, beberapa bantuan lain seperti depositi sewa beli teksi, biasiswa Baitulmal/insentif khas pelajar cemerlang, galakkan hafaz Al-Quran, deposit van/bas sekolah, guaman syarie dan bantuan pelajaran Kolej Kejururawatan Pusrawi turut disediakan.

Umumnya, ada di kalangan mualaf yang menjalani kehidupan mencabar termasuk disisih keluarga kandung, malahan ada yang merempat. Bagaimanapun, tidak semua saudara baru ini berhadapan masalah.


ASNAF adalah pihak yang layak menerima bantuan zakat daripada umat Islam iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, ar-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

*Fakir-berharta, pekerjaan atau pendapatan daripada sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan tanggungan.

*Miskin - mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan tanggungan.

*Amil - terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk memungut dan agih.

*Mualaf - memeluk agama Islam. Juga dikenali sebagai saudara baharu.

*Al-Riqab - memerdekakan umat Islam daripada perhambaan.

*Al-Gharimin - berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungan.

*Fisabilillah - melibatkan diri dalam aktiviti untuk mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

*Ibni Sabil - dalam perjalanan bagi maksud yang dibenarkan syarak dari negeri atau negara yang memerlukan bantuan. -Mstar/2/11/15


Respons pihak terbabit di sini.

, ,

Sabtu, 10 Oktober 2015

[Video] “Islam agamaku, muzik kerjayaku.” - Gisele Marie




“Islam agamaku, muzik kerjayaku.” Itulah jawapan Gisele Marie ditanya mengenai tindakannya memakai purdah ketika bermain gitar yang mengalunkan irama ‘heavy metal’ di pentas konsert.

Penampilannya ternyata mengejutkan banyak pihak, sekali gus memecahkan stereotaip wanita berpurdah.

Tidak dinafikan ramai wanita Islam yang menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan menceburi bidang nyanyian atau bermain alat muzik, tetapi Gisele mungkin satu-satunya yang berpurdah! Lebih mengejutkan, genre pilihannya ialah muzik bingit dan ‘keras’.

Gisele Marie dari Sao Paulo, Brazil, kini bekerja keras untuk menyiapkan album pertama kumpulannya dan membuat kajian mengenai muzik keagamaan selama enam jam setiap hari.

Dia bagaimanapun masih merahsiakan nama kumpulannya sehingga album mereka diterbitkan tahun depan.

Gisele yang menggunakan gitar elektrik Gibson Flying V sebelum ini adalah anggota kumpulan heavy metal Spectrus yang diasaskan abangnya selama beberapa tahun sebelum berpisah dengan memberi alasan ‘perbezaan profesional’.

Wanita berusia 42 tahun ini adalah cucu kepada penganut Katolik dari Jerman dan memeluk Islam pada 2009, iaitu beberapa bulan selepas bapanya meninggal dunia.

Dia yang menjadi pemain gitar utama kumpulannya dan kerap memukau penonton dengan kemahiran dan aksinya di pentas meminati gitaris genre heavy metal tersohor, Randy Rhoads selain Jimi Hendrix, Lucia Jaco, Yngwie Malmsteen, Zakk Wylde dan Jeff Beck.

“Saya daripada keluarga yang mempunyai ikatan rapat dengan budaya terutama muzik. Saya mula mempelajari alat muzik sejak berusia lapan tahun, bermula dengan piano,” katanya.

Menurut Gisele, ramai terkejut melihat wanita Islam sepertinya yang memakai purdah bermain muzik, apatah lagi irama heavy metal. Bagaimanapun, ada yang berasakan penampilan seperti itu cukup menarik.

“Saya tak peduli pandangan orang terhadap saya kerana memakai purdah, tapi berharap mereka faham Islam agama saya dan muzik kerjaya saya. Sememangnya dua perkara itu melambangkan ciri peribadi saya.

“Saya fokus dalam bidang muzik dan hakikat saya beragama Islam tidak mempunyai pengaruh terhadap muzik,” katanya.

Ditanya sama ada, dia kini memecah stereotaip orang ramai, Gisele berkata: “Ya, itu sudah pasti. Saya harap lebih ramai wanita Islam melakukan perkara sama.”

“Saya dibesarkan daripada keluarga Kristian, tetapi dalam keluarga, perkara tidak menimbulkan sebarang masalah, malah mereka me­nyokong saya,” katanya.

Diaju persoalan sama ada berlaku sebarang musibah ketika dia memakai purdah sewaktu beraksi, Gisele berkata: “Buat pengetahuan anda, saya sudah lama memakai purdah.

“Bagi saya, ia pakaian seharian, pakaian biasa saya dan tiada apa yang berbeza ketika memakai purdah di atas pentas.

“Malah, saya rasa mampu mendaki tembok dengan memakai pakaian ini dan saya tiada masalah dengannya,” kata Gisele. - Harian Metro/9/10/15




, ,

Isnin, 22 Jun 2015

[Video] Pelakon Fast & Furious Dilapor Peluk Islam, Teruja Sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36, antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.-Sinar Harian/22/6/15




,

Isnin, 18 Mei 2015

Berkat Doa Anak, Satu Keluarga Peluk Islam


NUR Emily berselfie dengan adik ketiganya Muhammad Aiman selepas mengucap syahadah. 
Port Dickson: “Doa anak lelaki saya yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT supaya membuka pintu hati kami sekeluarga memeluk Islam ditunaikan Allah,” kata Safiyyah Abd Aziz, 42.

Menurutnya, anak lelaki kedua daripada empat anaknya, Muhammad Daniel Chan, 19, terlebih dulu memeluk Islam pada 2013 ketika berusia 17 tahun sebelum seorang demi seorang ahli keluarga mengikut jejak langkahnya itu.

Menyingkap kembali perjalanan mengucap dua kalimah syahadah, Muhammad Daniel mengambil keputusan memberitahu keluarga hasrat memeluk agama suci itu dan dengan bantuan guru serta ustaz di sekolahnya, dia mengucap dua kalimah syahadah.

Safiyyah yang dulunya bernama Sofiya Siswagi berkata, dia dan suami tidak menghalang Muhammad Daniel memeluk Islam, malah tertarik melihat kehidupan anaknya selepas memeluk agama itu.

“Saya dan anak bongsu, Muhammad Hamim Chan, 13, mengikut langkah Muhammad Daniel memeluk Islam pada Oktober 2013. Selepas itu, suami saya Muhammad Chan Kum Tong, 56, dan anak ketiga, Muhammad Aiman Malek Chan, 15, menyusul pada Julai 2014. - Mohd Khidir Zakaria/Harian Metro/18/5/15


, ,

Khamis, 3 Julai 2014

Jelitawan Felixia Yeap Rasmi Masuk Islam Hari Ini



[Malaysia Kini] Model cantik Felixia Yap dengan rasmi memeluk Islam hari ini di hadapan empat saksi dan menyatakan telah bertemu 'jalan pulang' selepas pencarian bertahun-tahun.

Beliau sebelum ini telah berhijab selama enam bulan dan mendalami agama Islam sehingga menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Felixia yang berasal dari Ipoh hari ini dengan panjang lebar menulis di laman Facebook dan blog beliau tentang pencarian hidup beliau dan melahirkan rasa lebih tenang selepas mendekati Islam.

Gadis berusia 28 tahun itu menceritakan mula berjinak dengan hijab ketika diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.

Beliau mendapat ilham dan terasa lebih selesa, selamat dan berasa dihormati.

Bekas model 'arnab' untuk Playboy yang fasih berbahasa Melayu itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami Islam dan melahirkan kebanggaan kerana niat itu direstui ibu kesayangan.

Beliau yang menambah “Rania” pada namanya itu bagaimanapun memohon maaf kerana tidak membenarkan mana-mana media membuat liputan dan menegaskan acara itu hanyalah formaliti kerana hati beliau telah pun beriman sebelum ini.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Bertudung sebelum Islam

Felixia turut dikatakan bakal terjun untuk membuka perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri.

Terdahulu, tindakannya memilih memakai hijab sebelum rasmi memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menyokong tetapi juga segelintir pihak yang sinis dengan tindakannya itu.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan. Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan. Tekanan.

"Tetapi syukur Alhamdullilah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat.

"Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulis beliau. -3/7/14


P/s: Berdasarkan status FB Felixia sekitar pukul 2.00 petang tadi, upacara pengislamannya mungkin berlangsung pada petang ini. Mungkin selepas atau sebelum solat Asar.



Nasihat admin, padamlah gambar-gambar yang tidak menutup aurat dan mengaibkan diri Felixia daripada laman FB dan laman sosial yang lain dengan segera. Sebelum ini, Felixia ada menyatakan bahawa dia akan memadamkan semua gambar itu sedikit demi sedikit kerana kekangan masa. Sekarang sudah tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan tindakan itu. Hal ini penting bagi mengelakkan dirinya dicemari dosa dan sekali gus memelihara maruah dirinya.

Selamat memeluk Islam, Felixia. Semoga anda menjadi muslimah yang solehah. Moga-moga hidayah yang diperoleh itu kekal sehingga akhir hayat.

Kemas Kini:


Alhamdullilah.


, , , , ,

Khamis, 19 Jun 2014

Bintang Filem Tamil Peluk Islam

Monica menukar namanya kepada MG Rahima dan meninggalkan terus kerjaya seninya yang dibina sejak zaman kanak-kanak.

[Mstar] PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India, Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013. -19/6/14


, ,

Khamis, 28 November 2013

Adila Hussin McGhee Tegaskan Tuduhan Murtad Suatu Fitnah


[Bernama] NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial dan menganggapnya sebagai fitnah.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

"Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila. - 28/11/13


,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Penerbit Filem Hina Rasulullah Tunai Haji


[Bernama] RIYADH - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira
setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - 18/10/13


P/s: Arnaud Fandor bukan Arnold Fandor



, ,

Isnin, 16 September 2013

[Video] Isteri Muda Dakwa Dicaci, Dipukul Suami, Mengaku...


Isteri Muda Kena Silat

[HM] Kuala Lumpur: “Dia berperwatakan seperti ustaz dan memberitahu mengahwini saya semata-mata kerana Allah, namun selepas berkahwin saya bukan saja dicaci hampir setiap hari, tapi turut dipukul, disepak dan kepala saya pernah dihentak dengan penukul.”

Demikian rintihan seorang mualaf yang kini melarikan diri daripada bekas suaminya, seorang guru silat selepas tidak tahan dikasari, termasuk pernah dipukul lebih 20 anak murid lelaki itu kerana dituduh bersekedudukan dengan lelaki lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hanim, 32, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada 2005 kerana belajar pencak silat daripadanya.

“Ketika itu, saya baru bercerai dengan suami pertama dan tidak lama kemudian saya berkahwin dengannya selepas diyakinkan bahawa pernikahan kami hanya semata-mata kerana Allah SWT,” katanya.


HANIM menceritakan kisah dibelasah bekas suami kepada wartawan.


Hanim berkata, dia menjadi isteri kedua dan pada masa sama turut menguruskan aktiviti pertubuhan silat milik suaminya.


P/s: Berdasarkan pengakuan mangsa, si suami juga didakwa mendatanginya dari belakang. Kalau betul, bertaubatlah. Tonton video.





,

Khamis, 25 Julai 2013

Cerita Mualaf Diceraikan Suami, Terlanjur, dan Tidak Rela Berpisah dengan Anak



[HM] Seremban: “Saya akui jahil dan banyak dosa, tapi akidah saya masih utuh dan sama sekali tidak akan menyerahkan anak kepada pasangan bukan Islam, biarpun ada yang menawarkan RM30,000.”

Demikian kata seorang wanita mualaf mahu dikenali sebagai Rokiah, 30-an yang kini hidup terumbang-ambing dan serba kekurangan selepas diceraikan bekas suami, awal bulan lalu. Keadaan diburukkan lagi apabila janda beranak satu itu kini hamil anak luar nikah dan teman lelakinya pula enggan bertanggungjawab, malah memintanya menggugurkan kandungan.

“Melihat kehidupan saya yang serba daif empat pasangan bukan Islam pernah menyuarakan hasrat mahu memelihara anak saya.

“Ada yang mahu mengambil Amin (anak lelaki berusia dua tahun) dan ada juga yang mahukan anak dalam kandungan saya yang kini berusia empat bulan.

“Walaupun saya mualaf dan banyak dibebani dosa silam, saya tetap akan berusaha menjaga anak saya dan tak mahu mereka keluar daripada Islam,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Rokiah berkata, dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan hidup menumpang di rumah kakak dan abang iparnya yang bukan beragama Islam bersama tiga anak mereka di Senawang, dekat sini.

“Biarpun ditawarkan puluhan ribu ringgit, saya tidak rela berpisah dengan Amin. Hidup mati saya biarlah dengan Amin dan anak yang masih dalam kandungan. Saya tidak akan menjual mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidupnya, Rokiah berkata, selepas diceraikan, dia terpaksa menanggung seorang anak kembarnya, manakala seorang lagi bersama bekas suami yang juga askar di Perak.

Menurutnya yang berasal dari Sarawak dan memeluk Islam pada 2009, selepas bercerai dia menjalinkan hubungan dengan seorang anggota keselamatan di negeri itu hingga terlanjur.

“Saya amat menyesal kerana terlanjur dan ia berlaku kerana selepas bercerai saya hilang arah, tiada pendapatan serta terlalu bergantung harap dengan teman lelaki yang saya kenali Mac lalu,” katanya.

Rokiah berkata, sebelum ini dia tinggal di Gerik, Perak bersama bekas suami dan pernah bercerai kali pertama pada tahun lalu sebelum rujuk semula.

“Biarpun rujuk semula, kami tidak tinggal bersama kerana masih tiada persefahaman dan saya terpaksa menumpang di rumah kakak di Senawang.

“Ketika masih belum diceraikan kali kedua, saya berkenalan dengan teman lelaki dan terlanjur hingga hamil, tapi teman lelaki saya enggan bertanggungjawab, malah meminta saya menggugurkan kandungan.

“Bagaimanapun, saya tidak tergamak menggugurkan kandungan saya. Bayi yang saya kandung ini tidak berdosa dan saya tak mahu terus melakukan dosa. Saya mahu teman lelaki bertanggungjawab ke atas kandungan ini,” katanya.

Menurut Rokiah, fikirannya kini bercelaru dan tidak tahu hendak berkongsi masalah dengan sesiapa melainkan kakak dan abang iparnya yang bukan Islam.

“Kini, saya tidak bekerja dan terpaksa menyara Amin yang masih kecil selain hanya mampu memberinya susu pekat manis.

“Malah, setiap kali ke klinik kesihatan memeriksa kandungan, saya malu kerana jururawat kerap bertanya nama bapa bayi yang saya kandung,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.


Lebih memilukan, kata Rokiah, ketika Aidilfitri semakin hampir, tiada apapun persiapan dibuat buat dirinya dan anak berikutan tidak mampu.


“Saya kini menumpang di rumah kakak yang mempunyai tanggungan lain selain isi rumah di sini semua tidak bekerja,” katanya sambil memberitahu tidak pernah membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah dihadapinya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Datuk Johani Hassan meminta mualaf terbabit segera membuat laporan.

“JHEAINS mempunyai unit saudara baru untuk membantu mualaf yang memerlukan maklumat dan bantuan.

“Jika dia (Rokiah) tidak membuat laporan, macam mana kita mahu hulurkan sumbangan dan membantunya,” katanya.

Johani berkata, mana-mana saudara baru yang mempunyai masalah juga digalakkan merujuk kepada JHEAINS atau berkunjung ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, supaya boleh diberikan bantuan sewajarnya.


P/s: Harap-harap pihak berkaitan cepat bertindak. Jangan simpan duit berkepuk-kepuk atau membelanjakan pada perkara yang tidak perlu sedangkan duit tersebut untuk orang yang memerlukan. Selain bantuan kewangan, mualaf ini perlu diberi panduan hidup agar kekal dalam agama suci ini.


 

, ,

Khamis, 9 Ogos 2012

[Video] Daripada Pemuzik Heavy Metal Punk, Bertatu kepada Hamba Allah yang Taat. Ikuti Kisahnya...


Alhamdullilah!





,

Selasa, 31 Julai 2012

[Video] Wartawan Jepun Peluk Islam di Syria

 
Seorang wartawan Jepun telah memeluk agama Islam di hadapan para pejuang Syria baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube, wartawan Jepun itu dilihat mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Mujahidin daripada batalion Mamduh Julha yang bermukim di gunung Al-Turkman, di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, wartawan itu memilih untuk memeluk Islam setelah tersentuh apabila melihat sikap baik para Mujahidin tersebut ketika dia membuat liputan pertempuran di wilayah yang bergolak.

Dengan perlahan-lahan dia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini turut mengikutinya dengan wajah gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". 
 
Wartawan itu memilih nama Musthafa. Saksikan video pengislamannya di bawah ini:
 
 
 Kredit: Pulakdah!


, , ,

Ahad, 20 Mei 2012

Bekas Aktres Cun Hollywood Hadiri Seminar Dakwah di Malaysia





[Mstar] Bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 akan muncul di negara ini sempena Seminar Wanita Antarabangsa anjuran Mercy Mission Malaysia.

Ia akan diadakan pada 30 Jun depan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Menurut pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah, kemunculan Myriam adalah untuk berdialog dalam seminar yang diberi nama Being Me, bertujuan untuk memperkasakan wanita Muslimah di Malaysia.

"Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.



"Kesempatan saya bertemu dengannya baru-baru ini ketika dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom telah membuka peluang untuk kerjasama ini.

"Ia juga diadakan bagi memberi inspirasi, ilmu dan keyakinan kepada wanita untuk terus mencari kekuatan dan potensi sebenar agar diri disayangi Allah selain berperanan sebagai isteri, ibu, anak, dan anggota masyarakat yang aktif.

Wardina bertemu dengan Myriam ketika dijemput menjadi penceramah di United Kingdom baru-baru ini.

“Kedatangan Myriam juga adalah salah satu dakwah yang seharusnya mendapat sokongan semua pihak kerana beliau akan berkongsi banyak pengalaman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaitu Sense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .

Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.

Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.

Selain wanita tersebut, antara speaker lain yang akan turut sama dalam program satu hari itu adalah penulis terkenal dari Amerika Syarikat, Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Sheikh Tawfique Chowdhury dan Syakh Yahya Ibrahim dari Australia.

Manakala Dr. Fadila Grine dari Canada dan Dr. Sofia (Malaysia) akan mengendalikan bengkel mengenai pendidikan anak mengikut Al-quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, Wardina berkata, selain seminar, antara aktiviti lain yang diadakan pada acara tersebut antaranya pertunjukan fesyen, bazar, anugerah Muslimah, program “Daddy and Me”

Program tersebut turut mendapat perhatian daripada ramai selebriti tempatan dalam sebuah pertunjukan fesyen iaitu “I Am Me” melibatkan Daphnee Iking, Sharifah Sofea, Sasha Saidin, Liyana Hisham dan Heliza Helmi.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini dan berjumpa sendiri dengan Myriam boleh membuat tempahan tiket menerusi laman web www.being-me.org.


, , ,

Selasa, 17 April 2012

Mahkamah Rayuan TOLAK Rayuan, Mualaf Semakin Sukar Selamatkan Akidah Anak

Cerita Riduan boleh dibaca di sini.

[Bernama] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Selasa menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim, Datuk Clement Allan Skinner.

Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.

Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian.

Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali.

Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu.

Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira.

Pada 24 April tahun yang sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun yang sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya
.

Peguam yang mewakili Indira, M.Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata, sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya.



P/s: Sebenarnya, masa inilah untuk melihat KESUNGGUHAN dan JASA UMNO memperjuangkan dan memartabatkan Islam di negara ini, masa inilah untuk melihat KEIKHLASAN puak Hasan Ali, Perkasa, dan segala macam NGO memperjuangkan Islam di negara ini. Namun sejak mualaf ini menyuarakan rayuan dalam HD tempoh hari tiada sesiapa pun daripada puak ini bangkit bersuara.

Saudara, tidak perlulah saya menulis panjang tentang isu ini kerana Perlembagaan nukilan penjajah mengatasi kuasa mahkamah syariah di negara ini.

Salah siapa? Cuba tanya bekas MP dan MP UMNO yang sejak merdeka menguasai Dewan Rakyat dan memegang kuasa di negara ini.


, , ,

Rabu, 21 Mac 2012

Mualaf Rayu Bantuan Selamatkan Akidah Anak

Riduan Abdullah bersama dengan anaknya Ummu Habibah.

[HD] KOTA BHARU, 21 Mac: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah.

Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.

Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.

Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.

Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan.

Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.

Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.

Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya.

Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.

Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya.

Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000.

Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000.

Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.

Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.




,

Ahad, 9 Oktober 2011

Ingat Cerita Mualaf Terpaksa Masak Babi untuk Hidup? Nasibnya Kini Sudah Berubah



Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur kerana akhirnya tidak lagi bergelumang dengan daging babi selepas pelbagai pihak menawarkan pekerjaan dan menghulurkan bantuan sejurus berita mengenai saya disiarkan Metro Ahad.

Terima kasih kerana menyiarkan kisah saya dan baru saya tahu masih ramai sudi membantu umat Islam seperti saya,” kata Abdul Latif Lee Abdullah yang kini lebih yakin menjalani kehidupan seorang Muslim.

Kisah hidup Abdul Latif disiarkan Metro Ahad 14 Ogos lalu apabila dia dilaporkan terpaksa bekerja sebagai tukang masak Bak Kut Teh (masakan berasaskan daging babi) dan hidup merempat di Kuala Terengganu.

Dia yang sebelumnya tidak mahu nama dan gambarnya dirakamkan, kini membenarkan identitinya disiarkan kerana gembira dan bersyukur dengan keprihatinan masyarakat terhadapnya.

“Sejurus keperitan hidup saya disiarkan, pelbagai pihak menghubungi dan menemui saya untuk menawarkan pekerjaan, menyebabkan saya datang ke ibu negara untuk bekerja kerana di sini, saya dekat dengan anak yang dijaga bekas isteri.

“Bagaimanapun, sepanjang di sini saya tidak berpeluang menemuinya (anak), menyebabkan saya akan pulang semula ke Terengganu untuk mendalami ilmu agama kerana seorang lelaki menawarkan kelas agama berserta sedikit wang belanja,” katanya.

Tindakan itu diambil kerana dia menghadapi sedikit masalah dengan tukang masak di tempat kerja barunya, menyebabkan suasana kerja jadi kurang selesa.

“Maklumlah, saya tukang masak baru dan dia sudah lama, apapun saya tidak kisah dengan perkara itu kerana majikan saya baik, tetapi sebagai orang baru saya rasa lebih baik saya mengundurkan diri.

“Lagipun saya mempunyai pilihan lain dan akan mendalami agama selain mengumpul wang bagi membolehkan saya membawa kes tuntutan anak ke mahkamah,” katanya.

Bagi memastikan dia mendapat hak penjagaan anak, Abdul Latif akan memastikan nasibnya lebih terbela dan mampu menjaga dan menguruskan diri seperti ibu bapa lain.

“Saya berjumpa peguam yang menawarkan perkhidmatan percuma (Biro Bantuan Guaman) mengenai masalah saya dan dimaklumkan mereka boleh membantu tetapi saya hanya perlu menjelaskan RM200 untuk caj perkhidmatan.

“Bagaimanapun, mereka tidak boleh menjamin saya boleh memenangi kes itu atau tidak,” katanya.

Apapun, katanya, dia kini semakin tenang dengan kehidupan harian, terutama selepas mengetahui masih ramai bersimpati dengannya, menyebabkan dia mengambil keputusan mendalami agama.
 Cerita awal tentangnya di sini.

P/s: Alhamdullilah!

, ,

Ahad, 14 Ogos 2011

Saudara Baru Terpaksa Masak BABI, Tidur di Kaki Lima, SALAH SIAPA? Baca!

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila seorang saudara baru terpaksa bekerja sebagai tukang masak yang menyediakan hidangan Bak Kut Teh atau makanan berteraskan daging babi di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Terengganu kerana tiada pilihan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Akibatnya, lelaki berusia 44 tahun itu hanya mampu menitiskan air mata setiap kali menjelang waktu solat kerana terpaksa menyamak untuk menunaikan kewajipannya, selain sering dihina kononnya menyamar Muslim untuk menagih bantuan.

Khalid Lim Abdullah (bukan nama sebenar) mendakwa terpaksa melakukan kerja berkenaan kerana tidak mampu melakukan tugasan lain selepas disisihkan keluarganya di Shah Alam, Selangor, selain sukar diterima bekerja di kedai Muslim akibat penampilan dan kebolehan memasaknya yang terhad.

Walaupun hanya memasak bergantung kepada permintaan, hidangan Bak Kut Teh disediakannya setiap hari kerana kebanyakan pengunjung pasti menikmati menu masakan terbabit yang didakwa mempunyai kelainan.

Kisah sedih Khalid didedahkan Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah yang berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan lebih proaktif untuk membantu saudara baru bagi mengelak mereka kembali kepada ajaran lama, terutama apabila dibelenggu kemiskinan.

Bagi memastikan dakwaan Jaafar berasas, wartawan Metro Ahad menghubungi nombor telefon diberikannya dan sempat berbual dengan Khalid.

Lelaki berkenaan mengakui memeluk Islam di Shah Alam sejak tiga tahun lalu dan mendalami agama di sebuah pondok di Kelantan dan kini menetap di Terengganu.

Pada masa sama, wakil Metro Ahad di Terengganu turut menemui lelaki berkenaan dan terkejut mendapati sekujur tubuh meringkuk di kaki lima bangunan stesen bas dan sempat merakam gambarnya. Berikut luahan hati Khalid.

“HANYA Tuhan tahu perasaan saya setiap kali ketika menyediakan makanan haram itu, ada kalanya saya memasak sambil menangis namun apakan daya, itu saja yang mampu saya lakukan untuk mencari sesuap nasi.

Memang saya jijik dengan apa dilakukan tetapi biarlah apa orang lain nak kata, asalkan saya tahu apa saya buat dan biar Allah saja menghakimi saya.

Untuk pengetahuan semua, saya masih Islam dan mengamalkan ajarannya, cuma kadangkala saya rasa begitu jauh kerana masih melakukan perbuatan ditegah agama walaupun ia jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Sebenarnya saya memeluk Islam sejak tiga tahun lalu di Shah Alam, Selangor dan selepas ditinggalkan isteri yang membawa bersama anak kami (kini berusia tiga tahun setengah), saya mendapatkan perlindungan di Terengganu.

Pada awalnya, saya menerima bantuan daripada pihak berwajib, namun ia tidak bertahan lama selepas timbul satu isu oleh agensi berkaitan.

Isu itu timbul selepas 40 saudara baru seperti saya membuat laporan polis sebelum dinasihatkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada antara kami menerima bantuan tidak seragam iaitu RM20, RM50 dan RM100 selepas diminta menurunkan tandatangan dan cap jari tanpa diberi resit.

Kami mengadu kepada PISBT tetapi tiada apa dapat dilakukan, menyebabkan kami membuat laporan polis namun selepas itu saya langsung tidak menerima bantuan, menyebabkan saya merayu kepada pihak pemberi bantuan supaya saya diberi pekerjaan bagi meneruskan kehidupan tetapi dimaklumkan tiada perkhidmatan mencari pekerjaan daripada jabatan terbabit.

Saya hanya tahu memasak makanan Cina, puas saya mencari kerja di restoran Melayu tetapi mereka lebih gemar mengambil pekerja dari Thailand, menyebabkan saya terpaksa hidup bergelandangan dan tidur di kaki lima masjid dengan menerima penghinaan orang ramai.

Mana tidaknya, penampilan saya yang tidak kelihatan seperti orang tempatan atau orang Melayu menyebabkan saya dihina.

Bagaimanapun, ada juga yang simpati dengan nasib saya apabila dibenarkan tidur di luar Stesen Bas Sri Tanjung, Kuala Terengganu dan jika kesejukan, saya tidur di stesen bas.

Pernah satu ketika, saya dituduh menyamar Islam ketika menunaikan solat, malah pernah juga saya ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika meminta sedekah... memang saya meminta sedekah tapi pernahkah mereka bertanya mengapa saya berbuat demikian? Kerana tidak tahan hidup dalam kepayahan, saya mencuba nasib di sebuah kedai makan bukan Islam dan diterima bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM700 sebulan serta telefon bimbit, namun walaupun sudah bekerja saya masih terpaksa bergelandangan.

Saya masih mempunyai anak, makan dan pakai anak serta saya sendiri siapa perlu tanggung? Jika saya menyewa bilik sekalipun, berapa sangatlah yang tinggal, saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetapi sedih kerana tidak mampu memiliki keluarga bahagia.

Saya menyewa bilik air RM15 sebulan manakala selebihnya digunakan untuk makan, ubat dan tambang ke tempat kerja, ada kalanya saya berjalan ke restoran.

Memang saya pernah tinggal di asrama disediakan pihak berwajib, tetapi paling lama pun hanya tiga bulan dan akan diminta keluar, dalam tempoh itu saya tidak bekerja dan hanya menerima bantuan RM50 sebulan daripada pihak berkenaan, saudara pernah bertugas di Terengganu, berapa lama RM50 boleh bertahan? 

Pada Ramadan ini, setiap kali menunaikan solat, saya menangis kerana terpaksa menyamak tangan yang menghidangkan makanan haram... saya tidak berdaya, hanya itu yang mampu saya lakukan.

Kadangkala saya bersahur dengan meneguk air sejuk tetapi bersyukur kerana makanan berbuka saya masih mengikut sunnah nabi iaitu kurma yang diberi dalam masjid.

Hendak mengikut pengerusi (Jaafar) ke Melaka, tiada sebarang janji diberikannya bagi menjamin saya mendapat pekerjaan dan saya khuatir akan menerima nasib sama, malah mungkin lebih teruk seperti dialami sekarang.

Selepas Aidilfitri, saya akan pergi pula ke pejabat agama di Selangor, tempat saya mengucap dua kalimah dan bertanyakan peluang pekerjaan di sana dan bertemu anak dan isteri yang memberi kata dua supaya kembali ke agama asal untuk diterima semula.

Saya juga ditawarkan peluang pekerjaan di Singapura dengan gaji besar secara bersyarat, tetapi setakat ini masih tidak sanggup menerima tawaran itu kerana takut hukuman Allah yang menutup pintu taubat kepada mereka yang murtad.

Saya hanya berdoa semoga keluarga saya menerima hidayah dan petunjuk daripada-Nya selain diberikan kekuatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.”

P/s: Sekali lagi timbul soal birokrasi agensi kerajaan dan pengagihan wang zakat yang tidak efektif. Setiap tahun wnag zakat dikutip, ke mana wang itu diagihkan?  Seperkara lagi mualaf ini menimbulkan isu penyelewengan wang bantuan sehingga perlu membuat laporan polis dan SPRM.



Berkaitan:
Terdedah kepada Gejala Murtad

[HM] MELAKA: Penderitaan dialami Khalid Lim Abdullah, 44, antara contoh kurangnya pembelaan daripada pihak berwajib untuk membantu golongan mualaf miskin hingga mendedahkan mereka kepada perbuatan murtad.

Akibatnya, dengan pengetahuan agama masih di peringkat awal dan mengalami dugaan berat, ada antara mereka kembali menukar agama, sama ada kepada yang asal atau baru.

Bagaimanapun, ada juga golongan mualaf sanggup menghadapi dugaan berat dan kekal Islam walaupun diburu ahli keluarga, selain dihampiri pendakwah agama lain.

Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah (gambar) berkata, beliau sering menerima maklumat daripada ahlinya yang didampingi pihak tertentu secara bersemuka yang menawarkan bantuan wang tunai tetapi bersyarat, iaitu perlu menghadiri kelas ceramah di lokasi tertentu berkali-kali.

“Selepas pelawaan mereka ditolak beberapa kali, golongan ini meletakkan risalah dan cakera padat (CD) ceramah dalam peti surat rumah sewa saudara baru ini dan yang peliknya, bagaimana mereka menerima maklumat golongan berkenaan.

“Sebenarnya pendekatan yang mereka gunakan adalah halus kerana ia tidak menggunakan paksaan tetapi agresif, menyebabkan golongan saudara baru ini tidak tahan dan mengadu hal kepada saya, namun tiada apa dapat saya lakukan kecuali membawa golongan ini keluar dari kawasan tertentu atau sekadar nasihat jika mengalami kesulitan, terutama bagi yang bekerjaya.


“Apapun, saya terpaksa memastikan nasib mereka terbela supaya mereka dapat meneruskan hidup sebagai orang Islam,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.


, , ,

Selasa, 28 September 2010

[Video] Aktres Britain & Hos MTV Peluk Islam

Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit “Sense and Sensibility”. Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain.

Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini.

Myriam menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai lelaki yang membawa keamanan. Berpandukan kehidupan Rasullulah, Myriam bertekad untuk mengubah jalan hidup dan kariernya.

Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media.

Katanya, “Saya telah berjumpa dengan orang terkenal dan penting, namun kehidupan saya tetap kosong. Kini, saya dari “Empty-V”, dari hiburan kepada “inner-tainment”. Saya mengalami krisis selama bertahun-tahun dengan berulang-alik ke sana sini, berada di atas pentas, tinggal di rumah sendirian, dan kekosongan. Saya tidak tahu sebab saya berbuat demikian dan kemudian Islam muncul dalam hidup saya.”

Sebelum memeluk Isla, Kristianne telah menemui Sarah Joseph, seorang mualaf, yang juga merupakan editor untuk majalah Emel untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut Sarah, propaganda yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam  bukan menyebabkan mereka menjauhi Islam, tetapi mengajak orang kepadanya.

Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini.


Video tentang Kristianne Backer:

, ,

Rabu, 27 Januari 2010

Nyawa TERANCAM Kerana Peluk Islam!

Saya pernah dengar dan membaca cerita tentang sebuah keluarga mualaf yang dibunuh oleh kaum keluarganya di dalam sebuah kontena beberapa tahun lalu. Tidak tahu sama ada cerita itu benar atau tidak.

Yang penting, jangan biarkan nasib keluarga mualaf di bawah ini menerima nasib yang sama.

Pihak yang terbabit perlu mengambil tindakan segera bagi melindungi mereka dan menahan pihak yang mengugut mahu mencedera atau mengancam nyawa mereka sekeluarga!




[HM] Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.

Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.

Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.

“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.

Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.

Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.

Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.

Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.

“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.

Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.

“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.

“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.

“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH