Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label masuk Islam. Papar semua catatan

,

Selasa, 23 Jun 2015

Tyrese Gibson Nafi Peluk Agama Islam



Pelakon Tyrese Gibson menafikan bahawa beliau telah memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal Ramadan..

"Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.

"Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya," kata Gibson di laman sosial Facebook.

Berita awal di sini.

, ,

Isnin, 22 Jun 2015

[Video] Pelakon Fast & Furious Dilapor Peluk Islam, Teruja Sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36, antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.-Sinar Harian/22/6/15




Jumaat, 10 April 2015

600 Pekerja Asing Peluk Islam



Riyadh: Seramai 600 pekerja warga China memeluk Islam apabila mendapat hidayah selepas beberapa bulan bekerja membina kereta api yang membawa jemaah ke tempat suci di Makkah.

Akhbar Sabq melaporkan pekerja dan jurutera terbabit memeluk Islam selepas diperkenalkan kepada ajaran agama itu oleh ulama dari pejabat Taneem Dakwah.

Ulama terbabit merancang jadual setiap malam yang menawarkan kursus intensif mengenai Islam selama 12 jam.

Program itu turut dihadiri saudara baru warga China bagi menyokong usaha ulama terbabit.

Sebelum pelancaran program itu, sudah wujud perancangan untuk menpelawa ketua jurutera dan kumpulan memeluk Islam dengan mengadakan beberapa lawatan khas dan perjumpaan untuk tempoh beberapa bulan.

Risalah menjelaskan Islam dalam bahasa Cina turut diedarkan.

Januari lalu, 500 warga China memeluk Islam selepas terharu melihat kesederhanaan majlis pengebumian Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz.

Kumpulan pekerja China itu terbabit dalam pembinaan projek perkhidmatan kereta api Haramain yang akan menghubungkan kawasan tanah suci di Makkah. -AFP/Harian Metro/10/4/15


,

Selasa, 23 September 2014

Seluruh Pasukan Cameroon Peluk Islam


[Sinar Harian] MENURUT laporan Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu, kesemua anggota pasukan bola sepak pelapis kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam.

Anggota pasukan Cameroon yang rata-rata dalam lingkungan 20-an mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai, baru-baru ini.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bola sepak yang ditubuhkan khas untuk anak-anak yatim, orang gelandangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai toleransi berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” katanya. - 22/9/14

, ,

Khamis, 3 Julai 2014

Jelitawan Felixia Yeap Rasmi Masuk Islam Hari Ini



[Malaysia Kini] Model cantik Felixia Yap dengan rasmi memeluk Islam hari ini di hadapan empat saksi dan menyatakan telah bertemu 'jalan pulang' selepas pencarian bertahun-tahun.

Beliau sebelum ini telah berhijab selama enam bulan dan mendalami agama Islam sehingga menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Felixia yang berasal dari Ipoh hari ini dengan panjang lebar menulis di laman Facebook dan blog beliau tentang pencarian hidup beliau dan melahirkan rasa lebih tenang selepas mendekati Islam.

Gadis berusia 28 tahun itu menceritakan mula berjinak dengan hijab ketika diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.

Beliau mendapat ilham dan terasa lebih selesa, selamat dan berasa dihormati.

Bekas model 'arnab' untuk Playboy yang fasih berbahasa Melayu itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami Islam dan melahirkan kebanggaan kerana niat itu direstui ibu kesayangan.

Beliau yang menambah “Rania” pada namanya itu bagaimanapun memohon maaf kerana tidak membenarkan mana-mana media membuat liputan dan menegaskan acara itu hanyalah formaliti kerana hati beliau telah pun beriman sebelum ini.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Bertudung sebelum Islam

Felixia turut dikatakan bakal terjun untuk membuka perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri.

Terdahulu, tindakannya memilih memakai hijab sebelum rasmi memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menyokong tetapi juga segelintir pihak yang sinis dengan tindakannya itu.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan. Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan. Tekanan.

"Tetapi syukur Alhamdullilah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat.

"Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulis beliau. -3/7/14


P/s: Berdasarkan status FB Felixia sekitar pukul 2.00 petang tadi, upacara pengislamannya mungkin berlangsung pada petang ini. Mungkin selepas atau sebelum solat Asar.



Nasihat admin, padamlah gambar-gambar yang tidak menutup aurat dan mengaibkan diri Felixia daripada laman FB dan laman sosial yang lain dengan segera. Sebelum ini, Felixia ada menyatakan bahawa dia akan memadamkan semua gambar itu sedikit demi sedikit kerana kekangan masa. Sekarang sudah tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan tindakan itu. Hal ini penting bagi mengelakkan dirinya dicemari dosa dan sekali gus memelihara maruah dirinya.

Selamat memeluk Islam, Felixia. Semoga anda menjadi muslimah yang solehah. Moga-moga hidayah yang diperoleh itu kekal sehingga akhir hayat.

Kemas Kini:


Alhamdullilah.


, , , , ,

Khamis, 19 Jun 2014

Bintang Filem Tamil Peluk Islam

Monica menukar namanya kepada MG Rahima dan meninggalkan terus kerjaya seninya yang dibina sejak zaman kanak-kanak.

[Mstar] PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India, Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013. -19/6/14


,

Selasa, 31 Julai 2012

[Video] Wartawan Jepun Peluk Islam di Syria

 
Seorang wartawan Jepun telah memeluk agama Islam di hadapan para pejuang Syria baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube, wartawan Jepun itu dilihat mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Mujahidin daripada batalion Mamduh Julha yang bermukim di gunung Al-Turkman, di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, wartawan itu memilih untuk memeluk Islam setelah tersentuh apabila melihat sikap baik para Mujahidin tersebut ketika dia membuat liputan pertempuran di wilayah yang bergolak.

Dengan perlahan-lahan dia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini turut mengikutinya dengan wajah gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". 
 
Wartawan itu memilih nama Musthafa. Saksikan video pengislamannya di bawah ini:
 
 
 Kredit: Pulakdah!


, ,

Khamis, 26 Januari 2012

Pelakon Terkenal Hollywood Berminat Peluk ISLAM



The Sun melaporkan bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam. Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Hal itu menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.

Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat. Walau bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya?"

“Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya. 



P/s: Moga-moga Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam!

, , ,

Khamis, 19 Januari 2012

[Video-Wajib Tonton] Perompak INSAF & PELUK Islam, Bagaimana Hal Itu Berlaku?

Berdasarkan keterangan video, sebuah kedai di Long Island, New York dimasuki lelaki bersenjatakan kayu besbol. Walau bagaimanapun pemilik kedai itu, Mohammad Sohail tidak panik. Dia kemudiannya mencapai dan mengacukan senapang 9 mm ke arah lelaki itu. Tindakan pantas Sohail menyebabkan lelaki itu melutut lalu mengaku bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali merompak untuk membeli makanan keluarganya yang dikatakan sudah kelaparan sejak seminggu. Lelaki itu juga mengaku bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan dan menceritakan kesusahannya.

Sohail yang bersimpati dengan lelaki itu memberinya roti dan wang sebanyak $40. Beliau juga meminta lelaki itu berjanji agar tidak merompak lagi pada masa akan datang. Yang mengejutkan apabila apabila lelaki yang pada awalnya berniat untuk merompak kedai Sohail meminta beliau mengislamkan dirinya.

Cerita yang cukup mengujakan saya ini tidak berakhir di situ. Selepas beberapa ketika, lelaki tersebut mengirimkan sepucuk surat kepada Sohail. Di dalam surat itu ada duit $50, selain ucapan terima kasih, lelaki itu turut menjelaskan kehidupannya yang semakin baik sejak kejadian itu. 

"Saya dikurniai anak baru, memperoleh pekerjaan yang baik, menjauhi masalah/jenayah, dan menjaga keluarga saya dengan baik. Anda memberi saya empat puluh dolar dan terima kasih kerana membiarkan saya hidup. Disebabkan kejadian itu, anda telah mengubah hidup saya." -DCM





P/s:  Situasi seperti ini mungkin berlaku 1 dalam 1000, namun impaknya sungguh menginsafkan!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH