Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label luar biasa. Papar semua catatan

Khamis, 31 Disember 2015

‘Telefon Bimbit Kuno’ Cetus Spekulasi



Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online/31/12/15

,

Isnin, 2 November 2015

Cerita di balik Foto Anjing Gongong Bayi


FOTO seekor anjing mengonggong seorang bayi yang didakwa dibuang viral di Arab Saudi, awal minggu ini.

Portal Arab Saudi, Sada mengatakan anjing tersebut membawa bayi berkenaan yang masih hidup ke sebuah rumah dan bayi tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dalam perkongsian di Facebook, bayi tersebut dijumpai di dalam sebuah tong sampah ketika anjing berkenaan menyelongkar mencari makanan.

Tali pusat berkenaan juga masih belum dipotong dan kelihatan jelas didalam foto tersebut, lapor Emirates247.com.

Difahamkan, bayi tersebut terselamat disebabkan tindakan pantas anjing tersebut. -Sinar Harian/2/11/15

, ,

Khamis, 10 September 2015

Suami 84, Isteri 24



Moscow: Meskipun sudah berusia 84 tahun, ia tidak menghalang seorang wanita berusia 24 tahun untuk berkahwin dengan pelakon terkenal Russia, Ivan Krasko.

Legenda filem sejak era Soviet yang berlakon dalam lebih 140 filem, mengumumkan ia merancang membina keluarga dengan isteri terbarunya itu, Natalia Shevel, yang 60 tahun lebih muda daripadanya, sebaya cucunya.

Perkahwinan Krasko dengan Natalia diadakan secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan rakan di St Petersburg, semalam.

Krasko yang mempunyai enam anak, bertemu Natalia ketika mengajar seni di Institut Pendidikan Liberal, St Petersburg dengan isterinya itu antara pelajarnya. Natalia sering menulis puisi kepadanya yang menurut Krasko, amat memikat.

Pelakon itu yang sudah tiga kali berkahwin sebelum ini berkata: “Puisinya itu membuatkan saya berasa kembali menjadi lelaki yang saya sangka sudah lama hilang. Kehidupan saya seperti bermula kembali dan apa yang hilang, ditemui semula.” - Daily Mail/Harian Metro/10/9/15


,

Rabu, 9 September 2015

Topi Keledar RM47 000



Kuala Lumpur: "Topi keledar yang dijual pada harga puluhan ribu ringgit itu adalah unik dan sukar ditemui di negara ini," kata penjual topi keledar yang mahu dikenali sebagai Hazwan, 29.

Hazwan adalah pemilik topi keledar yang dijual dengan harga RM47,000 sehingga menjadi 'viral' di Facebook (FB), baru-baru ini.

Bapa kepada seorang anak berusia lapan bulan itu berkata, topi keledar Shoei jenis J- Force II Jack Red berwarna merah yang dijual diperolehi dari Jepun melalui seorang pengantara dari Singapura yang membuat bidaan harga sebelum dibawa masuk ke negara ini.

"Saya menganggap harga yang ditawarkan selepas melakukan bidaan iaitu RM47,000 itu sangat berpatutan berbanding harga sebenar iaitu lebih RM60,000.

"Selepas seminggu dibawa masuk ke Malaysia, topi keledar itu dibeli oleh seorang lelaki India berusia 30-an dikenali sebagai Mok yang juga penggemar dan pengumpul barangan itu pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, lelaki itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah sekian lama mencari topi keledar berkenaan selain hobinya yang gemar mengumpul topi keledar.

"Dia (Mok) teruja ketika melakukan pembelian dan wang bukan halangan baginya untuk memenuhi kehendak dan kepuasannya," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu ambil peduli reaksi dan pandangan negatif yang dilemparkan segelintir pengguna di FB yang mengecam harga topi keledar itu.

"Pada awalnya saya agak terkejut apabila gambar yang dimuat naik melalui FB saya menjadi ‘viral’.

"Saya baru dua bulan menjalankan perniagaan ini dan alhamdulillah ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penggemar topi keledar di negara ini.

"Semuanya timbul kerana minat tidak kiralah harga RM100,000 sekalipun kalau sudah minat itu semua bukan halangan,” katanya. - Harian Metro/9/9/15




,

Ahad, 23 Ogos 2015

Kanak-kanak Tiga Kemaluan Dibedah


MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak penghidap Diphallia yang mempunyai tiga kemaluan dan ketiadaan lubang punggung berjaya dibedah bulan lepas.

Laporan DNA India mengatakan kanak-kanak dua tahun berkenaan berasal dari Jaunpur dan dibawa ke Mumbai oleh ibunya untuk dirawat di hospital Sion.

Menurut doktor, walaupun kanak-kanak tersebut mempunyai tiga kemaluan, hanya satu yang berfungsi sebagai saluran urin (kencing).

"Dua dari kemaluan tersebut juga mempunyai tisu erectile yang berfungsi untuk seksual dan satu lagi hanya mempunyai fungsi asas," kata doktor Paras Kothari.

"Ada ketulan tulang lembut dan tisu di kawasan kemalauan tersebut bersambung, dan anus (lubang punggung) juga tiada.

"Dua tahun lepas, doktor di Uttar Pradesh melakukan pemotongan (incision) di sebelah kiri bawah perutnya, dikenali sebagai Colostomy Procedure untuk membenarkan najis keluar dari sebuah tiub," kata doktor bedah paedatrik berkenaan.

Anomali Diphallia sangat jarang berlaku dan cuma seratus kes berkenaan direkodkan sejak 1609.

Dalam pembedahan enam jam bulan lepas, tulang lembut di kemaluan kanak-kanak berkenaan dikeluarkan, bersama-sama kemaluan yang hanya mempunyai fungsi asas.

Dua lagi kemaluan yang berfungsi sepenuhnya pula digabungkan dengan membalut selaput kulit di sekeliling organ tersebut.

"Satu laluan untuk anus juga dicipta melalui rektum kanak-kanak tersebut untuk pembuangan najis," kata doktor Vishesh Dixit.

Dixit juga memberitahu, kanak-kanak tersebut akan menjalani satu lagi pembedahan akhir bulan ini untuk menutup potongan di perutnya yang dibuat dua tahun lepas.

"Fungsi seksual dan kesuburan kanak-kanak tersebut tidak akan terganggu," kata doktor. -Sinar Harian/23/8/15


,

Rabu, 10 Jun 2015

Budak Lelaki Bertelur



Gowa, Indonesia: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas seorang remaja lelaki berusia 12 tahun mendakwa mengeluarkan telur melalui duburnya.

Remaja yang dikenali sebagai Akmal itu mendakwa sudah mengeluarkan tujuh biji objek seperti telur ayam sejak beberapa hari lalu.

Keluarga Akmal yang berasal dari Desa Mengempang dekat sini yang bimbang dengan keadaan anaknya membawa remaja itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Doktor di Hospital Syech Yusuf Sungguminasa yang merawat Akmal semalam membuat imbasan X-ray dan terkejut apabila mendapati ada satu objek seperti telur di bahagian dubur remaja itu.

Tidak lama selepas dimasukkan ke hospital itu, Akmal sekali lagi mengeluarkan objek seperti telur ayam berkenaan.

Akmal berkata, telur itu mula keluar dari duburnya selepas dia tiba-tiba sakit perut sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum telur ini keluar saya akan sakit perut sebelum tiba-tiba telur ini keluar dari dubur saya,” katanya.

Katanya, sehingga semalam dia sudah mengeluarkan tujuh objek yang menyerupai telur ayam.

“Bapa saya memecahkan sebiji telur itu dan mendapati dalamnya sama seperti telur ayam,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Ferliyani berkata, pasukan perubatan masih bingung bagaimana objek asing itu boleh berada di dalam tubuh remaja berkenaan.

“Kami masih memantau keadaan Akmal dan telur yang dikeluarkan remaja itu sedang dianalisis,” katanya. - Agensi/Harian Metro/10/6/15

, ,

Ahad, 24 Mei 2015

Nenek 65 Tahun Lahirkan Kembar Empat

Annegret ketika kehamilannya yang mencetuskan pelbagai kontroversi.
BERLIN: Nenek berusia 65 tahun yang sebelum ini mendapat liputan meluas kerana hamil telah selamat melahirkan bayi kembar empat, sekali gus menjadikan anaknya kini seramai 17 orang.

Annegret Raunigk yang sudah mempunyai 13 anak dan tujuh cucu menjalani pembedahan di Hospital Berlin untuk melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang perempuan itu.

Bayi pramatang itu dilahirkan ketika usia kandungannya 26 minggu dan kini berada dalam keadaan baik dan mempunyai peluang cerah untuk hidup.

Sebelum ini, Annegret mempunyai anak yang berusia di antara sembilan hingga 44 tahun.

Wanita bergelar nenak itu mengambil keputusan untuk mempunyai anak lagi selepas anak bongsunya inginkan adik.

Sebelum ini, AP melaporkan Annegret hamil melalui kaedah IVF yang dilakukan di Ukraine kerana prosedur tersebut adalah diharamkan di Jerman.


Annegret (kiri duduk) bersama keluarga besarnya. Annegret yang juga seorang guru kini mempunyai 17 anak.

Keputusannya untuk melahirkan bayi di usia emas mendapat kritikan beberapa pakar perubatan kerana menganggap warga emas itu tidak mampu secara fizikal untuk mengandung empat bayi.

Walaubagaimanapun, Annegret percaya setiap orang perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup yang diingininya.-Mstar/24/5/15


,

Isnin, 18 Mei 2015

Remaja 17 Tahun Selamat Selepas 'Mati' 20 Minit


SEORANG remaja lelaki melalui pengalaman menakutkan apabila 'mati' selama 20 minit.

Zack Clements, 17, merupakan seorang pemain futbol di sekolah, jatuh pengsan ketika sesi kelas Pendidikan Jasmani dan jantungnya berhenti berdegup selama 20 minit.

Anggota paramedik yang merawatnya kemudian berjaya mengembalikan degupan jantungnya sebelum mengejarkan Zack ke hospital.

Zack berada dalam koma selama beberapa hari selepas itu.

Para doktor yang merawat Zack sehingga kini masih kebingungan bagaimana remaja itu boleh diselamatkan.

Zack mendakwa ketika tidak sedarkan diri selama 20 minit itu, dia didatangi seorang lelaki.

"Dia meletakkan tangannya di atas bahu saya dan berkata semuanya akan okey," kata Zack dalam temubual dengan stesen televisyen CBS.

Zack dan keluarganya percaya ada satu 'kuasa luar biasa' yang membangunkan Zack.

"Sangat tidak logik jika difikirkan. Dia sudah 'mati' selama 20 minit tetapi kemudian dia bangun semula," kata bapa Zack, Billy.-Madiha Abdullah/AstroAwani/18/5/15


, ,

Sabtu, 16 Mei 2015

Makan Pasir 1Kg Sehari



New Delhi: Seorang wanita berusia 92 tahun yang mendakwa memakan sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan doktor dengan kesihatannya yang sempurna.

Sudama Devi berkata, dia mula makan pasir kerana bertaruh dengan rakan sepermainannya ketika berusia 10 tahun.

Bagaimanapun, ibu empat anak yang berasal dari Kajri Noorpur, Uttar Pradesh itu menjadi ketagih dan kini makan empat pinggan pasir setiap hari.

Dia mendakwa tabiat anehnya memakan pasir saja untuk makan malam selepas berkahwin dengan suaminya Krishan Kumar menjadi punca dia tidak pernah sakit atau lapar.

“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat kali sehari. -Agensi/harian Metro/16/5/15


, ,

Selasa, 12 Mei 2015

Misteri Gua Kristal Naica


GUA Kristal Naica, terletak 300 meter di bawah tanah dan sepanjang 27 meter.

Ia ditemui pada tahun 2000 oleh sekumpulan pelombong ketika melakukan kerja-kerja mengorek terowong dan mengepam air bagi mengelakkan kawasan perlombongan Naica ditenggelami air.

Pada mulanya, kumpulan pelombong menemui beberapa batu yang kelihatan seperti kristal sebelum meneruskan operasi menggali dan menemui gua kristal gergasi lapor Daily Mail.

Gua istimewa itu turut menyaksikan penemuan kristal yang mempunyai ukuran diameter sebesar empat meter, panjang 12 meter dan berat 55 tan, sekali gus mungkin menjadi kristal terbesar pernah ditemui. - Sinar harian Online/12/5/15

,

Ahad, 26 April 2015

Kembara Memburu Cinta




Shenzhen, China: Seorang lelaki dari Kanada sanggup mengembara sehingga ke bandar ini semata-mata untuk mencari kekasihnya yang dikenali di Internet.

Jake, 60, itu turut menggantung sepanduk di lehernya dan berjalan di sekitar bandar ini dengan harapan dapat bertemu dengan kekasihnya yang dikenali sebagai RiLi.

Lelaki itu berkata, dia berkenalan dengan RiLi menerusi laman sesawang mencari jodoh hampir setahun yang lalu dan terus jatuh cinta.

Wanita yang menggunakan nama samaran RiLi itu memberitahu Jake, dia berusia 45 tahun, sudah bercerai dan bekerja di sebuah kilang pakaian di Shenzhen.

Agensi Berita Sina melaporkan, selama 11 bulan pasangan itu menghantar lebih 300 mesej di laman sesawang berkenaan dan berkomunikasi menggunakan penterjemah.

Lelaki itu memberitahu dia menghabiskan hampir AS$2,000 (RM7,272) untuk membayar perkhidmatan laman sesawang berkenaan.

Ujarnya, mereka sering mengirim puisi cinta dan masing-masing mengaku saling mencintai.

Bagaimanapun, laman sesawang berkenaan menghalang semua maklumat peribadi menyebabkan dia tiada cara untuk menghubungi wanita itu.

Selepas RiLi gagal membalas pesanan Jake selama beberapa minggu, dia mengambil keputusan mencari wanita itu di China walaupun tidak mengetahui nombor telefon atau nama sebenar kekasihnya itu.

Jake yang menetap di sebuah hotel di sini membuat satu poster yang digantung di lehernya dan berusaha mencari maklumat mengenai RiLi.

Sejak dua minggu lalu, Jake berjalan di bandar ini dengan poster di lehernya dan berharap promosi di laman sosial akan dapat menarik perhatian wanita itu.

“Penduduk di sini sangat peramah. Mereka merakam gambar saya dan memuat naik di laman sosial.

“Saya sangat terharu dengan sokongan yang saya terima ini,” katanya.

Namun, beberapa pengguna laman sosial memberi amaran bahawa RiLi mungkin tidak seperti yang dikenali Jake di laman sesawang berkenaan.

“Saya percaya padanya. Kami berhubung selama 11 bulan dan dapat merasai bahawa dia mencintai saya,” tegasnya. - Agensi/Harian Metro/25/4/15


Bayi 4 Tangan, 4 Kaki


Dumri-Isri : Ribuan penganut Hindu berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk menyembah seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.

Bayi itu yang lahir sedemikian kesan daripada kembar siam tidak menjadi, dianggap sebagai jelmaan Tuhan Ganesha.

Sehingga semalam dia masih belum diberi nama.

Ganesha adalah antara Tuhan yang paling banyak disembah oleh penganut Hindu dan digambarkan sebagai seekor gajah bertangan empat.

Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 72 kilometer untuk melihat bayi itu.

“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya.

Keadaan ibu bayi itu, Ureda Khatun, tidak diketahui.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama seorang bayi disembah oleh penganut Hindu selepas dilahirkan dengan keadaan fizikal luar biasa.

Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan. AFP/Harian Metro/25/4/15




,

Rabu, 22 April 2015

Suami "Gergasi"


Rio de Janeiro: Lelaki tertinggi di Brazil, Joelison Fernandes da Silva yang sering menyendiri kerana malu dengan fizikalnya seperti gergasi akhirnya bertemu dengan cinta sejatinya.

Da Silva, 28, yang mempunyai ketinggian 2.33 meter bertemu dengan kekasihnya, Evem Medeiros, 21, di laman sosial Facebook pada tahun lalu sebelum berkahwin baru-baru ini.

Walaupun Evem memiliki ketinggian 1.52 meter tetapi bagi Da Silva itu tidak menghalang hubungan mereka.

“Kali pertama saya melihat Evem saya terus jatuh cinta.

“Saya sangat bahagia dan mahu bersama dengannya sepanjang masa,” katanya.

Ujarnya, Evem adalah cintanya yang pertama kerana sebelum ini dia malu untuk bercakap dengan wanita. - Agensi/harian Metro/22/4/15


,

Rabu, 15 April 2015

Nenek 65 Tahun Hamil Kembar Empat



Berlin: Seorang wanita berusia 65 tahun dan mempunyai 13 anak kini dilaporkan mengandung anak kembar empat.

Stesen televisyen RTL melaporkan, Annegret Raunigk mengambil keputusan untuk mengandung lagi selepas anak perempuan bongsunya yang berusia sembilan tahun mahukan adik.

Stesen televisyen itu menyiarkan temu bual dengan Annegret yang mempunyai tujuh cucu semalam dan akan merakamkan setiap detik kehamilan wanita itu.

Annegret berkata, sehingga kini dia tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dijangka melahirkan anaknya itu pada musim panas ini.


Sekiranya semuanya berjalan lancar, Annegret bakal menjadi ibu paling tua melahirkan bayi kembar empat.

Akhbar Bild am Sonntag pula melaporkan berita kehamilan Annegret di muka depan.

Annegret yang mempunyai anak sulung perempuan berusia 44 tahun memberitahu dia sangat teruja apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa dia hamil lagi.

“Lebih mengejutkan apabila doktor memberitahu bahawa saya mengandungkan bayi kembar empat,” katanya.

Annegret menjadi tajuk berita di Jerman kira-kira 10 tahun lalu apabila melahirkan anak ke-13 ketika berusia 55 tahun.

“Sebenarnya saya tidak takut untuk melahirkan bayi kembar empat ini kerana saya sihat dan cergas.

“Saya juga berpengalaman dan ini bukanlah perkara baru bagi saya,” tegasnya dalam satu wawancara. - Agensi/Harian Metro/15/4/15


Rabu, 18 Februari 2015

Wanita Dua Vagina, Dua Rahim Selamatkan Lahirkan Bayi Lelaki


Seorang wanita yang mempunyai dua rahim dan dua alat kelamin (vagina) selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas empat kali mengalami keguguran.

Leona Doherty, 35, telah dilahirkan dengan simptom perubatan paling jarang di dunia, iaitu uterus didelphys, keadaan di mana mereka dilahirkan dengan mempunyai dua uterus dua servik berasingan dan terdapat kes wanita mempunyai dua vagina.

Hanya tiga peratus atau 5,000 wanita di seluruh dunia mengalaminya yang boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung dan mempunyai potensi akan mengalami keguguran bayi.

Doherty yang mempunyai dua rahim, hanya mempunyai satu tiub fallopio dan satu ovari yang membuatkan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Selepas 14 tahun mencuba bersama suaminya, Gary, 41, akhirnya wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat yang dikandung di dalam salah satu rahimnya.

Anak mereka,Hugh dilahirkan secara pembedahan caesarean pada Disember lalu selepas setahun mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Dia pernah berdepan dengan strok dan pernah dikejarkan ke hospital akibat kegagalan hati dan buah pinggang menyebabkan suaminya mengalami kemurungan.

Wanita yang berasal dari utara Ireland itu berkata, kelahiran Hugh adalah sesuatu yang paling bermakna dan dia tidak dapat menggambarkan perasaannya sendiri ketika ini.

“Saya tidak percaya kini saya mampu memiliki anak. Kami telah mencuba selama 14 tahun untuk memiliki anak sendiri dan tidak pernah berputus asa.

“Ini sangat bermakna sehingga terlupa kesakitan yang saya alami untuk mendapatkannya. Saya sering gembira menjadi seorang ibu. Saya menikmati setiap minit bersama Hugh,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003 dan sejak itu mereka mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Pada tahun 2006, Doherty mengalami strok ringan dan menyebabkan dia keguguran pada kandungannya yang baru berusia enam minggu.

Dia kemudiannya mengalami empat kali lagi keguguran dari 2009 sehingga 2011, sehinggalah dia bertemu dengan pakar untuk bertanya sama ada dia boleh mencantumkan kedua-dua rahimnya untuk menampung seorang bayi, jika itu yang boleh membuatkan dia hamil dengan normal.

Bukan itu sahaja, Doherty juga hampir kehilangan nyawanya apabila dia mengalami halusinasi dan tidak sedarkan diri selama lapan jam. Doktor mengesahkan organnya gagal untuk berfungsi kerana Ischemic Hepatitis.

Doktor yang merawatnya terkejut dengan kewujudan dua rahim pada Doherty dan apabila mula mengkaji tentang keadaannya itu, mereka mengetahui punca kesukaran wanita itu untuk hamil.

Keadaan ini biasanya dapat dikesan ketika pemeriksaan rutin atau ujian pap smear ketika hamil.

Uterus didelphys berlaku apabila uterus menghasilkan dua tiub kecil pada foetus wanita. Apabila foetus mula berkembang, tiub tersebut akan bercantum untuk menghasilkan organ yang dipanggil hollow.

Namun, timbul keadaan tiub tidak dapat bercantum dengan baik dan tiap satunya menghasilkan hollow secara berasingan lalu mereka akan mempunyai dua rahim.

Untuk kes Doherty, kadang-kala wanita juga boleh mengalami komplikasi untuk hamil kerana uterus bersaiz kecil berbanding dengan yang normal.

Walaupun dia mempunyai dua vagina, dia hanya boleh melakukan hubungan seks secara normal dan hamil melalui satu uterus.

Konsultan Ginakologis dan Obstetrik BMI The Slone Hospital, Dr. Leila Hannaberkata, ada kemungkinan wanita yang menghidap Uterus Didelphys boleh hamil dua kali dalam satu masa dan bayi membesar dalam kedua-dua rahim.

“Golongan ini akan dicadangkan untuk pembedahan caesarean bagi mengelakkan komplikasi ketika bersalin. Keadaan tersebut terlalu menyakitkan kerana terdapat dua bahagian yang sakit pada kawasan yang sama.

“Mereka juga berisiko untuk mengalami keguguran lewat, kelahiran pramatang dan pendarahan semasa mengandung. Untuk tempoh ini, masih tiada lagi rawatan untuk mengatasi keadaan ini,” katanya. - Agensi/Utusan Malaysia/17/2/15

,

Selasa, 11 November 2014

Lelaki Bertelur Mungkin Didakwa Jika Menipu


[Harian Metro] Jakarta: Tersohor atau meringkuk di penjara?

Ada dua kemungkinan dihadapi ‘lelaki bertelur’ yang mencetuskan kegemparan ramai beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah.

“Dia menyebabkan keresahan orang ramai.

“Lebih penting, dia membodohkan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya semalam.

Sinin, 62, yang menetap di Tanjung Wangi, Penjaringan, baru-baru ini mendakwa dia mengeluarkan telur sejak 1998.

Akhir-akhir ini, kata Sinin, kekerapan itu meningkat dan menghasilkan lebih 200 biji sejak ia bermula 16 tahun lalu.

Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan.

“Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu,” katanya.

Menurut Bambang, berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam.

“Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya.

Keganjilan lain termasuk keadaan telur Sinin yang keluar dalam keadaan kering serta bersih. -10/11/14

Berita awal di sini.



,

Jumaat, 7 November 2014

Lelaki Bertelur


[Harian Metro[ Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.

Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.

“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.

Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.

Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.

“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.

“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus.

Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal. - Agensi/7/11/14



, ,

Selasa, 4 November 2014

Lelaki Sudah 62 Kali Kahwin, Tiduri Isteri 5 Kali Sehari



[Harian Metro] Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah,

Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.

“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan. 

“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya. - Agensi/4/11/14



,

Khamis, 30 Oktober 2014

Si Kecil Penjinak Gajah


[Harian Metro] Buon M’Lieng (Vietnam): Ini gambar mengagumkan, mengisahkan seorang budak perempuan yang berjaya menjinakkan seekor gajah liar dewasa.

Kim Luan dari etnik M'Nong yang mendiami kawasan tengah Vietnam kini tidak boleh berpisah dengan gajah peliharaannya itu atau erti kata lain, mereka berkawan baik.

Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat M’Nong untuk menjinakkan gajah liar sebelum memperkenalkan kepada masyarakat dan mengekalkannya sebagai haiwan peliharaan.

Gajah itu kemudian digunakan untuk bekerja dengan penduduk kampung di ladang, mengangkut barang dan membina rumah.

Dan Kim yang baru berusia enam tahun, sudah menjalinkan hubungan akrab dengan gajah itu.

Jurugambar warga Perancis Rehahn, 35, merakam gambar Kim dan gajah itu di Buon M'Lieng baru-baru ini.

“Gajah dianggap sebahagian daripada anggota masyarakat M’Nong. Saya terkejut dengan kemesraan antara Kim dengan gajah itu. Malah, kanak-kanak perempuan itu lebih takut kepada saya daripada gajah berkenaan,” kata jurugambar itu.

Menurutnya, dia sudah menetap di Vietnam sejak tujuh tahun lalu, merakam kira-kira 45,000 gambar di negara berkenaan.

Bagaimanapun, ini kali pertama dia melihat interaksi antara masyarakat M’Nong dengan gajah mereka. - Agensi/30/10/14



, ,

Selasa, 28 Oktober 2014

Haiwan Aneh Ditangkap di Padang Pasir


[Harian Metro] Jeddah – Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi/28/10/14

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH