Si Kecil Penjinak Gajah
[Harian Metro] Buon M’Lieng (Vietnam): Ini gambar mengagumkan, mengisahkan seorang budak perempuan yang berjaya menjinakkan seekor gajah liar dewasa.
Kim Luan dari etnik M'Nong yang mendiami kawasan tengah Vietnam kini tidak boleh berpisah dengan gajah peliharaannya itu atau erti kata lain, mereka berkawan baik.
Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat M’Nong untuk menjinakkan gajah liar sebelum memperkenalkan kepada masyarakat dan mengekalkannya sebagai haiwan peliharaan.
Gajah itu kemudian digunakan untuk bekerja dengan penduduk kampung di ladang, mengangkut barang dan membina rumah.
Dan Kim yang baru berusia enam tahun, sudah menjalinkan hubungan akrab dengan gajah itu.
Jurugambar warga Perancis Rehahn, 35, merakam gambar Kim dan gajah itu di Buon M'Lieng baru-baru ini.
“Gajah dianggap sebahagian daripada anggota masyarakat M’Nong. Saya terkejut dengan kemesraan antara Kim dengan gajah itu. Malah, kanak-kanak perempuan itu lebih takut kepada saya daripada gajah berkenaan,” kata jurugambar itu.
Menurutnya, dia sudah menetap di Vietnam sejak tujuh tahun lalu, merakam kira-kira 45,000 gambar di negara berkenaan.
Bagaimanapun, ini kali pertama dia melihat interaksi antara masyarakat M’Nong dengan gajah mereka. - Agensi/30/10/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.