Warga Nepal Dibunuh Memadu Kasih dengan Isteri Orang
[Bernama] KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.
Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.
"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 37 tahun itu sejak akhir-akhir ini.
"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.
"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.
Katanya anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.
"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya. - 13/10/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.