Mayat Warga Asing Disangka Patung
[Harian Metro] Petaling Jaya: "Saya sangkakan patung. Rupanya mayat manusia tergantung pada pagar besi," kata saksi kejadian, Hisyam Ali, 34, yang menemui mayat seorang lelaki di Dataran Prima, Petaling Jaya, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Hisham terserempak 'objek' tergantung di kawasan itu, namun tidak menyangka ia mayat manusia.
"Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menyangka patung yang digantung pada pagar besi itu.
"Saya menghampiri kawasan itu bagi memastikan kejadian. Namun saya terkejut apabila mendapati ia mayat manusia yang dijerut dengan tali pada leher," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai lelaki warga Nepal berusia 34 tahun.
Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah yang menjadi punca kematian mangsa.
"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. -15/10/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.