Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 15 Oktober 2014

Guru Didakwa Liwat Pelajar dengan Upah Rm30 Diasingkan daripada Pelajar


Sekadar hiasan.
[Borneo Post] KUCHING: Guru sebuah sekolah menengah di Sri Aman yang didakwa meliwat pelajar akan diasingkan dari para pelajar serta dipindahkan ke tempat lain sementara siasatan dijalankan oleh pihak polis.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun belum mendapat butiran penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah, namun tindakan itu adalah satu prosedur wajib dalam kes sedemikian.

“Dalam kes seperti ini, guru yang disiasat itu akan dikeluarkan dengan segera dari sekolah tersebut dan ditempatkan di tempat lain agar tidak berhadapan dengan para pelajar.

“Saya yakin dalam masa ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah (Sri Aman) telah mengeluarkan arahan agar guru tersebut ditempatkan di tempat lain buat sementara waktu,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya, di sini semalam.

Fatimah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri akan memutuskan tindakan selanjutnya selepas siasatan selesai.

“Buat masa ini, kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Jabatan Pendidikan Negeri akan turut mengambil tindakan jika didapati bersalah.

“Tetapi jika didapati tidak bersalah, kita boleh tempatkan balik di sekolah, namun bukan sekolah yang sama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Utusan Borneo pada Isnin lepas berhubung penahanan guru berusia 48 tahun yang didakwa meliwat seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mangsa membuat laporan polis pada 10 Oktober 2014 yang mendakwa berlaku penderaan seksual ke atasnya oleh guru sekolahnya.

“Suspek merupakan seorang guru sekolah berumur 48 tahun dan mengajar di sebuah sekolah di Sri Aman.

“Kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Mei 2013 dan sekali lagi pada Ogos 2014,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sabtu berkata, dalam kejadian pertama, mangsa dipercayai diberikan wang RM30 dan RM10 dalam kejadian kedua dengan kedua-dua insiden dipercayai berlaku di sebuah flat di Sri Aman. - Sandy Mark Luna/15/10/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH