Sarjan Mejar Polis Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan Kerana Rogol Remaja
[Bernama] Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Baharu hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lepas.
Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhi hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua sebuah balai polis di Kota Baharu, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili Datuk Sukri Mohamed.
Pada prosiding itu, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama.
Beliau turut membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. – Bernama, 2 Jun, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.