Bako Haram Culik 20 Ibu Muda
[HM] Maiduguri: Kumpulan militan Boko Haram disyaki menculik sekurang-kurangnya 20 ibu muda di bandar yang terletak di timur laut Nigeria, kawasan sama mereka menculik lebih 200 pelajar perempuan dua bulan lalu.
Bagaimanapun, seorang pemimpin tempatan berkata, jumlah mangsa terbaru itu mencecah 40 orang.
Kejadian terbaru Sabtu lalu di sekitar perkampungan Garkin Fulani sekali lagi menggemparkan penduduk kawasan berkenaan.
Penculikan 276 pelajar perempuan pada 14 April adalah tindakan paling berani yang dilakukan Boko Haram sepanjang lima tahun pemberontakan mereka.
“Maklumat yang kami ada setakat ini menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata tiba di tempat berkenaan pada tengah hari dan menculik 20 wanita dan tiga pemuda yang berkawal di kampung itu,” kata seorang anggota keselamatan awam, Alhaji Tar.
Menurutnya penduduk lelaki di kawasan itu keluar bekerja di ladang ternakan berhampiran ketika kejadian.
Lokasi mangsa ketika ini masih tidak diketahui tetapi sumber Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan berkata, tiada kanak-kanak yang terbabit.
Wanita yang diculik berusia antara 15 hingga 30 tahun.
Dalam laporan lain, seorang pegawai Persatuan Pengembala Lembu Miyetti Allah Nigeria (MACBAN) berkata, 40 wanita yang semuanya ibu muda diangkut menaiki kenderaan sebelum dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.
Perbuatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan sering berlaku di kawasan berkenaan namun penduduk takut untuk melaporkannya kerana bimbang dengan tindak balas kumpulan militan.
“Ini bukan pertama kali wanita di kawasan ini diculik.
“Mereka hanya dibebaskan apabila kami memberikan lembu sebagai tebusan,” kata pegawai berkenaan.
Menurutnya, kumpulan berkenaan menyerbu satu rumah ke satu rumah dan menculik wanita muda sebelum meminta 30 hingga 40 ekor untuk membebaskan mangsa.
Pegawai kerajaan tempatan Borno berkata, pihak berkuasa tahu mengenai kejadian Sabtu lalu. - AFP/11/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.