Sewakan Anak untuk Mengemis
Sekadar hiasan. |
Risiko Berpisah Kasih
[Harian Metro] Kuala Lumpur: Ibu bapa yang didapati menyewakan anaknya yang berumur 11 tahun bagi tujuan mengemis di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini mungkin berdepan risiko dipisahkan dengan anak itu jika masih mengulangi kesalahan sama sekali lagi.
Ini berikutan kementerian sentiasa berusaha membela nasib kanak-kanak yang digunakan bagi kepentingan pihak tertentu sehingga mengabaikan keperluan sebenar serta hak kanak-kanak berkenaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya tidak pernah berniat untuk memisahkan mana-mana ibu daripada anaknya, namun kebajikan kanak-kanak perlu diutamakan.
“Tindakan ini selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terbabit menempatkan kanak-kanak yang dieksplotasi di lokasi yang lebih selamat.
“Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana JKM Negeri sentiasa bersedia membantu golongan memerlukan dalam mengurangkan bebanan hidup masyarakat,” katanya dalam sidang media pelancaran produk kisar segar Chef Zam, di sini, semalam.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang ibu sanggup menyewakan anaknya kepada kenalan pengemisnya bagi mendapatkan komisen sebanyak RM50 hingga RM60 di kawasan sebuah masjid, di Johor. Kesempitan hidup dijadikan alasan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membenarkannya mengemis.
Katanya, ibu kanak-kanak terbabit juga berisiko berdepan hukuman denda tidak lebih daripada RM20,000 sekiranya didapati masih menyewakan anaknya itu kepada pengemis yang juga rakannya.
“Pegawai JKM Negeri juga akan memantau keadaan kanak-kanak terbabit dalam jangka masa tertentu supaya tidak terjebak dalam kegiatan mengemis lagi.
“Kita memandang serius mengenai isu eksploitasi kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kini.
“Ini juga sebagai peringatan kepada ibu bapa yang memandang ringan mengenai keselamatan dan kebajikan anak-anak sehinggalah berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya. - Nur Lela Zulkipli/19/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.