Pertaruhan Gila: Siapa Kalah Kena Rogol Remaja 13 Tahun
[Harian Metro] Kajang: Dua remaja lelaki membuat ‘pertaruhan gila’ apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai ‘bahan hukuman’ dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.
Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini.
Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan.
Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.
“Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan. - Muhaamad Hafis Nawawi/19/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.