Picit Buah Zakar Elak Dirogol
[BP] MIRI: Seorang wanita pekerja ladang bertindak memicit buah zakar dan menggigit anggota badan seorang lelaki untuk mengelak dirinya dirogol dan dicederakan dalam kejadian di estet kelapa sawit di Suai Niah, di sini petang kelmarin.
Mangsa, wanita tempatan berusia 29 tahun berjaya melarikan diri sebelum diselamatkan seorang pekerja lelaki lain yang melalui tempat kejadian.
Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa sedang berjalan kaki untuk balik ke kuarters pekerja yang terletak setengah jam dari tempat kerja.
Ketika menghampiri sebuah simpang di estet berkenaan, mangsa secara tiba-tiba ditangkap oleh seorang lelaki.
Mangsa dibawa menemui pengurus dan kemudian membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpanya.
Bertindak daripada laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia pada jam 10 malam kelmarin.
Suspek berusia 29 tahun dibawa ke Balai Polis Pusat Miri petang semalam untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee yang dihubungi mengesahkan kes itu dan memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.
Suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis. - Borneo Post/ Steven Annuar/17/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.