Cicak Tokek 'Anak Ketiga' Pasangan Indonesia
[Mstar] KUPANG: Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengemparkan penduduk perkampungan itu apabila melahirkan cicak tokek atau gecko pada Jumaat.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah ini.
Cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana itu.
Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam,” katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
Katanya, kira-kira pukul 5.30 pagi, Nelci mengalami kesakitan dan dibantu untuk bersalin.
“Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek,” katanya.
Sementara itu, Josephine yang tidak pernah berdepan pengalaman seperti itu berkata, dia terkejut melihat haiwan itu keluar dari rahim Nelci.
Beliau kemudian membawa cicak tokek itu ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama,” katanya. -1//6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.