Lelaki Tunjuk KEMALUAN Dibelasah hingga Mati, 7 Ditahan
[Bernama] SERDANG: Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.
"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.
"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.
Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.
Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - 2/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.