Badang Sarawak Selamba Pikul Motor 100kg
BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti. |
[Harian Metro] Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.
Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa.
Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.
Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.
Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.
Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan. -Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail/28/6/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.