Kes Rogol 2 Remaja di Ketereh: Empat Lelaki Didakwa di Mahkamah
[HM] Kota Bharu: Dua lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen sebentar tadi dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.
Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorhaslinda Che Seman.
Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini antara jam 7.30 malam hingga 11 malam pada 20 Mei 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu.
Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa.
Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu. - Muhamaad Razis Ismail/11/6/14
Lanjut:
Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Merogol
[HM] Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, sebentar tadi, terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di hadapan orang lain dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.
Bagaimanapun seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian sama.
Majistret Nik Habri Muhamad bagaimanapun menetapkan tarikh 13 Julai depan supaya kes berkenaan didengar di Mahkamah Sesyen. -11/6/14

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.