Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label gangbang Ketereh. Papar semua catatan

, ,

Rabu, 23 Julai 2014

Gambar Suspek Kes "Rogol 38" Didedah dan Diburu



[Sinar Harian] KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -ADILA SHARINNI WAHID, FOTO OLEH KHIRU SHALEH ABDULLAH/22/7/14

, ,

Khamis, 17 Julai 2014

Enam Suspek Kes "Rogol 38 Ketereh" Masih Diburu


Mangsa dan suspek yang ditahan sebelum ini.

Bachok: Enam suspek berhubung kes dua remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh 21 individu dalam kejadian di Ketereh 20 Mei lalu masih menjadi buruan polis Kelantan.

Ketua Polis Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya kini giat mengesan enam lelaki yang berusia berusia 18 hingga 25 tahun, sekali gus menyelesaikan kes itu dengan segera Katanya, enam lelaki yang berasal dari kampung berkenaan dipercayai sudah melarikan diri, namun pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi menjejaki mereka.

“Kita sudah menahan 15 individu termasuk tiga beranak yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol itu. Lima daripadanya sudah pun didakwa di mahkamah.

“Namun, kita masih memburu saki baki kumpulan ini iaitu enam individu berkenaan untuk menyelesaikan kes rogol ini,” katanya pada sidang media di Majlis Berbuka Puasa dan penyerahan cek kepada Tabung Kemanusiaan Palestin-Media Prima Berhad.

Cek berjumlah RM1,000 itu disampaikan oleh Ahli Perniagaan Datuk Azham Damiri di Kampung Budi, di sini, semalam kepada wakil Media Prima, Sulaiman Jaafar.

Beliau berkata, kes berkenaan tidak akan ditutup selagi enam suspek tidak diberkas.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua remaja masing-masing pelajar tingkatan dua dan tiga mendakwa dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir.

Rakan lelaki salah seorang mangsa dikatakan dipaksa untuk menyaksikan kejadian itu. Susulan kejadian, 15 individu ditahan termasuk tiga beranak berusia 14 hingga 38 tahun.

Mazlan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan. -17/7/14


, ,

Khamis, 10 Julai 2014

Ingat Kes Rogol 38 di Ketereh? Seorang lagi Suspek Ditahan


[Sinar Harian] KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima berdepan tuduhan terbabit kejadian rogol 38 di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Remaja dari Bunut Payong, di sini itu mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun dan dilakukan dengan kehadiran orang lain, antara jam 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon sebutan semula pada tarikh singkat dan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 13 Julai depan dan tidak membenarkan jaminan terhadapnya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -10/7/14


, ,

Rabu, 11 Jun 2014

Kes Rogol 2 Remaja di Ketereh: Empat Lelaki Didakwa di Mahkamah



[HM] Kota Bharu: Dua lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen sebentar tadi dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorhaslinda Che Seman. 

Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes. 

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini antara jam 7.30 malam hingga 11 malam pada 20 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu. 

Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa. 

Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu. - Muhamaad Razis Ismail/11/6/14

Lanjut:

Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Merogol

[HM] Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, sebentar tadi, terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di hadapan orang lain dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Bagaimanapun seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian sama.

Majistret Nik Habri Muhamad bagaimanapun menetapkan tarikh 13 Julai depan supaya kes berkenaan didengar di Mahkamah Sesyen. -11/6/14



, ,

Selasa, 10 Jun 2014

Bukan 38, 21 Orang Didakwa Rogol 2 Remaja di Ketereh


[BH] KOTA BAHRU – Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki yang terbabit dengan kes rogol dua remaja di Ketereh pada 20 Mei lalu dan bukannya 38 orang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis percaya kedua-dua mangsa dirogol berulang kali oleh suspek yang sama, lapor Berita Harian. -10/6/14

rogol


Berkaitan:

Kes Rogol di Ketereh Babit 21 Suspek, Bukan 38

[SH] KOTA BHARU - Polis menafikan dakwaan dua remaja dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Hutan Pasir, Ketereh pada 20 Mei lalu malah dalam siasatan yang dijalankan, kedua-duanya dirogol bergilir-gilir 21 suspek di kawasan berasingan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, hasil siasatan dijalankan, mangsa pertama mendakwa dirogol 13 lelaki di rumah kosong di kawasan berasingan dan lapan lelaki di rumah salah seorang suspek dikenali Fadil, di Hutan Pasir Ketereh yang kini masih bebas.

Manakala mangsa kedua juga mendakwa turut dirogol lapan lelaki di Hutan Pasir. - ROSALWANI CHE SOH/10/6/14


Polis Buru Lagi 7 Suspek Rogol

[Bernama] KOTA BHARU - Polis Kelantan memburu tujuh lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir ke atas dua remaja perempuan di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mengikut siasatan polis, mereka yang masih bebas itu berumur dalam lingkungan 20-an. 

"Tindakan memburu suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaludin berkata hasil siasatan, polis menafikan mangsa yang berumur masing-masing 15 dan 17 tahun, telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan yang dibuat mereka sebelum ini. 

"Bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang yang sama berulang kali," katanya.

Katanya dalam laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mangsa pada 26 Mei lepas, dua mangsa itu menyatakan telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah suspek di Ketereh, katanya. 

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan suspek lagi di lokasi kedua kejadian. 

Melalui serbuan dan pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di sekitar Ketereh, polis menahan 14 lelaki dalam lingkungan 15 hingga 38 tahun, katanya.

Beliau berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes rogol bergilir-gilir membabitkan dua remaja perempuan itu.

Kes berkenaan dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan empat suspek akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. - 10/6/14




, ,

Isnin, 2 Jun 2014

Kes 38 Perogol: Suspek ke-15 Ditahan Polis


[SH] KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu.

Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berasal dari Kampung Bonggol Chicha, Kok Lanas, di sini, adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kota Bharu.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.

Semalam, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa.

“Suspek direman enam hari berkuat kuasa hari ini (semalam) di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dengan penahanan suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 15 orang,” katanya. -2/6/14

Berita awal di sini.

, ,

Khamis, 29 Mei 2014

Rumah Kosong Dipercayai Lokasi 38 Lelaki Ratah Pelajar Ting. 3

Rumah Kosong Lokasi Melepak


Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.

[SH] KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.

Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.

“Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.

“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.

“Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah tak endah.

“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.

Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.

“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.

Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.

Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai. -ROSALWANI CHE SOH/29 Mei 2014

Berita awal di sini, di sini, di sini.


, ,

Rabu, 28 Mei 2014

Remaja Diratah 38 Lelaki: 12 Suspek Ditahan Setakat Ini



[Mstar] KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula pada Rabu, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini, Rabu.

"Polis pada hari ini (Rabu) telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu Khamis. 

Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.

Sementara itu, Azham tidak menolak kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diliwat.

Katanya, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

"Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu," katanya.

Menurut Azham, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. -28/5/14

Berita awal di sini, di sini.


, ,

[Gambar] Polis Tahan Sebahagian daripada 38 Suspek Ratah Pelajar Tingkatan 3


[HM] Kota Bharu: Polis menahan 10 individu termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 orang dalam kejadian di Ketereh, di sini, Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, salah seorang suspek yang ditahan adalah mangsa rogol berusia 15 tahun.

Katanya, empat daripada suspek ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam manakala selebihnya ditahan jam 3.30 pagi tadi.

Seorang suspek perempuan berusia 17 tahun ditahan reman enam hari, manakala tiga lagi seminggu.



"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - Siti Fatimah Hassan/28/5/14

Berita awal di sini.


, ,

Dua Pelajar Tingkatan 3 Dirogol 38 lelaki



[BH] Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit. 

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek. 28/5/14

Berkaitan:

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.

“Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk,” kata sumber.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.

Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis. -28/5/14

Lanjut di sini, di sini.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH