Sedap Beberapa Minit...Meringkup dalam Penjara 25 Tahun, 7 Sebatan
[Kosmo] AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.
Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.