DCM agak lewat menyentuh hal ini. Sudah banyak blog yang memerihalkan dakwaan yang cukup serius melibatkan pasukan polis negara. Selepas redanya BERSIH 3.0, kini timbul dakwaan bahawa ada anggota polis yang menyamar sebagai peserta BERSIH 3.0. Bukan itu sahaja, peserta BERSIH hantu ini dikatakan perencana provokasi dan huru-hara pada 28 April yang lalu.
Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Jurublog Sang Kelembai) di dinding Facebooknya mendakwa:
Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini....
Sila baca tulisan beliau di bawah ini:
Apabila beliau menimbulkan persoalan polis yang MENYAMAR sebagai peserta BERSIH 3.0 dan GETAH WARNA KUNING, rasanya bukti bergambar yang disertakan dalam kiriman ini sudah cukup membuktikan kata-kata beliau. Lihatlah gambar yang memaparkan lelaki yang dilihat sebagai anggota polis dan peserta demo BERSIH 3.0. Dalam gambar di atas, lelaki yang tersebut lengkap beruniform polis menahan seorang lelaki, dalam satu gambar lain, individu yang didakwa lelaki yang sama kelihatan sedang menyerang seorang anggota polis trafik.
Sila teliti wajah dan aksi ganas lelaki ini!
Dakwa beliau, seperti yang saya baca di Kelab GB, hampir 2 ribu anggota polis menyamar sebagai peserta BERSIH 2.0. Jumlah yang didakwa itu cukup besar untuk mencemar imej peserta BERSIH yang datang untuk berhimpun secara aman.
Jika dakwaan ini berasas, adakah sekumpulan maloan yang menghentakkan kaki atas kereta polis yang diterbalikkan berhampiran dengan SOGO adalah anggota polis yang menyamar? Adakah malaon yang membaling batu ke arah kereta polis dari kumpulan yang sama? Adakah malaon yang meredah halangan dalam gambar di bawah ini juga anggota polis yang menyamar? Perhatikan penampilan mereka yang tidak memakai baju BERSIH 3.0.
|
Siapa mereka? |
|
Gambar ini dijadikan modal jurublog pencacai untuk memfitnah BERSIH dan Pakatan Rakyat. Siapa malaon ini? Adakah dia termasuk dalam kumpulan 2 ribu itu? |
|
Siapa maloan ini? |
Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Datuk Zaharin seperti yang ditulis pada dinding FBnya meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas perkara yang berlaku.
Hakikatnya, peserta BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0 cintakan keamanan dan berhimpun secara aman untuk menuntut pilihan raya yang bersih.
P/s: Kalau dakwaan yang dibuat oleh Datuk Zaharin benar, jika lelaki yang kelihatan dalam gambar di atas anggota polis dan dalam masa yang sama menyamar dan melakukan jenayah dan provokasi, maka....F+)(*&&&&!
Persoalan dan dakwaan yang dibuat memerlukan siasatan yang telus dan bebas. Jika perlu tubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dalang yang mencetuskan provokasi!
* Sebarkan!
haha.. memang bodoh peserta bersih kalau ikut telunjuk musuh. gagal kenalpasti siapa rakan anda dalam perhimpunan. org yg tak kenal lu pegi ikut kenapa? kan dah kena.. diorang ketawakan lu orang beb! masuk lokap silap-silap seminggu.. rasa tangan dan kaki. sindri sakit ma!
Comment by Unknown @ Isnin, April 30, 2012 12:40:00 PGSir,
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mei 01, 2012 5:14:00 PTGIf RTM or TV3 stooges, it's okay if they play cow.
But, ASTRO is paid cable. It must understand that not all subscribers are cows to UMNO.
Maybe it's time for all Bersih supporters to give first warning to ASTRO to be fair and square. or else their business will be in jeopardy.
We pay for fair news not edited news.
If i'm not mistaken,yg gambar dikatakan polis menyamar is budak uitm,law year 2....
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mei 23, 2012 1:39:00 PTGhe's pro anwar....maksudnya,dyela yg pg pki bju polis n menyamar.bkn polis menyamar jd peserta bersih.gelang tgn kuning n wat so ever...tah2 mmg dirancang.pas2 tuduh polis plak...