Kemaluan Perompak Parah Dilibas Gadis yang Cuba Dirogolnya
[HM] KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam....berita tidak habis...!
P/s: Padan muka!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.