[Wajib Baca] Bukti Pemegang Kad Pengenalan Ada TARIKH LUPUT Boleh Mengundi, Apa dan Siapa yang Pegang Kad Pengenalan Ini?
Sebelum ini DCM ada menyentuh tentang isu kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dalam kiriman ini. Saya sentuh sahaja, ada beberapa blog lain yang betul-betul mengulasnya. Kredit kepada usaha mereka.
Hari ini timbul isu pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara diberi hak mengundi. Hal ini terbukti apabila semakan pemilih dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan Pemastautin Sementara menunjukkan pemiliknya boleh mengundi. Hal ini dibongkar oleh blog Semut Malaysia di sini. Anda baca pendedahan yang dibuat oleh blog tersebut.
Saya cuma nak berkongsi sedikit maklumat tentang status pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara. Siapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara? Adakah mereka berhak mengundi? Sila lihat paparan skrin di bawah ini:
Berdasarkan penjelasan pihak JPN di atas, pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara (MyKas) ialah individu yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai maklumat lengkap tentang kelahiran mereka. Misalnya tiada maklumat lengkap tentang ibu bapa dan sebagainya. Kad pengenalan yang berwarna HIJAU ini hanya sah selama 5 tahun. Manakala pemegang kad pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) yang berwarna MERAH dikeluarkan kepada warga asing yang mempunyai permit masuk daripada Jabatan Imigresen.
Jelas?
Perkara yang AMAT penting yang turut dinyatakan dalam penjelasan JPN itu ialah kedua-dua pemegang kad pengenalan ini berstatus BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Jika bukan warganegara Malaysia, maka logiknya mereka TIDAK boleh mengundi kerana syarat pendaftaran pemilih menetapkan:
Syarat-syarat Layak Mendaftar
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Oleh itu, mengapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh mengundi? Jika di Sabah wujud pemegang MyKas yang boleh mengundi, bagaimana dengan pemegang MyKas di negeri lain terutamanya Selangor, adakah mereka juga boleh mengundi?
Perkara lain yang masih belum terjawab ialah sebab sesetengah kad pengenalan Permastautin Sementara berwarna BIRU, bukan HIJAU seperti sepatutnya. Adakah sudah wujud peraturan baharu dalam pengelasan dan pemberian kad pengenalan kepada individu yang kabur tentang kewarganegaraannya?
Tidakkah SPR atau JPN berminat untuk menjawab hal ini? -DCM
P/s: Adakah projek kad pengenalan Mykas warna biru ini termasuk dalam projek Task Force yang didakwa oleh Datuk Mahfuz?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.