Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label JPN. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 2 Oktober 2014

Nama Terpanjang, Popular Dalam Rekod JPN




PUTRAJAYA: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad' yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang. 

"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini. 

Jelas Sulaiman, 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras. 

"Kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Oktober 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara. 

"Kad beras pada mulanya dikeluarkan sebagai pengenalan identiti di samping bertindak sebagai satu daripada langkah untuk membendung anasir komunis di tanah air," katanya. 

Jelas Sulaiman, warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan Laporan Perbelanjaan JP Ndalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad. 

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan teragih MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih.

"Dengan bertambah pusat percetakan teragih, urusan permohonan dan pengeluaran kad (MyKad) dapat dipercepatkan," katanya. -2/10/14


, ,

Rabu, 11 September 2013

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Bawah 'Projek Mahathir'



[Bernama] KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu di bawah projek dipanggil 'Projek Mahathir'.

Ketua pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah bahawa dakwaan yang terkandung dalam sebuah buku ditulis oleh MD Mutalib itu adalah tidak benar.

"Kenyataan itu adalah tidak benar, tiada kad pengenalan dikeluarkan di bawah 'Projek Mahathir', kata saksi ke-208 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangannya esok.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai 'Projek IC', Jariah yang dilantik sebagai ketua pengarah JPN pada Jun 2011 berkata "saya ada dengar tapi saya tidak tahu kebenaran mengenainya".

Jariah memberitahu suruhanjaya bahawa mengikut statistik JPN sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 68,703 pendatang asing yang sah di negeri itu diberi taraf kewarganegaraan dan sejumlah 67,675 daripada jumlah itu telah menukar kad pengenalan biru mereka.

Dirujuk kandungan buku itu bahawa terdapat sejumlah 750,000 daripada 1.75 juta warga asing di negeri itu memegang kad pengenalan palsu, Jariah berkata JP Ntidak mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang asing.

Jariah juga berkata permohonan kad pengenalan mestilah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan sekiranya mendapati pemohon memalsukan keterangan diri mereka, JPN akan menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan yang tidak mengikut undang-undang.

"Baru-baru ini ada satu tangkapan oleh polis di Sabah, polis telah buka fail terhadap pegawai JPN dan tindakan setakat ini diambil di mana pegawai itu telah ditahan kerja," katanya.

Beliau juga berkata penggunaan sijil akuan bersumpah untuk menggantikan sijil lahir bagi permohonan kad pengenalan di Sabah adalah sah tetapi penggunaan sijil itu telah dimansuhkan pada 1987.

Mengenai keterangan saksi pendatang asing dalam suruhanjaya sebelum ini bahawa mereka telah memalsukan tempat kelahiran dengan menyatakan mereka lahir di Sabah bagi permohonan kad pengenalan, Jariah mencadangkan supaya mereka ini tampil ke JPN bagi mengaku maklumat yang diberikan terdahulu adalah tidak betul.

"Itu adalah pendapat saya. Pada pandangan saya maklumat dalam rekod JP Nperlu dibetulkan kerana ia dokumen kerajaan, mereka mesti datang, seharusnya mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka tulis," kata Jariah.

Jariah menegaskan sekiranya mereka yang terlibat ini tidak hadir untuk membetulkan maklumat tempat lahir mereka dalam masa setahun atau dua tahun taraf kewarganegaraan mereka boleh ditarik balik dan kad pengenalan mereka boleh dibatalkan.

"Ini pandangan saya, kalau mereka tidak tampil dalam tempoh itu saya sarankan JPN perlu ada 'task force' untuk mencari mereka, tarik balik kewarganegaraan dan batalkan kad pengenalan," katanya lagi.

Semasa ditanya mengenai kes pegawai atasan dan kakitangan JPN yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan secara tidak teratur kepada warga asing, Jariah memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

"Perkara ini tidak boleh berlaku lagi kerana untuk kelulusan taraf warganegara, ia telah dibuat secara berpusat di ibu pejabat, dan ada jawatankuasa yang memantaunya dan prosedur pengeluaran juga telah diseragamkan sejak 1990," katanya.

Jariah juga berkata dari tempoh 1979 hingga 1984 sebanyak 51,300 kad pengenalan bermasalah dikenal pasti dikeluarkan di negeri itu manakala dari 1984 hingga 1988 pula 62,550 kad.

"Pada 1990 hingga 1996 pula sebanyak 16,699 kad pengenalan telah dibatalkan kerana bermasalah. Sebanyak 113,850 permohonan diterima Panel Jawatankuasa Khas Kad Pengenalan di Sabah, daripada jumlah itu 8,887 permohonan untuk menukar kad pengenalan kepada Mykad dan 3,695 telah diluluskan," katanya.

Jariah berkata Panel Jawatankuasa Khas itu ditubuhkan pada 1998 bagi menangani kes kad pengenalan bermasalah di negeri itu seperti mempunyai nombor kad yang bertindih iaitu satu nombor tetapi mempunyai lebih daripada dua pemilik, gambar dan nama berbeza dengan pemilik selain permohonan menggantikan kad pengenalan yang tidak direkodkan di JPN.

Beliau menjelaskan keputusan menubuhkan Panel Jawatankuasa Khas itu adalah daripada Kementerian Dalam Negeri dan menterinya pada ketika itu ialah Dr Mahathir.

Jariah berkata bagi kes pertindihan kad pengenalan terdapat 639 nombor serupa dengan bilangan pemegang kad sebanyak 1,177.

Ketika ditanya mengapa pertindihan ini berlaku beliau berkata ini kerana pada masa itu JPN mengeluarkan kad pengenalan secara manual dan agak sukar untuk disemak tetapi sekarang perkara itu tidak berlaku lagi kerana jabatan itu menggunakan sistem berkomputer sejak 2001.

Pendengaran di hadapan panel lima anggota suruhanjaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung esok. - 10/9/13


P/s: Baca pengakuan Tun M dan bekas tahanan ISA Projek IC  di sini.


, , , , ,

Isnin, 1 Oktober 2012

[Panas] Hebat Malaysia, Warga Asing Beli IC Palsu Boleh Mengundi


Lahanat!!!

Baca kenyataan media di sini.

P/s: Dakwaan bahawa pihak tertentu yang melibatkan SPR dan JPN untuk memastikan BN menang dalam PRU13 bukan lagi bersifat dakwaan. Sudah banyak bukti dan data yang berjaya diperoleh untuk membongkar kerja-kerja lahanat pihak tertentu yang sanggup menggadai keselamatan negara semata-mata untuk memastikan orang atasan mereka terus berkuasa!



, , , , ,

Rabu, 9 Mei 2012

40 558 Pengundi Diragui Status Disahkan oleh JPN,


Rekod 40 558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan JPN

[BERNAMA] PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa.

"Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak.

"Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood.

Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. 


P/s: Bersiap sedialah menghadapi pilihan raya TERBERSIH dalam sejarah Malaysia. Kliklah mana-mana label di atas untuk ulasan lanjut tentang perkara ini.



, , , , , ,

Selasa, 24 April 2012

[Kemas Kini] Isu Kad Pengenalan Pemastautin Sementara: Penjelasan JPN


TM baru menyentuh soal kad pengenalan Pemastautin Sementara petang tadi. Anda boleh baca di sini

Pertama: JPN mendakwa kad yang tersebar di Facebook dan di blog itu adalah kad pengenalan versi lama (2001). Maknanya kad tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2010. Kad MyKas yang berwarna hijau mula dikeluarkan kepada Pemastautin Sementara mulai tahun 2010. Besar kemungkinan, kad yang tarikh luputnya 2013 dikeluarkan pada tahun 2009. Namun berdasarkan keadaan kadnya yang cantik dan kelihatan baru, agak sukar dipercayai kad itu dikeluarkan empat tahun lalu. Kalau dilihat pada keadaannya, kad itu seperti berusia kurang daripada satu atau dua tahun. Lainlah jika pemilik kad itu hanya menyimpan kad itu di rumah.

Kedua: Jika benar kad yang didakwa sesetengah pihak itu diberi kepada warga Burma, namun tertera status sebagai Pemastautin Sementara, maka dengan jelas JPN melanggar peraturan kerana kad pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas hanya diberi kepada individu yang dilahirkan di Malaysia namun mempunyai rekod kelahiran yang meragukan. Hal ini ada dijelaskan di sini.

Ketiga: Semakan yang dibuat beberapa pihak mendapati pemegang kad pengenalan yang tersebar itu tidak tersenarai dalam Daftar Pemilih. Berdasarkan penjelasan JPN sebelum ini, pemegang kad Pemastautin Sementara dan Pemastautin Tetap (MyPR) tidak boleh mengundi kerana mereka berstatus bukan warganegara. Hal ini ditegaskan oleh JPN di sini. Namun, bagaimana ada pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh didaftarkan dalam Daftar Pemilih SPR? Hal ini telah dibuktikan di sini. Mengapa SPR memasukkan nama pemegang kad pengenalan ini dalam Daftar Pemilih?.

Berdasarkan kepincangan yang dikesan, maka sudah jelas rakyat Malaysia yang mahu sebuah pilihan raya yang adil dan saksama perlu menyatakan sokongan kepada tuntutan BERSIH. 

Ayuh,  mari kita sertai BERSIH 3.0! -DCM


Dua orang tokoh ini menunggu anda!


, , , ,

[Wajib Baca] Bukti Pemegang Kad Pengenalan Ada TARIKH LUPUT Boleh Mengundi, Apa dan Siapa yang Pegang Kad Pengenalan Ini?


Sebelum ini DCM ada menyentuh tentang isu kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) dalam kiriman ini. Saya sentuh sahaja, ada beberapa blog lain yang betul-betul mengulasnya. Kredit kepada usaha mereka.

Hari ini timbul isu pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara diberi hak mengundi. Hal ini terbukti apabila semakan pemilih dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan Pemastautin Sementara menunjukkan pemiliknya boleh mengundi. Hal ini dibongkar oleh blog Semut Malaysia di sini. Anda baca pendedahan yang dibuat oleh blog tersebut.

Saya cuma nak berkongsi sedikit maklumat tentang status pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara. Siapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara? Adakah mereka berhak mengundi? Sila lihat paparan skrin di bawah ini:


Berdasarkan penjelasan pihak JPN di atas, pemegang kad pengenalan Permastautin Sementara (MyKas) ialah individu yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai maklumat lengkap tentang kelahiran mereka. Misalnya tiada maklumat lengkap tentang ibu bapa dan sebagainya. Kad pengenalan yang berwarna HIJAU ini hanya sah selama 5 tahun. Manakala pemegang kad pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) yang berwarna MERAH dikeluarkan kepada warga asing yang mempunyai permit masuk daripada Jabatan Imigresen.

Jelas?

Perkara yang AMAT penting yang turut dinyatakan dalam penjelasan JPN itu ialah kedua-dua pemegang kad pengenalan ini berstatus BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Jika bukan warganegara Malaysia, maka logiknya mereka TIDAK boleh mengundi kerana syarat pendaftaran pemilih menetapkan:

Syarat-syarat Layak Mendaftar
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.


Oleh itu, mengapa pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh mengundi? Jika di Sabah wujud pemegang MyKas yang boleh mengundi, bagaimana dengan pemegang MyKas di negeri lain terutamanya Selangor, adakah mereka juga boleh mengundi?

Perkara lain yang masih belum terjawab ialah sebab sesetengah kad pengenalan Permastautin Sementara berwarna BIRU, bukan HIJAU seperti sepatutnya. Adakah sudah wujud peraturan baharu dalam pengelasan dan pemberian kad pengenalan kepada individu yang kabur tentang kewarganegaraannya?

Tidakkah SPR atau JPN berminat untuk menjawab hal ini? -DCM


P/s: Adakah projek kad pengenalan Mykas warna biru ini termasuk dalam projek Task Force yang didakwa oleh Datuk Mahfuz? 


Kemas  Kini:

Mengapa kad pengenalan Pemastautin Sementara berwarna biru? JPN menjawabnya di sini.

, , , ,

Jumaat, 20 April 2012

[Kemas Kini] Permastautin Sementara Pegang KP Biru? Adakah Ini Projek IC Pengkhianat Negara?



 Berdasarkan tarikh luput, kad pengenalan ini memberikan status permastautin sementara untuk suatu tempoh kepada pemiliknya. Apakah terjadi selepas tarikh luput itu tamat? Adakah pemegang kad pengenalan ini perlu memohon semula status tersebut? Siapakah yang memegang kad pengenalan ini? Apakah ciri-ciri kerakyatan pemegang kad pengenalan ini? Persoalan itu tidak penting (saya cari maklumat lain kemudian), persoalan pentingnya, adakah pemberian KP ini merupakan Projek IC? Mengapa pemegang kad pengenalan permastautin sementara berwarna BIRU, bukan HIJAU?

Sebelum itu, berdasarkan alamat yang tertera, memang kawasan kampung yang dinyatakan itu mempunyai kawasan penempatan warga asing dari Thai atau mungkin juga Kemboja. Orang yang menggunakan jalan pintas dari kawasan Kota Damansara melalui Subang Bestari, kemudian ke Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak untuk ke Saujana Utama atau ke Desa Coalfields sudah tentu maklum tentang kewujudan warga asing di kawasan itu. Turun sahaja dari bukit di kawasan pangsapuri di Subang Bestari, sudah kelihatan koloni warga asing yang membentuk pekan kecil. Di situlah mereka menjalankan urus niaga terutamanya membabitkan masyarakat mereka.

Adakah permastautin sementara boleh mengundi? Tentulah tidak boleh kerana syarat pilihan raya menetapkan hanya warganegara yang sah layak mengundi. Berdasarkan tulisan di SabahKini di sini, pemegang kad pengenalan ini tidak layak mengundi melainkan jika mereka diberi kerakyatan penuh. Namun ada pihak yang mendakwa sesetengah pemegang kad pengenalan pemastautin diberi kerakyatan penuh untuk mengundi. Hal ini ada dibangkitkan oleh Aspan di sini.

Jika ini bukan Projek IC, bagaimanakah bentuk projek yang didakwa didalangi oleh sebuah Task Force seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini? Tujuh orang yang didakwa terlibat setakat ini masih diam membisu, malah tidak bertindak terhadap Mahfuz. Pelik! -DCM


P/s: Kita perlukan BERSIH 3.0. SERIUS!!!!



Kemas Kini:

Selidik punya selidik, rupa-rupanya isu ini dikupas oleh blog Semut di sini. Blog itu turut membuat sedikit penyelidikan tentang hal itu.
 

Contoh IC pemastautin tetap - rujuk SINI

Contoh IC pemastautin sementara - rujuk SINI



, ,

Selasa, 24 Mei 2011

BN Guna JPN Daftar Rakyat Thai sebagai Pengundi?


Saya petik:

[FMT] Percubaan mendaftar warga asing dipercayai dari Thailand sebagai pengundi kini dikesan di Kelantan apabila satu program di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dikenali ‘Mydaftar’ akan diadakan Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang melahirkan rasa bimbang memandangkan program seperti itu belum pernah berlaku sebelum ini.

Beliau mendakwa tindakan ini sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurut Kamaruddin, beliau mengesyaki pendaftaran membabitkan warga Thailand sebagai pengundi ekoran kawasan parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan dengan sempadan.

Empat DUN dalam parlimen Tumpat ialah Pengkalan Kubur, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya menang satu kerusi iaitu Pengkalan Kubor iaitu Noor Zahidi Omar.

Sempadan Thailand

“Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).

“Saya dimaklumkan perkara ini pagi semalam. Namun ia berlaku ketika solat Jumaat minggu lalu. Operasi seperti ini belum pernah berlaku dalam jajahan Tumpat ini.

“Operasi ini dijalankan menerusi satu program dikenali Mydaftar iaitu satu program bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.

Program itu dikatakan diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.

“Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor,” katanya.

 P/s: Siapa pengkhianat?


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH