Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 15 September 2015

Himpunan Baju Merah Cemar Sambutan Hari Malaysia - Shafie



Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan himpunan baju merah yang bakal berlangsung esok sebagai mencemarkan Hari Malaysia dan tidak memberi manfaat kepada perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Naib presiden Umno itu berkata, penganjuran himpunan provokasi seperti itu bukan langkah yang tepat di tengah sambutan ulangtahun hari pembentukan negara yang sepatutnya menjadi pentas mendekatkan sesama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Saya harap jangan dicemarkan sambutan hari ini dengan kegiatan seperti baju merah atau kegiatan himpunan tertentu yang tidak membawa unsur menyatukan rakyat dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya di Semporna hari ini.

Pendirian beliau berbeza dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang tidak menghalang ahli parti menyertai perhimpunan tersebut walaupun menafikan ia menaja kumpulan yang menganjurkannya.

Shafie berkata, sambutan Hari Malaysia sangat dekat dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, malah diiktiraf sebagai Hari Kebangsaan.

Ia tidak sepatutnya dicemari dengan aktiviti yang hanya merugikan negara.

"Selama ini kita tuntut untuk dapat penghormatan dan penghargaan, bukan hanya menjadi cuti umum, bahkan juga perayaan kebangsaan, dan hari ini ia sudah diiktiraf," katanya.

Beliau sebaliknya menggesa supaya kerajaan memupuk nilai perpaduan dan saling menghormati satu sama lain.

"Jadi saya harap, mana-mana pihak jangan cemarkan kerana ini ia tidak bawa kebaikan.

"Kita mesti pupuk rakyat dengan nilai yang baik seperti perpaduan dan saling menghormati sesama satu sama lain," katanya.

Esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, bagi meraikan sambutan ulangtahun pembentukan negara pada 1963.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan satu perhimpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) diadakan di Padang Merbok yang akan turut dihadiri penunjuk perasaan berbaju merah.

Himpunan esok dilihat sebagai tindak balas ke atas demonstrasi Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos, yang tetap diteruskan walaupun diisytiharkan haram oleh kerajaan atas alasan keselamatan. – The Malaysian Insider/15 September, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH