Isu Poster: Felixia Maafkan AMANAH
PETALING JAYA: Model Felixia Yeap memaafkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menggunakan gambarnya untuk tujuan politik.
"Dengar kata "parti" tu dah minta maaf? Baguslah macam tu. Tolong jangan ulangi perkara ini lagi," tulis beliau di laman Facebooknya.
Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap berkata isu tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan sejak dari awal lagi.
"Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka... saya pasti.
"Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini," tulisnya.
Felixia turut berterima kasih kepada parti tersebut kerana memadamkan gambar yang kononnya menunjukkan beliau menyokong parti baharu dilancarkan itu.
Gambar tersebut menjadi viral di laman media sosial.
Poster yang menunjukkan Felixia menyokong Parti Amanah Negara.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor meminta maaf secara terbuka kepada Felixia berhubung isu poster Anti Rasis parti itu yang menggunakan gambar model tersebut.
"Kami memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini. Pihak kami berjanji akan lebih cakna dan berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Adeysham berkata semua status berkaitan poster tersebut telah dipadamkan dalam tempoh kurang 24 jam ia dikeluarkan selepas mendapati tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
"Pihak kami juga telah mengerahkan 1000 anggota “Orange Army” untuk mengesan dan mencari poster itu di media-media baru.
"Mana-mana poster yang dapat dikesan akan diminta untuk dipadamkan dan tidak diviralkan lagi," katanya.
Pada Sabtu, poster Felixia dengan kata-kata,"Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam"dan "Islam Rejects Racism" tersebar di laman media sosial.
Terdapat juga simbol Amanah dalam gambar tersebut.
Parti Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September dengan kepimpinan tertingginya terdiri daripada bekas ahli-ahli progresif PAS. -Mstar/20/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.