[Video] Isu Baiah: PAS Tutup Buku, Urusan Individu Dengan ALLAH
SHAH ALAM: Pas mahu tutup buku berhubung isu bai'ah yang telah menjadi perdebatan secara terbuka oleh bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak tidak mahu memanjangkan perkara tersebut sambil menyerahkannya kepada mereka terbabit untuk menilai kesannya.
"Kita nak tutup buku (isu bai'ah), tiada tekanan lagi, kalau mereka merasakan bai'ah itu tak ada apa-apa kesan kepada mereka, kita serahkan kepada ALLAH, itu antara mereka dan ALLAH.
"(dan) mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan perjanjian itu (kerana) sumpah bai'ah kita anggap satu perjanjian antara individu ini dengan Allah, dan disaksikan oleh manusia," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata status perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.
Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.
Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, bai'ah hanyalah satu akujanji yang mengikat wakil rakyat atau pemimpinnya jika tidak menjalankan tanggungjawab, mereka terbabit perlu meletak jawatan.
"Kalau mereka tak letak jawatan, apa saja pendapatan dari kedudukan itu (ahli Parlimen Pas) itu adalah haram.
"Itu satu akujanji kepada orang yang membuat itu, sekarang ini kalau akujanji itu tak terpakai kepada dia, terserah kepada dia," ujarnya.
Takiyuddin berkata lagi, meskipun bai'ah tidak mempunyai kesan dari sudut perundangan, namun ia memberi kesan dari segi moral kepada mereka terbabit.
"Kesan perundangan memang tiada, dia tak letak jawatan pun tak apa, dari segi undang-undang negara walaupun ada bai'ah atau akujanji, dia tak nak letak jawatan, tiada siapa yang boleh paksa.
"Tapi dari sudut moralnya, memang ada, kita serah kepada dia, tiada kuatkuasa undang ke atas bai'ah," katanya lagi.- Sinar Harian/12/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.