[Video] Bentes Kaki Pelarian Syria, Jurukamera Stesen TV Dibuang Kerja
SEORANG jurukamera wanita yang bertindak biadap menahan kakinya bagi menjatuhkan seorang pelarian Syria yang sedang mendukung kanak-kanak telah dipecat.
Wanita yang dicemuh pelbagai pihak itu merupakan pekerja siaran televisyen N1TV dari Hungary dan membuat liputan mengenai pelarian ketika bertindak biadap.
Berdasarkan gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera lain, wanita berkenaan dilihat menahan kakinya untuk memastikan lelaki tua itu tersadung jatuh bersama kanak-kanak tersebut.
Pelarian dari Syria secara beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru dan ianya menjadi krisis di eropah.
Tindakan jurukamera tersebut turut dikutuk dan menjadi topik panas di Eropah.
Sebahagian besar pelarian bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan. -Mstar/9/9/15
P/s: Lahanat.
Berkaitan:
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen N1TV dari Hungary memecat serta merta seorang jurukamera wanitanya, Petra Lazlo kerana dirakam bertindak menendang serta membentes beberapa pelarian Syria ketika sedang bertugas.
Memetik laporan portal Telegraph, perkara tersebut telah diumumkan melalui satu kenyataan media, berbunyi: “Kakitangan N1TV melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima di Roszke. Hubungan kerja kami dengan jurukamera wanita itu sudah berakhir.”
Difahamkan, rakaman itu dibuat dengan tidak sengaja oleh beberapa jurukamera stesen televisyen lain ketika bertugas berhampiran sempadan serbia.
Dalam rakaman video tersebut, jurukamera berkenaan dengan jelas dilihat membentes beberapa pelarian yang sedang melarikan diri dari pihak polis, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.
Tindakan jurukamera itu mendapat perhatian meluas media selepas seorang wartawan German, Stephan Richter memuat naik video itu di laman Twitternya.
Bukan itu sahaja, Petra Lazlo juga mengundang cemuhan di media sosial, dengan kebanyakan netizen mengkritik perbuataan wanita yang tidak berperikemanusiaan itu.
Ketika ini ratusan pendatang merempuh sempadan utama garisan polis pada Selasa.
Pelarian tersebut adalah sebahagian daripada 1,500 warga Syria yang menunggu berjam-jam di pusat kem pelarian berhampiran Roszke, Hungary. - Awani/9/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.