[PANAS] Penjelasan tentang Laporan TMI Berkenaan Isu Hudud dan Parti Amanah
Laporan penuh boleh dibaca di sini. |
Kenyataan Media
PENJELASAN TERHADAP LAPORAN TMI BERKENAAN ISU HUDUD & AMANAH
Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu
dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara (Amanah) di Hotel Grand
Continental di Kuching, Sarawak.
Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Amanah berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.
Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang
Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah,
hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan
perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan)
dan mengambilkira Perlembagaan negara.
Oleh itu, sekiranya isu
ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti
dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang
bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang
terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.
Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider
seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen
daripada Amanah untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.
Saya
jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah
dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju
atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan
kepada kami.
Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera
memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan
dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.