Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Ahad, 20 September 2015

Insiden Ditahan Kerana Jam: Ahmed Enggan Kembali Ke Sekolah Lama




KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari insiden seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat gara-gara jam buatan sendiri yang disangka bom, sekolahnya MacArthur High School di Irving, Texas menjemput kembali pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajiannya di sekolah mereka.

Menurut laporan portal Huffington Post, seorang jurucakap sekolah itu dipetik berkata, pihak sekolahnya akan bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada Ahmed.

“Kami yakin bahawa pihak sekolah akan terus memberi didikan yang cemerlang kepada Ahmed.”

Bagaimanapun, keluarga Ahmed menegaskan bahawa pelajar berusia 14 tahun itu tidak berminat untuk melanjutkan pendidikannya di sekolah berkenaan walaupun penggantungan tiga hari berakhir pada hari Jumaat.

Menurut CNN, keluarga remaja itu menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan sekolah-sekolah lain, termasuk di luar Amerika Syarikat.


Menurut bapanya, Mohammed Elhassan Mohamed, keluarganya masih dalam perbincangan berkenaan pilihan sekolah baru.

Difahamkan, Ahmed akan didaftar di sebuah sekolah swasta ataupun akan mengikuti sesi pembelajaran di rumah (home-schooling).

Susulan itu, media sosial dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #IStandwithAhmed. - Awani/19/9/15


Berkaitan:

Remaja Islam reka jam dari Texas dijemput ke White House

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.

Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya. 

Walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukan sebarangan bahan senjata, namun guru berkenaan tidak mempercayai penjelasan pelajar berusia 14 tahun itu.

Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #IStandwithAhmed.

#IStandwithAhmed kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.

Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah, 

Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal. 

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.

Jam digital rekaan remaja lelaki Ahmed Mohamed dari Texas yang kini menarik perhatian warga dunia. - Gambar AFP

Mark (Zuckerberg) pula memuji kebijaksanaan Ahmed yang mampu mencipta jam pada usia muda serta menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengannya. 

Syarikat teknologi Google juga tidak melepaskan peluang untuk menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai satu tanda sokongan kepada pelajar itu.

Syarikat jaringan sosial, Twitter menawarkan peluang latihan (internship) di agensi gergasi itu kepada Ahmed. 

Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunakan.

Dia kemudian dilepaskan dari tahanan polis selepas disoal siasat.

Akaun Twitter Ahmed yang mempunyai lebih dari 59 ribu pengikut menerima tanda 'verified' sejurus selepas ia dibuka semalam. -Awani/17/9/15




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH