DAP Tuntut Penjelasan PKR Mahu Bersama PAS
DAP nampaknya tidak senang dengan pendirian PKR yang mahukan PAS bersama dalam gabungan baru pembangkang yang sedang dirancang.
Setiausaha agungnya Lim Guan Eng hari ini menuntut PKR menjelaskan perkara itu ketika dasar-dasar PAS didakwa sudah berubah.
Lim merujuk kepada kemungkinan anggota PAS menyertai perhimpunan anti-BERSIH di Kuala Lumpur pada 16 September ini.
“Pendirian DAP jelas bahawa parti ini tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan DAP pada Jun,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam menegaskan pendirian mereka bahawa PAS sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baru.
Azmin ditanya mengenai kenyataan Lim yang menolak PAS menyertai gabungan itu susulan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan merancang meletakkan calon di kerusi DAP.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebelum ini berkata pembangkang sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk PAS atau mana-mana individu.
Parti serpihan PAS yang dipimpin bekas timbalan presidennya Mohamad Sabu, Parti Amanah Nasional (AMANAH) juga mungkin turut serta dalam gabungan itu.
Kegagalan membentuk gabungan bersama DAP dan PAS di Selangor boleh membawa ke arah keadaan tidak stabil dalam kerajaan pimpinan Azmin di Selangor.
Keadaan ini berbeza sama sekali dengan Kelantan dan Pulau Pinang. -Malaysia Kini/9/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.