Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 12 September 2015

Saya Tidak Akan Berpakaian Merah pada 16 September - Nazir Razak




Ahli bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak akan memakai pakaian merah pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Pengerusi CIMB Group itu berkata dalam akaun Instagramnya, beliau akan meraikan kepelbagaian pada ulang tahun penubuhan Malaysia pada 16 September.

Nazir memuat naik gambar berwarna-warni sekumpulan kanak-kanak Malaysia yang memakai pakaian tradisional masing-masing sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam kapsyen beliau menulis: "Pada 16 September saya akan meraikan kepelbagaian – kaum, agama, budaya – ia menggambarkan Malaysia. Saya tidak akan memakai pakaian merah."

Nazir, yang kadang kala menulis posting kritikan di Instagram terhadap kerajaan pimpinan abangnya Datuk Seri Najib Razak, dipuji ramai pengguna Instagram bagi posting terbaharunya ini.

Posting terbaharu Datuk Seri Nazir Razak yang mendapat pujian ramai pengguna Instagram. – Gambar Instagram, 12 September, 2015.

Ramai memuji beliau, seperti gravid4ever yang mencatatkan: "Dato anda contoh sebenar seorang rakyat Malaysia. Tahniah atas kenyataan anda."

lifeblooms menulis: "Dengar! Dengar! Dan ia tidak perlu perkara lain lagi. "

Posting Nazir, yang menerima hampir 700 “like” dalam masa dua jam, dilihat sebagai tindak balas kepada perhimpunan penunjuk perasaan “yang dirancang oleh kumpulan hak Melayu”.

Kumpulan itu merancang mengadakan perhimpunan pada Hari Malaysia di Kuala Lumpur untuk membalas perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, yang menyaksikan penunjuk perasaan berpakaian kuning sebagai tanda bantahan terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), permintaan pembaharuan dan peletakan jawatan Najib ke atas skandal yang melibatkan pentadbiran beliau.

Perhimpunan “baju merah” adalah untuk meluahkan kemarahan terhadap insiden semasa Bersih 4, di mana beberapa peserta memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum acara berlangsung, sudah ada kebimbangan perhimpunan itu – yang dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' – akan mencetuskan ketegangan kaum apabila penyokong berkumpul selama 12 jam di Jalan Bukit Bintang.

Pengakuan Nazir yang beliau tidak akan menyokong perhimpunan baju merah juga dilihat bertentangan dengan pendirian abangnya.

Najib berkata awal minggu ini walaupun Umno tidak menyokong perhimpunan baju merah, parti itu tidak akan menghalangi ahli-ahlinya daripada mengambil bahagian.

Dilaporkan hari ini Umno menghantar surat kepada wakil-wakil negeri minggu lepas, memberitahu mereka untuk bersedia sekiranya dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. – The Malaysian Insider/ 12 September, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH